script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Hudud: Presiden PAS UlasTidak Perlu Lagi Perjelaskan Tentang Hukum Itu Kerana Karpal Singh Lebih Memahami Daripada Puak UMNO

KUALA TERENGGANU - PAS berkata parti ini tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas kepada Pengerusi DAP Karpal Singh (foto) kerana anggota Parlimen Jelutong itu telah faham mengenainya. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata soal pelaksanaan hukum tersebut telah pun dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk pemimpin DAP. "Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham. "Sekarang ini persoalannya kenapa Umno menolak untuk dilaksanakan hudud? Saya bersedia untuk berbincang dan memberikan penjelasan kepada Umno mengenai hudud," katanya kepada pemberita di kediamannya di Rusila, Marang.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang meminta parti itu menjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud itu. Beliau berkata PAS sedia berbincang dengan Umno bagi memberikan penjelasan mengenai implikasi hukum itu sekiranya ia dilaksanakan. Semalam, Karpal Singh dalam kenyataannya dilaporkan berkata kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan. "Mungkin Abdul Hadi patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian," kata Karpal Singh. Hadi berkata hukum hudud itu hanya diwajibkan kepada masyarakat yang beragama Islam sahaja dan bukan Islam boleh memilih sama ada mahu menerima pakai hukum itu atau undang-undang sivil. "Dalam draf undang-undang ini ayatnya orang yang bukan Islam diberi pilihan sama ada mereka mahu hudud dilaksanakan ke atas mereka atau mereka boleh memilih undang-undang sivil. "Tetapi pelaksanaanya bergantung kepada kerajaan pusat kerana kerajaan negeri tiada kuasa kerana kita tak cukup syarat lagi nak laksanakan. Orang Islam mereka kena hudud. "Jangan fikir bila hudud dilaksanakan, ramai orang akan cacat kerana berebut nak potong tangan sebab mencuri. Ini akan menjadikan mereka itu lebih takut untuk melakukan jenayah," katanya.

[Masalahnya di Malaysia hari ini, orang bukan Islam lebih faham hukum Islam daripada orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Ini kerana mereka takut jika hukum itu dilaksanakan maka begitu sukar sekali untuk mereka melakukan perbuatan "maksiat" dan "penyelewengan". Mereka gusar dengan tangan dipotong dan sebagainya. Maka itulah puak-puak Melayu Islam dalam UMNO takut dan tidak mahu "hukum Islam" yang dikatakan lebih zalim daripada ISA. Mereka lupa bahawa hukum zalim memang wajar untuk orang yang menzalimi diri sendiri. Kita amat yakin yang pemimpin UMNO yang kononnya Islam itu tidak akan berani untuk melaksanakan hukum Hudud, hatta mengadakan debat khas tentang semua ini kepada rakyat].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]


[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]

Share:

2 ulasan:

  1. Saya rasa Karpal Sigh cakap lain, tapi orang tulis atau sampaikan atau tafsirkan lain. Bagi saya, kepada bukan Islam ,mereka tak perlu risau atau takut kerana hudud itu untuk orang Islam sahaja. Sama macam hukum nikah kahwin orang Islam. Sehingga kini, orang bukan Islam tak mempersoalkan hukum tersebut.
    Mengikut kefahaman saya, kalau Islam memerentah, hukum agama lain boleh dipakai atau dijadikan undang-undang untuk pengamalnya. Katakan orang Sikh mencuri, hukum mencuri mengikut agama sikh akan dilaksanakan (dijadikan undang-undang negara untuk orang beragama sikh).
    Persoalannya, orang Islam yang selalu melanggar hukum Islam akan takut dihukum berdasarkan hukum Islam kerana hukum itu adil kepada semua orang.
    Mengambil contoh yang sama, orang agama bukan Islam takut kepada pemerentahan Islam kerana mungkin mereka sering melanggar peraturan agama mereka
    Berdasarkan analogi ini kita boleh faham mengapa orang Islam dan bukan Islam tidak mahu Islam memerentah.

    BalasPadam
  2. Berangan jer ler org2 pas tak sudah2. ckp x paham2..kan kepal sing dh kata mereka tak terima hudud..apa lg..susah nk pehe? ini semua politik jer..buat2 tak tau sbb nk begayut lg kat ba"i tu punya parti.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.