BUTTERWORTH - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu kerajaan menetapkan syarat membenarkan wakil rakyat yang lompat parti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil sekiranya cadangan undang-undang antilompat parti dilaksanakan. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ini bagi membolehkan wakil rakyat yang lompat parti bertanding untuk mempertahankan kerusi yang pernah dimenanginya atas tiket parti baru yang disertainya. "Kalau nak buat undang-undang antilompat parti, kenalah ada syarat itu, tak perlu tunggu lima tahun baru boleh bertanding semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Datuk Ahmad Badawi di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan beberapa pemimpin Umno yang mahu diwujudkan undang-undang antilompat parti bagi menyekat wakil rakyat daripada melompat parti bagi memastikan amalan politik di Malaysia lebih bermoral. Antara peruntukan dalam cadangan undang-undang antilompat parti tersebut ialah mana-mana wakil rakyat yang terlibat mestilah melepaskan kerusi yang dimenangi dan pilihan raya kecil perlu diadakan.[Seperti yang telah kami ulaskan terdahulu bahawa isu lompat parti sebenarnya adalah satu hak kepada mana-mana individu yang sudah tidak sehaluan lagi dengan pucuk pimpinan parti yang mereka sertai. Maka itu adalah lebih elok mereka berhijrah dari terus bersekongkol dengan parti terbabit. Cuma yang menjadi isunya sekarang ialah puak-puak UMNO mahu akta digubal bagi menghalang aktiviti ini berlaku. Soalnya ialah akta itu untuk siapa?. Apakah ia hanya untuk ahli UMNO yang melompat ke parti lain semata-mata atau juga untuk ahli parti lain yang melompat ke parti UMNO kelak. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Kerana sudah menjadi tradisi puak-puak UMNO amat gusar dan takut jika pemimpin mereka melompat. Tapi jika pemimpin lawan melompat mereka akan berdiam diri pula tanpa mengarahkan supaya ada mana-mana akta yang perlu diperkenalkan bagi menyekat perkara itu dari terus berlaku].
BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].
[ PROJEK BENGKEL ASAS BLOGGER KINI DIBUKA KE SELURUH NEGARA ]






Aiiii Macam-macam kerenah si pemimpin UMNO/BN. Masa pembangkang lompat parti semuanya diam dan puji! Bila kena batang hidung sendiri! Aduh!!!! Ngalabah! Apa takut kerana ada perkara buruk yang akan terbongkar ke?
BalasPadamHa,ha,ha..betul tu seladang..mereka tu dh lupa sebab skg ni tgh panic gaknya..skg kena batang hidung sendiri..padan muka..
BalasPadam