script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya Kecil: Ceramah Anwar Ibrahim Dapat Sambutan Luar Biasa, Bahang Kemenangan Kini Kian Terasa Untuk Rakyat Lakukan Perubahan !!

KUALA TRENGGANU - Sungguh mengkagumkan tatkala melihat sambutan rakyat Kuala Trengganu terhadap ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Sesungguhnya ini merupakan satu petanda bahawa "kemenangan" bakal tercipta dalam pilihanraya kecil disitu nanti. Rakyat hadir berbondong-bondong untuk mendengar amanat dan ceramah Anwar buat julung-julung kalinya. Biarpun puak-puak UMNO sebelum ini mempertikaikan bahawa Anwar tidak hadir ke Trengganu semasa hari pencalonan semalam, kerana "larangan rasmi" daripada Presiden dan juga Mursyidul Am PAS. Mereka menempelak kononnya PAS bisa menang besar di Kuala Trengganu tanpa kelibat mantan TPM itu. Namun, melihat kehadiran Anwar dalam ceramah malam tadi ternyata jelas sangkaan itu meleset sama sekali. Orang ramai bukan sahaja memberikan sokongan penuh kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Malahan kehadiran Anwar dikatakan telah memberi satu semangat baru untuk kememangan yang lebih besar dalam pilihanraya kecil yang diadakan 17 Januari ini.
Dalam ceramahnya semalam Anwar sekali lagi menegaskjan bahawa sasaran untuk membentuk kerajaan pusat masih berjalan seperti biasa. Masa akan menentukan selepas dua sasaran itu gagal sebelum inio. Menurut Anwar "kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya. "Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai. Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau semasa merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Trengganu pagi tadi. Program tadi adalah merupakan jadual program kedua Anwar dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu ini. Sebelum ini Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat. Akibat kegagalan denagn berbagai halangan yang berlaku akhirnya sasaran itu terpaksa dianjakan hingga selepas Hari Raya Aidil Adha lalu. Namun, nampaknya sasraan itu masih lagi belum menjadi kenyataan setakat ini. Anwar dalam pada itu berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan. Walau bagaimana pun kata Anwar beliau amatlah berharap agar pengundi di Kuala Trengganu akan memilih seorang Wakil Rakyat yang benar-benar bertanggungjawab untuk seluruh rakyat dan bukannya hanya menjaga kepentingan kroni masing-masing sahaja.
[Dalam pada itu, sekali lagi kami ingin mejelaskan supaya pihak PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Trengganu dapat memantau "dua buah kem sementara polis" yang siap dengan khemah-khemah yang canggih dan tertutup. Bahkan kawalan yang rapi terhadap dua buah kem yang dibina oleh pasukan polis itu membayangkan kepada kita ia bakal menjadi "Transit utama" kemasukan para "pengundi hantu" semasa hari pengundian nanti. Kami "sangsi" dengan langkah pihak keselamatan yang membina penempatan sementara seperti itu, tambahan pula sudah pasti pihak lawan tidak dibenarkan untuk memantau apa yang sebenarnya terdapat disitu. Oleh itu, menjelang pilihanraya kita harap ada pihak yang akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan perkara ini. Demi rakyat, pastikan segala penipuan ini dapat diatasi].
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]


[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.