Maka berakhirlah debaran yang menanti, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut (foto) akhirnya disahkan sebagai pemenang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu . Akibat daripada kekalahan memalukan UMNO dan Barisan Nasional itu juga, maka harapan besar untuk kita melihat perubahan pasti akan berlaku. Biarpun ditempelak oleh kebanyakkan pemimpin UMNO, namun hakikatnya adalah jelas bahawa rakyat telah memberi mesej kepada kerajaan bahawa BN sudah tidak relevan lagi untuk memerintah negara ini. Jika di Permatang Pauh, mereka mengatakan itu adalah kubu kuat Anwar namun kini apa yang berlaku di Kuala Terengganu menyingkap segala-galanya. Mereka kini telah ditolak oleh majoriti rakyat. Bahkan gelombang kebangkitan ini dijangka akan berterusan dalam pilihanraya kecil yang lain, hatta pilihanraya umum sekali pun. Maka itulah juga, kami menjangkakan bahawa senario ini akan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tampuk pemerintahan negara bila-bila masa sahaja dari sekarang. Cuma para pemimpin UMNO sahaja yang masih tidak mahu mengakui dan menerima hakikat bahawa mereka sudah ditolak rakyat. Zaman untuk UMNO dan BN sebenarnya sudah berakhir sejak 8 Mac 2008 yang lalu. Gelombang "tsunami politik" yang melanda bagai menggambarkan kepada kita bahawa rakyat sebenarnya telah muak dengan corak kepimpinan yang penuh dengan rasuah, korupsi, nepotisme dan berbagai penyelewengan yang akhirnya telah membebankan sekalian hamba rakyat.Pemimpin UMNO dan BN, langsung tidak mahu "belajar dari kesilapan". Mereka tahu bahawa "taktik dan teknik" yang mereka lakukan untuk mempengaruhi hati rakyat sudah ketinggalan zaman. Biarpun berjuta wang ringgit dicurahkan untuk rakyat, namun hakikatnya bukan itu lagi yang mereka mahukan. Jika 20 atau 30 tahun dulu, mungkin pembangunan material boleh diterima rakyat. Tapi kini, zaman sudah berubah kerana rakyat melihat apa yang berlaku di depan mata mereka. Apalah gunanya pembangunan jika ada rakyat yang terpaksa menderita untuk itu. Maka itulah mereka nampak bahawa apa yang dibawa oleh pemimpin UMNO dan BN sebagai satu "gula-gula pilihanraya" untuk mengaburi mata rakyat. Sedangkan mereka melihat segala keburukan yang berlaku dikalangan pimpinan UMNO dan BN itu sendiri. Namun, yang menghairankan kita ialah puak-puak UMNO ini tidak mahu mengakui kesilapan mereka. Malah terus menggunakan formula yang sama untuk meraih undi daripada mereka. Kita hairan apakah "post mortem" pilihanraya umum ke-12 dulu langsung tidak dijadikan "panduan" dalam mengharungi perjalanan serta proses pilihanraya yang berikutnya. Apakah yang mereka lakukan sebenarnya?. Meraka sogokkan wang berjuta untuk rakyat, yang mana akhirnya ia memakan diri semula. Inilah hakikatnya yang perlu ditelan dan diterima oleh puak-puak UMNO dan BN ini sebenarnya.
Nasib Dan Masa Depan Wan Farid Kian Suram
Inilah sebenarnya antara faktor utama yang menjurus ke arah kekalahan memalukan BN itu. Namun, perkara ini dinafikan oleh mereka. Sesuatu yang agak janggal bila calon BN diumumkan dua minggu lebih awal dari biasa. Sedangkan selama ini, UMNO dan BN adalah parti yang begitu sukar untuk memilih calon dan akan menentukannya disaat-saat akhir. Di sini terbukti jelas bahawa Pak Lah mahu orangnya disitu, sedangkan Najib Razak sudah mempunyai calonnya yang lebih berwibawa. Soalnya, mengapakah Pak Lah beriya-iya benar mahukan Wan Farid dikorbankan di situ. Walhal beliau adalah bekas Setiausaha Politik beliau dan juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri. Bahkan, langkah Wan Farid meletakkan jawatan setelah beberapa hari dilantik sebagai Senator dilihat sebagai satu penghinaan buat dirinya. Maka kini, apakah karier politik Wan Farid akan berakhir begitu sahaja selepas ini?. Apakah Pak Lah akan memberi "jawatan ikhsan" kepada beliau sebelum mengundur diri Mac ini. Segalanya akan terjawab dalam masa terdekat ini.
