KUALA TRENGGANU - Nampaknya ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat kini semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Kuala Trengganu. Ramai pemerhati yang berpendapat bahawa PAS sudah pasti akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini jika tiada unsur subversif atau tindakan jahat puak-puak UMNO dan BN di sini. Krew kami sempat hadir dalam kedua-dua ceramah iaitu PAS dan BN, ternyata sambutan luar biasa di ceramah PAS gagal untuk disaingi oleh BN. Senario inilah yang berlaku di Permatang Pauh dulu, yang mana akhirnya berjaya memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti yang lebih besar. Apakah fenomena yang sama juga akan turut berlaku di Kuala Trengganu kelak. Apapun, kami ucapkan sekalung tahniah atas segala sumbangan dan jasa yang diberikan oleh para petugas sepanjang kempen berjalan ini. Ternyata mereka begitu bersemangat waja dan terus menyakinkan rakyat supaya menyokong PAS biarpun diasak dengan berbagai tekanan oleh pihak lawan. Buat anda yang baru tiba di Kuala Trengganu dan ingin hadir ke ceramah-ceramah yang bakal diadakan sepanjang baki kempen ini.Maka dibawah ini kami paparkan informasi terkini ceramah yang bakal disertai juga oleh pimpinan Pakatan Rakyat dari PKR malam ini (Isnin,12 Januari) di DUN Wakaf Mempelam (Lokasi Kg.Panji dan Kg.Kubang Tangga) ceramah akan disampaikan oleh Dr.Zarawi. Bagi DUN Bandar (Kg.Tok Ku) ceramah oleh Saudara Saiful Izham. Di Kg.Kuala Hiliran pula ceramah oleh Tn.Hj Rahman. Mankala itu bagi lokasi DUN Ladang (Kg.Batas Baru) ceramah oleh YB Chai dan di Kg.Panji Alam ceramah oleh Sdr Mustafa Kamil. Sementara itu di Markas PKR Ladang pula ceramah oleh Sdr. Fariz Musa, Hj.Rahman, Sdr.Wan Rahim, Dato' Tengku Hassan dan Sdr Saiful Izham. Markas PKR Bukit Besar pula ceramah oleh Sdr Razali Alias, Cikgu Bard dan Tn.Hj.Suhaimi. Bagi DUN Batu Buruk di Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering Pantai pula ceramah oleh Sdr Mustafa Kamil, di Pantai Batu Buruk ceramah oleh YB Amiruddin. Bagi pejabat PKR Negeri pula ceramah oleh Sdr Shamsul Iskandar, Sdr Low CC, Sdri Ginie Lim dan Sdr Wan Rahim.
[Melihat siri ceramah yang diadakan jelas sekali membuktikan bahawa sokongan rakyat begitu baik terhadap PAS. Biarpun media arus perdana kini banyak memainkan isu-isu besar bagi mengaburi mata rakyat Kuala Trengganu, namun ternyata mereka sebenarnya telah mula sedar dari lamunan mimpi-mimpi ngeri selama ini. Cuma, apa yang kita harapkan supaya sokongan ini akan berterusan menjelang hari pengundian nanti. Jika tidak sudah pasti perubahan yang bakal terlaksana akan terbantu dan BN akan terus berkuasa di Kuala Trengganu kelak. Kini rakyat sebenarnya semakin bijak untuk membuat penilaian, terutamanya golongan muda. Justeru itu semangat yang ada perlulah disemarakkan agar parlimen Kuala Trengganu bakal menjadi saksi betapa ranap dan punahnya masa depan UMNO dan BN itu sebenarnya].
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]
[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]






Tiap malam ceramah disusun dgn begitu rapi. Tahniah kepada urusetia dan pimpinan PR.Moga kerja kuat dihadiahkan dgn kemenangan.
BalasPadamCeramah tak abis2..negeri dh nk tegadai x mau sedar2..
BalasPadamSUDAHKAH KITA LUPA SIAPA PAS???
