Gertakan Rashid hendak membengkapkan ahli-ahli Parlimen supaya mereka kehilangan kerusi di bawah Perkara 48 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan tidak masuk akal. Ini kerana amaun ganti rugi dan sebagainya ialah kerja hakim, Rashid tidak boleh menentukannya. Itu pun kalau beliau menang dan mereka gagal membayarnya. Sekarang kita belum tahu sama ada beliau ada kes yang baik atau tidak. Silap-silap mungkin Rashid sendiri yang tewas dan terpaksa membayar kos guaman ahli-ahli Perlimen itu! Saya tidak pasti Rashid boleh menang kalau dia menyaman atas alasan ahli-ahli Parlimen itu memfitnahnya, Ini kerana sebagai seorang yang mengendalikan Pilihanraya sudah pasti ada hal-hal yang menimbulkan syak dan keraguan kepada integriti dan kebebasan beliau. Apa lagi dalam keadaan dia begitu banyak membuat kenyataan dan tindakan aneh termasuk membatalkan penggunaan dakwat hitam tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke 12 pada 8 Mac lalu.
Alasan Perlembagaan yang disebut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak begitu menyakinkan. Selepas itu kerajaan mengakui bahawa ia tidak mempunyai bukti kukuh untuk membatalkan penggunaan dakwat yang dibeli dengan harga RM2.2 juta itu. Bukan sahaja parti-parti penbangkang, BN sendiri pun mempersoalkan keputusan membatalkan penggunaan dakwat itu. Rashid turut menyatakan yang beliau mahu berbincang dengan kerajaan perlunya SPR mempunyai autonomi dan kebebasan. Ini juga lucu kerana ia mengesahkan dakwaan pembangkang. Dengan sendirinya Rashid telah menempelak dakwaan BN. Apa pun yang Rashid katakan itu semuanya tidak perlu kerana Perlembagaan sudah menyediakan prasarana yang cukup. Perlembagaan melalui Perkara 113 (1) dan (2) menjelasklan apakah fungsi-fungsi SPR.
Ia juga secara umum membayangkan apakah kuasa-kuasa yang patut dan wajar dimilki oleh suruhanjaya. Adalah tidak mungkin untuk menyenaraikan kesemuanya. Peruntukan itu juga membayangkan apakah inisiatif yang perlu SPR buat. Mendengar apa yang dikatakannya jelas Rashid sendiri tidak faham kedudukan dan peranan SPR. Dan apabila beliau mahu mengemisnya dari kerajaan sahlah bahawa beliau memang tidak mahu faham. Adalah tidak logik untuk kerajaan sebagai salah satu pihak berkepentingan bersetuju dengan apa diminta oleh Rashid. Dalam sejarah negara Pengerusi yang terbaik dikatakan Tan Sri Mustafa Albakri. Dan kita perlu ingat bahawa ketika itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, seorang Perdana Menteri yang dikira paling liberal. Pada pendapat saya Rashid bukan sahaja tidak dapat menyaingi tokoh itu, malah mungkin berada di dalam senarai paling bawah. Sebagai warganegara dan pembayar cukai saya berhak membuat penilaian ini dan Rashid tidak ada alasan untuk menyaman saya ! [Artikel ini ditulis Oleh: Profesor Dr.Abdul Aziz Bari]
[Tahniah kami ucapkan kepada Profesor Dr.Abdul Aziz Bari atas pandangan bernas beliau ini. Kelas disini, bahawa bekas Pengerusi SPR si Rashit sengaja mengundang padah serta menampakkan kebodohan "melampau" beliau selama ini. Dia hanya "syok sendiri" dan nampak semua orang "buta mata" agaknya. Tanpa menyedari beliau telah banyak melakukan "kemusnahan" terhadap sistem keadilan dalam pilihanraya di Malaysia. Kini Rashit mahu menjadi "juara" untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang menerusi tindakan saman beliau itu. Begitu mudah alasan Rashit, ia jelas membuktikan bahawa Rashit sememangnya adalah talibarut UMNO dan BN sejak sekian lama].
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. TaipkanNama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]
Alasan Perlembagaan yang disebut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak begitu menyakinkan. Selepas itu kerajaan mengakui bahawa ia tidak mempunyai bukti kukuh untuk membatalkan penggunaan dakwat yang dibeli dengan harga RM2.2 juta itu. Bukan sahaja parti-parti penbangkang, BN sendiri pun mempersoalkan keputusan membatalkan penggunaan dakwat itu. Rashid turut menyatakan yang beliau mahu berbincang dengan kerajaan perlunya SPR mempunyai autonomi dan kebebasan. Ini juga lucu kerana ia mengesahkan dakwaan pembangkang. Dengan sendirinya Rashid telah menempelak dakwaan BN. Apa pun yang Rashid katakan itu semuanya tidak perlu kerana Perlembagaan sudah menyediakan prasarana yang cukup. Perlembagaan melalui Perkara 113 (1) dan (2) menjelasklan apakah fungsi-fungsi SPR.
Ia juga secara umum membayangkan apakah kuasa-kuasa yang patut dan wajar dimilki oleh suruhanjaya. Adalah tidak mungkin untuk menyenaraikan kesemuanya. Peruntukan itu juga membayangkan apakah inisiatif yang perlu SPR buat. Mendengar apa yang dikatakannya jelas Rashid sendiri tidak faham kedudukan dan peranan SPR. Dan apabila beliau mahu mengemisnya dari kerajaan sahlah bahawa beliau memang tidak mahu faham. Adalah tidak logik untuk kerajaan sebagai salah satu pihak berkepentingan bersetuju dengan apa diminta oleh Rashid. Dalam sejarah negara Pengerusi yang terbaik dikatakan Tan Sri Mustafa Albakri. Dan kita perlu ingat bahawa ketika itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, seorang Perdana Menteri yang dikira paling liberal. Pada pendapat saya Rashid bukan sahaja tidak dapat menyaingi tokoh itu, malah mungkin berada di dalam senarai paling bawah. Sebagai warganegara dan pembayar cukai saya berhak membuat penilaian ini dan Rashid tidak ada alasan untuk menyaman saya ! [Artikel ini ditulis Oleh: Profesor Dr.Abdul Aziz Bari]
[Tahniah kami ucapkan kepada Profesor Dr.Abdul Aziz Bari atas pandangan bernas beliau ini. Kelas disini, bahawa bekas Pengerusi SPR si Rashit sengaja mengundang padah serta menampakkan kebodohan "melampau" beliau selama ini. Dia hanya "syok sendiri" dan nampak semua orang "buta mata" agaknya. Tanpa menyedari beliau telah banyak melakukan "kemusnahan" terhadap sistem keadilan dalam pilihanraya di Malaysia. Kini Rashit mahu menjadi "juara" untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang menerusi tindakan saman beliau itu. Begitu mudah alasan Rashit, ia jelas membuktikan bahawa Rashit sememangnya adalah talibarut UMNO dan BN sejak sekian lama].
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan
[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]

Suruh dia ke ladang yang dianugerah oleh kerajaan Pahang tu. Nasihatkan dia jangan jual pulak! Cittt !!!
BalasPadamsaya syorkan saudara banyakkan ceritapahang. cerita nasional sudah berlambak di tempat lain.
BalasPadam