BN Tewas, Najib Bakal Kempunan Jadi PM
Dalam pada itu, ramai pihak yang mengatakan kekalahan memalukan Barisan Nasional di Kuala Terengganu itu bakal menyaksikan Najib Razak kempunan untuk menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO Mac 2009 ini. Alasanya begitu mudah, iaitu beliau gagal bertanggungjawab dengan misi yang dipikulnya. Kekalahan di dua pilihanraya kecil iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu jelas sekali membuktikan bahawa beliau sebenarnya telah ditolak oleh rakyat. Justeru itu, mana mungkin oarng yang sudah ditolak itu bakal diangkat dan ditabalkan pula sebagai pemimpin nombor satu negara?. Maklumat sahih yang kami terima dari kalangan pemimpin tertinggi UMNO sendiri mengesahkan perkara ini. Jika ia menjadi kebenaran, maka selamatlah rakyat dan negara ini daripada pemimpin yang telah rosak akhlak dan maruah itu. Sememangnya kini, majoriti rakyat tidak mahu Najib jadi Perdana Menteri. Jika beliau hanya mahu menjadi Presiden UMNO, mungkin ia tidak mengapa. Namun untuk menjadi PM, jika dibuat undian sekali pun sudah pasti ramai yang menolak termasuk puak-puak UMNO sendiri. Mereka takut, jika Najib yang penuh dengan skandal itu memerintah nanti maka rakyat yang tidak berdosa akan terus menderita. Bahkan, Najib dilihat akan mengunakan "kedudukan" yang ada untuk melakukan lebih banyak kezaliman terhadap pemimpin dan penyokong parti pembangkang jika beliau berkuasa kelak. Oleh itu, mereka lebih rela Pak Lah dikekalkan atau Pakatan Rakyat memerintah daripada memperhambakan diri kepada Najib Razak itu. Ada dua perkara yang akan menghalang misi Najib jadi PM iaitu;Najib Dipanggil Sebagai Saksi Kes Altantunya
Desas desus kini kian melanda mengatakan Pak Lah akan terus kekalkan jawatan PM kini semakin tersebar luas. Ramai pihak yang berpendapat adalah lebih wajar Pak Lah terus mengekalkan jawatan itu selepas Mac ini. Bahkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang juga turut sependapat supaya Pak Lah tidak mengundur diri dan terus kekal sebagai PM Hadi mahu Abdullah kekal PM selepas Mac. Justeru itu, apakah dengan desakan ini akan menyebabkan perancangan Mac 2009 itu digagalkan. Faktor pertama yang bakal menyebabkan Najib kempunan ialah berkaitan dengan kes Altantunya yang mana kini kedua-dua tertuduh iaitu Azilah dan Sirul kini sedang membela diri masing-masing. Langkah Azilah mendedahkan bahawa beliau melakukan perbuatan tersebut mengikut arahan daripada DSP Musa Safri (Pegawai Polis Pengiring Najib Razak). Ini bermakna, petanda awal yang bakal mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes ini sudah nampak. Musa Safri sudah pasti mendapat arahan daripada seseorang. Apakah Musa, Rosmah dan Najib bakal dipanggil sebagai saksi kes ini?.Kemungkinan besar itu pasti ada, Pak Lah mungkin menggunakan mahkamah untuk memanggil Najib sebagai saksi bila-bila masa dari sekarang. Bila beliua dipanggil untuk memberi keterangan dan sudah pasti Pak Lah akan mengarahkan Najib bercuti untuk menghadapi kesnya itu. Kemungkinan besar kes tersebut akan dibicarakan dalam tempoh yang agak lama. Ini bermakna ia akan menjangkau bulan Mac 2009 ini. Dan dalam tempoh bercuti, Najib tidak boleh mengambil kuasa. Dalam masa yang sama, Khairy Jamaluddin menantu kesayangan Pak Lah akan meminta pemuda UMNO untuk menyokong agar Pak Lah dikekalkan sementara Najib berhadapan dengan kes mahkamahnya itu. Namun, perkara ini nampak ada kesamaran kiranya Najib Razak masih menganggap dirinya "difitnah" dan tidak mahu ke mahkamah seperti Mahathir dulu biarpun perintah "sapina" dikeluarkan nanti.
Mesyuarat UMNO Tidak Sah Kerana Politik Wang
Kemungkinan besar yang kedua, jika langkah pertama gagal ialah Pak Lah mungkin akan menggunakan kuasanya sebagai Presiden untuk membatalkan semua Mesyuarat UMNO dan pemilihan pencalonan kerana tidak sah akibat daripada "politik wang". Laporan Jawatankuasa Displin UMNO yang mengesahkan terdapat 900 aduan politik wang dan 70% daripadanya ada bukti akan digunakan. Maka Pak Lah sudah pasti akan mengarahkan siasatan yang telus dan adil dilakukan. Bila terbukti memang wujud politik wang atau rasuah dalam pemilihan serta mesyuarat bahagian tersebut, maka ianya akan diisytiharkan "tidak sah". Mesyuarat terpaksa dijalankan semula dan semua pemilihan serta pencalonan untuk pertandingan jawatan pada Mac ini juga secara automatik akan ditangguhkan. Jika ini berlaku, maka sudah pastilah pencalonan Najib Razak juga akan terbatal. Akhirnya UMNO akan mengekalkan Pak Lah sebagai Presiden serta Perdana Menteri sementara mesyuarat dijalankan semula. Maka itulah terdapat berita dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengatakan harapan najib Razak untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri tidak akan berjaya. Statistik menunjukkan bahawa 70% mengatakan Najib akan gagal dalam misi tersebut, dan hanya 30% sahaja yang beranggapan beliau akan berjaya Mac ini. Apapun sama-samalah kita nantikan perkembangan terkini akan perkara ini. Rakyat amat bersyukur jika Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri sebenarnya. Semoga segalanya ini akan menjadi kenyataan demi sebuah maruah negara, keadilan dan keperimanusiaan. Kegagalan Najib di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu juga sudah cukup untuk Pak Lah terus berkuasa.[Melihat kepada senario terkini, ternyata Pak Lah dilihat masih ingin terus berkuasa dalam apa jua keadaan sekalipun. Justeru itulah kita melihat semakin hari beliau semakin terkehadapan dan tidak langsung nampak tanda-tanda untuk mengundur diri. Apapun, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada para pengundi di Kuala Terengganu kerana berjaya menghumbankan keegoaan anak Tun Razak itu. Sekurang-kurangnya dengan kekalahan itu bukan sahaja boleh menutup mulut beliau, malahan juga telah menjatuhkan reputasi, imej serta maruah beliau dimata rakyat. Ternyata mereka semua tidak mahu mempunyai Perdana Menteri dan pemimpin seperti itu. Demi masa depan negara, selamatkan Malaysia dari Najib Razak dan mereka-mereka yang tidak layak menjadi pemimpin rakyat di bumi bertuah ini!!].
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com.
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan