script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Aktiviti: Pimpinan Pakatan Rakyat Bera Hulurkan Kad Ucapan Selamat Tahun Baru Cina Dan Limau Mandarin Di Pekan Kemayan Dapat Sambutan !!

BERA - Pakatan Rakyat Parlimen Bera memeriahkan sambutan Tahun Baru dengan mengunjungi Masyarakat Tionghua di Pekan Kemayan baru-baru ini. Rombongan PAS dan DAP yang diketuai Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Idris Singah dan Setiausaha DAP Bera, Leong Chee berkunjung dari pintu-pintu menyampaikan kad Ucapan Selamat Tahun Baru dan limau Mandirin. Turut serta didalam kunjungan itu ialah Bekas Calon Pakatan Rakyat Parlimen Bera, Mazlan Aliman dan bendahari PAS Kawasan, Dr Salim Musa. Kunjungan itu memperlihatkan hubungan mesra PAS-DAP yang terjalin sejak sekian lama di kawasan Bera. Bera adalah kubu kuat DAP khusunya di Triang, DAP menang di Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Triang sejak sedekad lalu melalui Leong Ngah-Ngah manakala PAS pernah menang kerusi Dun Guai pada tahun 1999 dahulu. Parlimen Bera mengandungi tiga kerusi Dun iaitu Triang, Kemayan dan Guai. Dalam pilihan raya umum 2008 lalu PAS bertanding di Guai dan Parlimen Bera, DAP di Triang manakala KeAdilan di Kemayan. Hanya DAP menang di Triang manakala PAS tewas di Guai dan parlimen Bera , KeAdian tewas di Kemayan. Mazlan bercakap kepada media, Mazlan gembira dengan kerjasama Pakatan Rakyat khususnya didalam pilihan raya kecil Kuala Terangganu baru lalu . beliau menyifatkan bantuan DAP dalam pilihan itu adalah yang paling aktif dalam sejarah kerjasama PAS-DAP dimana semua pemimpin tertinggi DAP turut berkempen. “Ia adalah yang terbaik setakat ini ,” katanya.

[Tahniah diucapkan kepada Pakatan Rakyat Bera atas usaha ini. Sekurang-kurangnya ia memberi ruang hubungan yang lebih erat antara sesama kaum di sana. Biarkan UMNO terus ditolak rakyat dan Pakatan terus diterima sebagai wadah perjuangan mereka. Syabas juga kepada Saudara Mazlan Aliman, bekas calon PAS untuk parlimen Bera yang tidak jemu-jemu datang ke Bera untuk bersama mendengar permasalahan rakyat di sana. Biarpun kalah, namun semangat dan keperihatinan beliau amatlah dihargai. Semoga kerusi parlimen itu akan berjaya ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Cuma, sesuatu yang agak musykil kerana program itu diadakan di pekan Kemayan dan sepatutnya bekas calon PKR DUN Kemayan juga turut diundang untuk bersama-sama rakyat di sana. Apakah PAS dan DAP tidak perasan kewujudan PKR di sana. Lantaran itu menjalankan aktiviti dengan meminggirkan parti tersebut. Harapan kami agar perkara ini dapat diperbetulkan bagi mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam melakukan perubahan di negeri Pahang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang].
Share:

6 ulasan:

  1. Salam,

    jgn lah bangga sgt kalu setakat beri ucapan dgn limau tu..makanan, saper tak nak..tambah kalu bagi kat apek2 mcm dlam gambar tu..

    kalu nak bangga tunjuk ape program yg parti kesayangan ko (parti jual bangsa, sama jer dgn ameno)buat untuk majukan melayu..bukan jual bangsa, kasi tanah sampai 1K tahun..org melayu dpt aper? Dpt ler angin busuk! itu yg ko bangga2kan sgt tu..

    cari ler modal lain..

    BalasPadam
  2. salam....
    memang betul CMK hanya pandai bermain kata2 saje...tapi habuk pun tarak...nak cite pasal menang kat DUN GUIA dulu buat ape...lu sudah kalah buat la cara kalah...

    sedar lah wahai CMK....

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, blog saudara telah dimasukkan kedalam kumpulan Blog Generasi Felda, dan saya masih mencari seberapa banyak blog generasi felda, untuk dimuatkan didalam senarainya....jika ada maklumat tolong beritahu saya..
    terima kasih ...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Harap pihak PPDO buat liputan pasal masalah air di FELDA Bukit Pucung....dah lama sangat masalah ni berlarutan...

    Kebanyakkan peneroka terpaksa buat gali perigi pam dengan kos rm1000 - rm1200..

    Masalah ketiadaan air ni makin teruk apabila tiba musim perayaan dan juga musin cuti sekolah di mana banyak kenduri kendara di lakukan

    Ketua kampung? Hanya tahu minta maaf je setahun sekali masa berucap sempena Hari Raya Aidilfitri..

    BalasPadam
  6. DJ Shukri memang jenis syok sendiri...sapa nak jemput engkau wahai DJ? Tak tahu malu langsung, masa kempen PRU12 asyik larikan diri dari kemayan..harap orang jemput dia pula...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.