script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pendidikan: Pengajaran Matematik Dan Sains Ke Bahasa Ibunda Mula Dikesan Berlaku Di Sekolah Cina Setapak, Bagaimana Pula Di Sekolah Melayu

KUALA LUMPUR - Biarpun pilihanraya kecil Kuala Trengganu sudah berlalu, dan calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut akhirnya menang bergaya dengan majoriti undi 2,631 namun bahangnya masih terasa hingga kini. Ramai pihak yang melihat keputusan kemenangan itu jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa rakyat sudah menolak UMNO dan BN. Sokongan rakyat kini sudah semakin melonjak kepada Pakatan Rakyat. Justeru itu walau banyak mana wang yang ditaburkan serta disuap, namun mereka tetap akan menyokong Pakatan Rakyat. Inilah yang menghantui para pemimpin UMNO dan BN sebenarnya. Mereka terlalu risau akan apa yang berlaku di Kuala Terengganu juga akan terjadi di kawasan lain pula selepas ini. Namun apa yang ingin kami perkatakan disini ialah soal isu yang dibawa oleh pemimpin UMNO dan BN di Kuala Trengganu baru-baru ini. Nampaknya, kebanyakkan isu yang dibawa lebih menjurus kepada keangkuhan dan keegoan mereka semata-mata. Tidak terdapat langsung isu nasional yang boleh diterima dan menjadi harapan rakyat buat UMNO dan BN. Mereka masih memainkan sentimen Anwar, Hudud dan perkauman bagi melaga-lagakan keutuhan kaum dalam Pakatan Rakyat. UMNO masih lagi terikut-ikut dengan politik perkauman yang akhirnya menikam diri mereka sendiri. Akhirnya UMNO dan BN tersungkur dek permainan mereka sendiri di sana.

Dalam pada itu, isu nasional yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah perihal pembelajaran Matapelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Biarpun kerajaan UMNO dan BN tahu bahawa apa yang dilakukan oleh mereka selama ini langsung tidak memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya yang berada di kampung, felda dan kawasan pendalaman. Namun, entah mengapa dek kerana keegoaan, mereka masih mahu mempertahankan pekara ini. Sedangkan banyak pihak telah terang-terangan menentang projek ini yang dipercayai telah merosakkan bahasa Melayu serta memusnahkan masa depan generasi muda hari ini. Mereka hanya boleh berbangga dengan peratus kelulusan yang sebenarnya diubah demi untuk menjaga imej. Kami difahamkan peratus kelulusan Matematik dan Sains telah diturunkan sehingga 15% dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Ini amat memalukan dan merugikan masa depan para pelajar. Mereka cemerlang dalam keadaan yang tidak cemerlang. Itu pun dek kerana kertas soalan masih lagi dwipilihan Melayu dan Inggeris. Bayangkan jika kertas soalan itu dibuat 100% dalam bahasa Inggeris, maka sudah pasti ramai anak-anak Melayu, Cina dan India akan gagal dalam peperiksaan kertas itu baru-baru ini.

Kini, desakan telah mula datang daripada pihak Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan. Jika dulu hanya pemimpin pembangkang yang mengecam serta mengutuk dan mahukan ia dihapuskan. Kini suara-suara NGO terbabit sudah mula berbunyi, bahkan kami turut difahamkan satu perhimpunan besar-besaran akan di adakan dalam masa terdekat ini bagi mendesak kerajaan mengembalikan semula pendidikan matapelajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Ibunda masing-masing. Jika ini berlaku, pasti pemimpin UMNO dan BN akan lebih tertekan lagi. Tambahan pula jika isu ini terus dijadikan isu politik oleh Pakatan Rakyat dalam setiap kali pilihanraya kecil mahu pun pilihanraya umum di negara ini. Soal mengembalikan semula pengajaran kedua-dua subjek itu ke dalam bahasa Ibunda masing-masing kini semakin hebat diperkatakan. Hanya pihak kerajaan sahaja yang masih tidak mahu beralah dengan perkara ini. Maklumlah, dengan perubahan tersebut banyak syarikat-syarikat kroni yang membekalkan buku teks serta lain-lain mendapat habuan yang lumayan. Maka jika ia dikembalikan balik seperti sediakala bukankan akan merugikan kroni-kroni mereka. Inilah dia dasar kerajaan UMNO dan BN sebenarnya, mereka lebih memikirkan nasib kroni yang menjadi pembekal, pencetak, penerbit yang bertanggungjawab menyediakan bahan pengajaran tersebut daripada mendengar suara dan rintihan rakyat.

Kami juga ada mendengar, akibat tekanan dan tidak mahu terus menggadaikan masa depan pelajar maka beberapa buah sekolah Cina di Lembah Kelang kini telah mula mengembalikan kedaulatan kedua-dua mata pelajaran tersebut ke bahasa Ibunda mereka. Terkini beberapa buah sekolah Cina di Setapak Kuala Lumpur dipercayai telah kembali mengajar matapelajaran Matematik ke dalam bahasa Ibunda. Malah, kami juga turut mendapat maklumat dari "orang dalam" yang mengatakan semua buku teks Matematik di sekolah Cina terbabit juga telah ditukarkan sepenuhnya ke dalam bahasa Ibunda mereka. Persoalannya kenapa perkara ini didiamkan?. Apakah kerajaan melalui Kementerian Pelajaran takut dengan desakan masyarakat kaum Cina di negara ini. Namun, kenapa ia tidak diumumkan dan dilaksanakan juga di sekolah-sekolah kebangsaan (Melayu)?. Inilah yang amat memusykilkan kita sebenarnya. Terdapat satu agenda jahat yang dibuat oleh menteri bertanggungjawab iaitu Hishamuddin Hussein bagi mengaburi mata masyarakat. Kenapa beliau tidak berani melaksanakannya di sekolah Melayu sendiri?. Apakah ini maknanya yang dikatakan oleh puak-puak UMNO bahawa mereka membela Melayu?. Bahasa Melayu sendiri pun mereka "rosakkan dan pinggirkan", inikan pula untuk membela dalam hal-hal lain. Inilah budaya UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Justeru itu, rakyat perlu bangkit dan membuat perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang pula. Kita perlu ajar mereka yang sombong dan bongkak ini. Biar mereka tahu betapa "suara rakyat adalah suara keramat" seperti kata TPM Najib Razak selepas kekalahan memalukan BN di Kuala Trengganu baru-baru ini.

[Kami ucapkan terima kasih atas keperihatinan Hamba Allah yang memberikan maklumat ini. Sekurang-kurangnya kini kita tahu bahawa kerajaan menganaktirikan sekolah kebangsaan (Melayu) sebaliknya akur dengan kehendak sekolah Cina dalam isu berkenaan. Kami difahamkan pengajaran ke dalam bahasa ibunda telah bermula seawal penggal persekolahan 2009 lalu. Kini para pelajar terbabit begitu gembira dan lebih mudah memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Jika dulu mereka terpaksa merangkak-rangkak ingin memahami formula kemudian mencari pula kamus untuk memahami makna, kini segalanya kembali ke asal. Mengapakah kerajaan UMNO dan BN tidak mengaku sahaja yang mereka telah tersilap langkah dan kembalikan semula hak ini kepada rakyat. Jangan terus musnahkan masa depan pelajar hanya kerana kepentingan periuk nasi masing-masing. Apalah guna berbangga dengan nama parti Melayu UMNO sedangkan makna UMNO itu sendiri adalah terjemahan dari bahasa Inggeris. Makaitulah kita tidak hairan mereka lebih gemarkan bahasa penjajah itu dipertahankan, sedangkan bahasa Melayu terus dipinggirkan. Inilah dia budaya tradisi UMNO sejak sekian lama].
Share:

7 ulasan:

  1. kawan bersetuju sangat pengajaran matematik dan sains dlm bahasa ibunda kerana kwn bukan nak bangga diri kwn ni tak buta bahasa inggeris kerana kawan pun masa belajar dulu bahas pengantar bahasa inggeris tapi kalau dah budak kecik terkial kial nak jawap soalan dalam bahas inggeris maka mereka mudah mengalah siapa yang rugi?lagi satu kesian pada mak bapak yang tak berapa pandai speaking mcm mana nak bantu anak buat kerja sekolah?umpama org melayu yang hantar anak ke sekolah cina tapi mak bapak sendiri tak pandai cakap cina macam mana nak bantu anak.

    BalasPadam
  2. Tahniah !! buat Bekas Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka : Datuk Dr Hassan Ahmad bersama Tokoh-Tokoh Bahasa yang akan menggadakan Perhimpunan Gabungan Mansuh PPSMI bersama NGO-NGO Melayu dan Pembangkang besar-besaran !!

    BalasPadam
  3. JELAS LAGI TERANG - BN BUKAN PEMBELAAN MELAYU !! tp pembela malaunn !!

    BalasPadam
  4. SPRM PERLU SIASAT BENARKAN EJEN KHIR TOYO TELAH MERASUAH PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KUALA KRAU YANG DIKETUAI OLEH ISMAIL SAID UNTUK MEMENANGI PENCALONAN KETUA PEMUDA

    BalasPadam
  5. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berwaspada dengan talibarut UMNO dalam jentera kerajaan negeri dan anasir jahat ini perlu dibersihkan agar tidak menabur fitnah sesuka hati.Khir Toyo,GERAK dan Ezam sedang bekerjasama untuk jatuhkan kerajaan negeri Selangor

    BalasPadam
  6. Khir Toyo cuba menaikkan popularitinya menjelang pemilihan ketua pemuda UMNO Mac depan.beliau,Khairi Jamaludin dan Mukhriz bertanding untuk jawatan ketua pemuda

    BalasPadam
  7. tok iskandar..anda ni banyak sungguh berteori..teori anda itu pulak adalah teori "batu api"..toeri nak pecah belahkan melayu..anda tidak ada perasaan malukah kepada si Andy Lim
    (skg " Ah " dah tak pakai) atau Anthony Kuppusamy tu ( Muthu2 dh tak main sekarang)..cuba anda lihat bangsa mereka tu..jgn lihat sahaja tetapi berfikir sekali..Orang India ada berapa % sahaja kat semenanjung ni tetapi mereka punya provokasi bukan main lagi sampai Syed Hamid tu pun kecut perut..Cuba pula anda lihat Dato Hishamuddin Hussein tu..masa cabut dan julan keris bukan main lagi semangatnya (gambar dia julan keris dgn mulut ternganga tu saya jadikan gambar latar laptop saya untuk ditatap anak-anak setiap kali dia on..dan saya akan jawab dgn sini setiap kali anak bertanya apa rasionalnya saya bernuat demikian)..last-last mohon maaf pd parti Andy tu sedangkan keris adalah lambang kemegahan bangsa kita..kalau tak minta maaf apa masaalahnya..takut kalah p/raya? Maka inilah dia bandingan sikap kita dgn bang sa lain tu..Anthony pulak, cuba lihat kes si mendiang Kugan tu..penjenayah pun mereka sibu-sibuk..memanglah dia dah mati tanpa diketahui sebab-sebab sewajarnya..tetapi janganlah buat hiruk pikuk..dia tetap penjenayah..polis tetap polis..memanglah ada polis yang baik dan ada yang tidak baik..tetapi sebaliknya tidak ada penjenayah yang baik..saya khuatir akhirnya jadi terbnalik pula seolah2-olah mendian Kugan akan jadi "hero" pulak..Ha, inilah bandingannya dgn cara bangsa kita berfikit..termasuklah anda!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.