Sementara itu menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, beliau menyifatkan bahawa proses pengundian ketika ini berjalan dengan lancar. "Saya tidak nampak apa-apa masalah dan berharap keaadaan ini beterusan sehingga petang," kata beliau. Difahamkan juga hampir 80,000 pengundi berdaftar di dalam kawasan parlimen Kuala Terengganu akan melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini. Proses pengundian yang bermula sekitar jam pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pada pukul 5 petang.Pilihan raya kecil ini dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat. Ia menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Datuk Wan Wahid Wan Salleh (BN), Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas). Sementara itu mengikut statistik daripada 80,229 pemilih yang layak mengundi kali ini, seramai 1,035 merupakan pengundi pos di mana kira-kira 96 peratus telah pun mengundi baru-baru ini. Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di bahagian ini adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain. Calon BN, Wan Ahmad Farid khabarnya telah mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar manakala calon PAS, Mohd. Abdul Wahid mengundi di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.
.:: GELERI FOTO KUALA TERENGGA ::.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan