script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya Kecil: Dato' Najib Kata Isu Altantunya Sudah Tidak Relevan Lagi, Tapi Mereka Menahan Pula Enam Anggota AMK Kerana Tampal Poster !!

KUALA TRENGGANU - Terpegun rasanya mendengar kenyataan bakal Perdana Menteri Najib Razak berhubung dengan pilihanraya kecil Kuala Trengganu. Dalam satu kenyataan hari ini, Najib menegaskan bahawa isu wanita Monggolia Altantunya Shaariibuu sudah "basi" dan "tidak relevan" lagi untuk digunakan di Kuala Trengganu. Merujuk kepada perkara ini Najib berkata "Nampaknya perkara itu cuba dibangkitkan pembangkang... kalau mereka bawa isu seperti ini maknanya mereka sudah bankrap isu."Ia tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya kecil ini," kata beliau. Anehnya jika dilihat kepada kenyataan Najib ini, mereka sebenarnya sudah kehilangan arah tujuan. "Cakap tak serupa bikin", kononnya isu Altantunya sudah basi. Sebaliknya dalam masa yang sama awal pagi semalam enam anggota Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Timbalan Pengerusinya iaitu Saudara Fariz Musa telah ditahan polis ketika menampal poster wajah wanita Mongolia itu di laluan-laluan dilalui Najib ketika berada di sini menjelang hari penamaan calon hari ini. Bagaimanapun mereka dibebaskan awal ini dan dipanggil semula untuk disoal siasat oleh polis petang ini.

Bukankah ini menunjukkan bahawa isu wanita Monggolia itu sebenarnya masih lagi relevan. Bahkan rakyat yang "bangang" sahaja boleh terpengaruh dengan keputusan mahkamah membebaskan Razak Baginda. Sedangkan bagi mereka yang berfikiran waras dan mempunyai akal panjang kes Altantunya sebenarnya banyak mengundang "misteri" yang belum terungkai. Justeru itu, ramai rakyat yang mempersoalkan kenapa Najib dan Rosmah tidak dipanggil ke mahkamah sebagai saksi kes berkenaan. Walhal nama mereka sudah banyak kali disebut-sebut oleh saksi dalam mahkamah. Bahkan terdapat juga beberapa akuan sumpah yang membabitkan mereka dalam kes berkenaan seperti yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramanian dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin. Maka itu jika menampal poster pun mereka kenakan tindakan, apatah lagi jika nama Altantunya turut disebut-sebut dalam ceramah yang bakal diadakan sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu mulai malam ini sehingga 16 Januari 2009 nanti. Sudah pastilah tindakan yang lebih tegas akan diambil oleh pihak polis yang "berbondong-bondong" menyerang Trengganu sekarang.

[Kami sempat singgah di Kem Polis yang dibina berhampiran Taman Awam Batu Buruk pagi tadi. Memang bagai yang diperkatakan oleh ramai pihak, bahawa disitu juga dibina khemah-khemah penempatan polis dan dikawal ketat oleh mereka. Satu persoalan yang timbul, kenapakah mereka menbuat kem yang begitu canggih seperti itu?. Apakah motif sebenar mereka. Bahkan kawasan terbabit kelihatan seperti akan mejadi lokasi penempatan "pengundi hantu" kelak. Justeru itu, kami menyarankan kepada pihak Pakatan Rakyat di Kuala Trengganu yang kini sedang sibuk merayu undi agar dapat memantau perkara ini disaat-saat akhir nanti. Kita khuatir langkah mendirikan khemah yang sebegitu rupa mungkin satu strategi jahat UMNO dan BN untuk menang pilihanraya kecil ini dengan satu taktik kotor sekali lagi].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]


[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]

Share:

5 ulasan:

  1. elok ler berhenti buat fitnah tu..org dh muak dgr..kes aljuburi tu tak percaya pulak..apa nk jd korang ni..jgn jd dajal bermata satu..

    BalasPadam
  2. Barang yang lepas,
    Jangan kenangkan,
    Kalau dikenang,
    Merosak kedudukan.

    BalasPadam
  3. Berani kerana benar,
    Takut kerana bersalah...

    Harimau mati tinggalkan belang,
    Manusia yang mati kerana bom c4 jadi hantu....

    BalasPadam
  4. sudah2lah sebarkan fitnah tu..modal dh basi..carilah modal lain..jgn syok sendiri..carilah isu-isu yg boleh menjana minda serta mampu membangun bangsa dan negara..biarlah matang cara berfikir..kalau dh nama politik, dua-dua pihak pun tidak sunyi dari cuba menjatuhkan antara satu sama lain tp carilah isu yg lebih membina..cuba lihat bangsa lain..mereka memperkukuh kekuatan bangsa mereka..kita apa? Nak berbunuh sama sendiri adalah..kalau macam itu bila bangsa dan agama kita nak kuat..jgn jd macam ayam jantan, berkokok berderai2 tp bontot bergelumang tahi..pandang dan nilai satu2 perkara tu secara menyeluruh..kalau dh jumud tak tnetu fasal, habislah..

    BalasPadam
  5. masalahnya orang yang buat salah takkan mengaku

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.