KUALA TERENGGANU - Parti UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sudah semakin terdesak untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya kecil ini. Banyak perkembangan terkini yang menjurus ke arah penipuan pilihanraya kini sudah mula didedahkan kepada umum. Bahkan laporan demi laporan telah dibuat bagi mempersoalkan ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam menguruskan perjalanan pilihanraya ini. Banyak tindakan yang dilihat lebih menjurus ke arah untuk memastikan UMNO dan BN menang. Itu belum termasuk lagi dengan dakyah-dakyah jahat yang disebarkan menerusi media arus perdana mutakhir ini. Semua itu sebenarnya mengesahkan lagi kepada kita bahawa pilihanraya kecil Kuala Trengganu akan menjadi satu medan pertarungan "hidup atau mati" UMNO dan BN secara keseluruhannya. Tambahan pula ia turut dijadikan gelanggang untuk menguji kewibawaan Najib Razak yang bakal ditabalkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia Mac ini. Justeru itulah apa sahaja kaedah perlu dilakukan demi menjaga nama baik serta maruah UMNO dan BN di Kuala Trengganu ini. Jika silap haribulan, maka malu besar akan menimpa "batang hidung" anak Allahyarham Tun Razak itu nanti. Atas faktor inilah maka, kini terdapat perancangan "jahat" antara pihak UMNO/BN, JPN, PDRM, Dewan Bandaraya Kuala Trengganu, Kerajaan Negeri Trengganu dan juga yang terpenting iaitu SPR sendiri bagi memastikan kemenangan mutlak UMNO dan Barisan Nasional nanti.Mereka kini, sudah mula hilang "akal" untuk melakukan penipuan demi penipuan atas hasrat yang sama untuk "menang" dan demi "maruah". Kesilapan ini menyebabkan pihak lawan iaitu PAS dan Pakatan Rakyat akhirnya berjaya memantau serta mengenalpasti beberapa penyelewengan yang mereka lakukan. Antaranya termasuklah membeli kad pengenalan, memberi rasuah wang ringgit dan projek pembangunan, memaksa kakitangan kerajaan, termasuk juga melaksanakan sistem yang terang-terang amat mengelirukan iaitu membenarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuala Trengganu dibuka sehingga lewat malam. Alasan yang diberikan untuk memudahkan orang ramai menyemak rekod daftar pemilih mereka dengan lebih detail lagi. Walhal, semua kerja-kerja itu boleh dilakukan di kauter SPR yang boleh didirikan di lokasi-lokasi strategik di bandar ini. Tanpa perlu berurusan dengan JPN. Sesuatu yang amat musykil dan ajaib, bila JPN yang dikatakan dibuka untuk orang awam membuat semakan tetapi hanya dibenarkan pegawai SPR sahaja untuk masuk. Apakah makna semuanya ini. Bukankah terdapat satu perancangan jahat antara SPR dan JPN bagi membantu kemenangan UMNO dan BN.
Dakwaan pembangkang bahawa BN menggunakan jentera dan mempengaruhi kakitangan untuk mengundi calonnya, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN memberitahu: "Kita tak paksa sesiapa." Sebaliknya, jelas beliau, adalah menjadi tugas pihaknya sebagai kerajaan untuk menemui pegawai dan kakitangan kerajaan. Bagaimanapun jelas Najib, kakitangan awam bebas untuk mengundi sesiapa dalam pilihan raya kecil ini. "Kita cuma menerangkan dasar kerajaan sahaja," katanya. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib ini ternyata menunjukkan betapa "dangkalnya mentaliti" bakal Perdana Menteri Malaysia itu sebenarnya. Kononnya bila pembangkang menang, isu pengundi hantu tidak ditimbulkan. Walhal semasa di Permatang Pauh, biarpun Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti besar namun isu pengundi hantu sebanyak 24 buah bas itu tetap dibongkarkan juga. Bahkan petugas PKR telah berjaya menangkap 4 buah bas tersebut dan dibawah ke balai polis yang berdekatan di Seberang Jaya. Bukankah ini menunjukkan biarpun pembangkang menang, namun isu pengundi hantu tetap diperkatakan. Namun ternyata jawapan Najib itu sedikit menimbulkan "syak wasangka" rakyat sebenarnya. Soal pejabat JPN Trengganu dibuka hingga lewat malam juga ada kemusykilannya. Kenapakah semasa pilihanraya kecil di tempat lain ia tidak berlaku. Bahkan semasa pilihanraya umum yang lebih besar pun perkara ini tidak berlaku. Maka kenapa di Kuala Trengganu ia terjadi?. Inilah bukti yang memang ada perancangan jahat UMNO dan BN dengan pihak terbabit untuk memenangkan calon mereka sebenarnya.
[Maklumat mengenai kewujudan pengundi hantu ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru dalam pilihanraya di Malaysia. Bahkan dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan, pasti isu ini akan berbangkit semula. Soalnya, mereka yang boleh melakukan penipuan ini harus mempunyai akses dengan SPR, JPN dan pihak polis sendiri. Justeru itu apakah layak parti pembangkang dituduh membawa pengundi hantu? Walhal ternyata mereka tidak mempunyai akses yang baik dengan pihak terbabit. Maka itu, sudah pastilah puak-puak UMNO dan BN yang melakukan perbuatan "terkutuk" ini. Kita tidak hairan mereka boleh membayar "hantu-hantu" yang didatangkan khas untuk mengundi BN. Ini kerana hantu-hantu itu juga adalah terdiri dari kalangan beliau-belia dan remaja yang sudah rosak akhlaknya. Justeru itulah mereka akan menurut membabi buta tanpa rasa bersalah dengan tindakan tersebut asalkan diberi "wang upah" seperti yang dijanjikan. Najib Razak tidak boleh mendabik dada dalam hal ini, kerana beliau juga menang di Pekan dalam pilihanraya ke-10 lalu dengan bantuan "undi hantu" dan "Undi pos" yang entah dari mana datangnya. Justeru itu jangan cuba untuk berdolak-dalih].
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan