PETALING JAYA - Seorang pemimpin Umno kanan peringkat pusat, yang dipercayai terlibat dalam politik wang dalam pemilihan parti, menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Beliau merupakan orang yang ke-13 ditahan oleh SPRM berhubung politik wang, yang hangat diperkatakan menjelang pemilihan parti itu. Semalam tiga orang didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Kuala Lumpur dan Alor Gajah berhubung tuduhan memberi wang untuk mendapatkan sokongan ketika pemilihan bahagian tahun lalu. Pemimpin dari Wilayah Persekutuan itu ditahan selepas beliau menyerah diri kepada SPRM di Temerloh, Pahang. Beliau yang berusia lewat 40-an disoal siasat beberapa jam sebelum dibebaskan dengan ikat jamin berhubung dakwaan bahawa telah membuat bayaran kepada beberapa orang untuk tujuan meraih sokongan menjelang pemilihan pusat Mac ini. Sumber-sumber memberitahu, beliau yang telah layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) membayar antara RM300 dan RM500 setiap perwakilan. Tiga orang yang didakwa pagi tadi termasuk Naib Ketua Umno Beruas, Azman Noh, 42 di Ipoh dan seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Junaidi Abdul Hamid, 46 di Kuala Lumpur. Sementara itu, seorang lagi adalah Ketua Umno cawangan Kampung Panchor yang juga seorang kontraktor, Johari Ibrahim, 46, didakwa melakukan kesalahan yang sama di Melaka.
[Senario yang berlaku ini sebenarnya menguatkan lagi hujjah bahawa 70% Najib Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO. Ini kerana Pak Lah dan Khairy nampaknya akan menggunakan SPRM dan laporan Lembaga Displin UMNO untuk mendakwa mana-mana pemimpin UMNO yang didapati bersalah kerana politik wang. Ini bermakna jika calon terbabit menang kerana politik wang, sudah pasti ia akan dibatalkan dan mesyuarat bahagian itu tidak sah. Bila banyak mesyuarat bahagian tidak sah maka ia akan diadakan semula. Bila penangguhan semula berlaku maka peralihan kuasa Mac 2009 ini pasti akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Maka kempunanlah gamak anak Tun Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Syabas dan tahniah kepada Pak Lah kerana berjaya melakukannya. Dengan membangkitkan isu rasuah dan mendakwa mana-mana pemimpin terlibat maka Pak Lah akan dapat dua "milage politik". Pertamanya, beliau akan dilihat pemimpin yang bersih dan konsisten terhadap menghapuskan rasuah dalam UMNO dan kedua beliau akan berjaya menghalang Najib Razak menjadi PM dan Muhyiddin Yassin jadi TPM seperti yang dirancang. Masa depan Khairy Jamaluddin juga akan kembali cerah jika bapa mertuanya terus berkuasa].
BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].
[ PROJEK BENGKEL ASAS BLOGGER KINI DIBUKA KE SELURUH NEGARA ]






Bukan parah bodoh! Tapi telus!
BalasPadamJangan ambil ini sebagai propaganda!
Ini isu yang baik untuk membersihkan umno!
tahniah umno
Aku rasa najib akan gigit jari jugak.........
BalasPadamkalu berani tangkap lah jerung2 tu..cicak kubin yg ditangkap nk buat apa..kasihan mereka jd kambing hitam sahaja !
BalasPadam