script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya Kecil: Presiden PAS Bersetuju Dengan Projek Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Tetapi Musykil Kenapa Dibiayai Oleh Kerajaaan Negeri !!

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dan menyokong usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) mewujudkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini bagi kemudahan jemaah haji di ketiga-tiga negeri di Pantai Timur. Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata dengan adanya lapangan terbang itu, penduduk di negeri ini tidak lagi perlu bersusah payah memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebaliknya boleh menaiki kapal terbang secara terus ke Jeddah. "Kita sokong pembinaan lapangan terbang itu. Orang tak payah dah pergi ke Kuala Lumpur (KLIA). Boleh terus naik dari sini terus ke Mekah. Ini memudahkan jemaah haji di Terengganu, Kelantan dan Pahang," katanya pada sesi ceramah PAS di Kampung Tok Nasek di sini malam tadi. Penerbangan terus ke tanah suci bermula tahun lepas, setelah kerajaan Terengganu menaiktaraf LTSM itu membabitkan kos RM400 juta, bagi membolehkan pesawat Boeing 747 mendarat di situ sejak September lepas. Projek pembinaan LTSM itu, dimulakan sebaik sahaja BN mengambil alih tampuk pemerintahan daripada PAS pada 2004. Pada musim haji lepas, sebanyak 18 penerbangan terus pergi dan balik dari LTSM-Jeddah, membawa lebih 5,000 jemaah haji dari Pantai Timur. Bagaimanapun, Hadi mempersoalkan kos pembinaan lapangan terbang itu yang didakwanya menggunakan sumber kewangan kerajaan negeri. "Yang kita persoalkan kenapa kos pembinaan lapangan terbang itu ditanggung oleh kerajaan negeri. Sepatutnya ditanggung kerajaan pusat," katanya. Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan Azharudin Mamat atau Adam, Bebas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Jan ini sebagai hari pengundian.

[Nampaknya, projek pilihanraya terus datang mencurah-curah ke Kuala Trengganu sekarang ini. Namun, mana yang elok kita terima, mana yang mengarut dan nampak menipu kita harus tolak bulat-bulat. Elok benarlah pandangan Presiden PAS itu. Buat lapangan terbang tapi guna duit kerajaan negeri. Padahal projek lapangan terbang sepatutnya dibiayai oleh kerajaan pusat. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN mahu menipu rakyat Trengganu "bulat-bulat" semata-mata untuk mengaburi mata mereka menjelang hari pengundian pilihanraya kecil Kuala Trengganu nanti. Rakyat harus sedar dengan segala muslihat ini sebenarnya].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.