BalasPadamDI TERENGGANU 1999 - 2004:
PAS HALAU BUDAK TADIKA KEMAS !!
KANAK-KANAK MENJADI MANGSA KEZALIMAN PAS !!!
PAS BAKAR TADIKA DI KG BUKIT TUNGGAL !!!
PAS RANTAI MESIN-MESIN JAHIT DI KELAS-KELAS JAHITAN DI PULAU DUYUNG
PAS BAGI ZAKAT KEPADA ANAK-ANAK EXCO !!!
PAS TAWAN DAN KUNCI WISMA DARUL IMAN
PAS RAMPAS KERETA EXCO DI MALAM PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA
PAS BUAT MASJID TAK SIAP !!!
JSR (PAS) KEBAS DUIT, TANAH ENTAH KE MANA
PAS GAGAL SEDIAKAN BEKALAN AIR YANG SEMPURNA KEPADA PENDUDUK !!!
PAS BIARKAN PRASARANA BANDAR KOTOR DAN JIJIK
PAS GUNA DUIT ZAKAT UNTUK BELI LAPTOP UNTUK PARTI
PAS TAK BUAT PUN HUDUD
PAS MUSNAHKAN PROJEK TANAMAN RAKYAT
15 KALI PAS TUKAR PEGAWAI KERAJAAN
PAS RAMPAS WANG EHSAN UNTUK KUSZA, TATI, DAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI
PAS GOMOL DAN BOTAKKAN HUTAN BALAK !!!
PAS PANDANG REMEH KUSZA !!!, AMBIL PELAJAR TIADA SPM !!!
PAS PECAT TOK IMAM, PECAT TOK BILAL !!!
PAS TUTUP MRSM DI BESUT DAN DUNGUN !!!
PAS LELONG BALAIRAYA DI KAMPUNG TEBAUK, BUKIT TUNGGAL DAN KAMPUNG BUKIT WAN, BATU RAKIT
PAS HENTIKAN ELAUN HAFIZ !!!!
PAS TIDAK BAYAR ELAUN GURU QURAN !!!
PAS TAMATKAN BANTUAN BULANAN KEPADA ORANG MISKIN !!!
PAS BERI TANAH KEPADA ORANG KAYA DAN KRONI !!!
PAS LANTIK ANAK-BERANAK DAN KRONI DALAM AGENSI KERAJAAN NEGERI !!!
PAS BIARKAN PENGANGGURAN DI TERENGGANU !!!
PAS ABAIKAN GOLONGAN BELIA !!!
PAS TIPU SULTAN DENGAN KENYATAAN ADA 12 KALI PENERBANGAN KE KL SEDANGKAN SEMUA ITU TIPU BELAKA !!!
PAS KATA JUMPA MINYAK ATAS DARAT SENDANGKAN ITU PUN TIPU BELAKA !!!
PAS KATA ADA BERLORI-LORI FAIL PENYELEWENGAN BN, TAPI SAMPAI KINI MEREKA MASIH BELUM DAPAT BUKTIKAN !!!
PAS KATA NAK BUAT LEBUHRAYA YANG LEBARNYA 3 KM, DENGAN SYARIKAT YANG BERMODALKAN RM2 (DIAMOND LINK) SEDANGKAN HAKIKATNYA MEREKA HANYA NAK GOMOL BALAK!!!
TERNYATA, PAS PENIPU !!!!!!!!
TOLAK PAS, PAS ZALIM !!!! PAS PARTI DURJANA !! PAS PENJAHANAM MASYARAKAT !!!
Ko,berapi kutuk PAS..ape ko dapat?? projek !! syabas laa.Cuba Ko pikir betul!betul! rasionalnya kalau ada otak !lu pikir :5 Negeri dpt dikuasai PK,tentu ada isyarat dari RAKYAT,bahawa UMNO 2 Korup,kurap & kayap...cuma tak menggaku jer ! takut jatuh kemaluan !hehehe
BalasPadam