Mutakhir ini juga, isu rasuah dalam UMNO semakin mendapat perhatian. Apatah lagi kini ramai pemimpin UMNO akar umbi yang didakwa terlibat telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ramai pemimpin yang mula takut dengan senario ini. SPRM kini dilihat sebagai "duri dalam daging" yang akan memusnahkan masa depan pemimpin tertentu. Ramai yang menganggap bahawa SPRM adalah "senjata beracun" Pak Lah untuk menidakkan kemaraan Najib. Pak Lah seboleh-bolehnya mahu menggagalkan apa jua usaha ke arah peralihan kuasa. Beliau tahu, jika Najib naik nasib beliau dan anak-anaknya belum tentu selamat. Tambahan pula beliau kini sudah bermusuhan dengan mantan PM Mahathir. Dalam masa yang sama anak Mahathir, si Mukhriz akan bertembung dengan menantunya Khairy Jamaluddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan Mac ini. Silap-silap hari bulan Khairy juga akan "tenggelam bersama labu-labunya" bila Pak Lah undur diri. Maka itu, apakah Khairy sanggup berhadapan dengan situasi ini. Sedangkan beliau sendiri pun belum puas lagi untuk menikmati limpahan kemewahan yang dibolot oleh ayahandanya itu. Atas faktor inilah maka ramai yang menganggap Khairy akan menggagalkan usaha Najib berkuasa dengan apa jua cara sekali pun.
Kami difahamkan bahawa, desas-desus dikalangan pemimpin UMNO sendiri pun memang sudah kedengaran bahawa mereka sependapat mengatakan 70% Najib tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Isu rasuah dikalangan perwakilan UMNO akan menjadi faktor utama kegagalan itu. Berasaskan kepada laporan dan siasatan yang dilakukan oleh SPRM. Ada kemungkinan besar yang Khairy akan mendesak bapa mertuanya, membatalkan mana-mana mesyuarat bahagian yang ada unsur rasuah terbabit. Maka itu, mesyuarat tersebut akan "tidak sah" dan perlu di adakan semula selepas ini. Jika banyak bahagian yang dibatalkan mesyuaratnya akibat rasuah, ini bererti perhimpuna untuk pemilihan UMNO Mac ini juga terpaksa ditangguhkan dulu. Akhirnya Pak Lah akan terus berkuasa dan Khairy akan mendabik dada. Inilah sebenarnya percaturan "licik" antara kedua-kedua anak mertua ini yang gagal dikesan oleh Najib Razak sebenarnya. Jika ini berlaku, pastilah Pak Lah akan terus berkuasa dan orang-orangnya akan "menjelajah" satu Malaysia mengatakan Pak Lah masih "relevan". Dengan kekalahan BN di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu, jelas membuktikan kepimpinan Najib Razak ditolak rakyat. Maka itu, sememangnya beliau tidak layak bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 seperti yang dirancangkan itu.
Apapun, ini ada satu berita gempar yang kami terima. Ia berkaitan dengan perihal PERKESO yang dipaksa meluluskan satu tender projek ICT secara "runding terus" dengan syarikat kroni Pak Lah. Dipercayai Khairy dan Datuk Norza terlibat dengan syarikat terbabit. Kami difahamkan tender bernilai RM152 juta itu adalah projek PERKESO untuk rakyat dan sepatutnya dibuka tender secara terbuka. Sebelum ini, Pak Lah pernah mengatakan beliau akan telus dalam hal ini. Namun bila tiba masanya, Pak Lah mengarahkan semua Ahli Lembaga Pengarah PERKESO memberi tender itu kepada syarikat anak menantu beliau. Keputusan ini amat mengecewakan Ahli Lembaga Pengarah PERKESO. Tambahan pula jumlahnya agak besar dan sudah pasti akan mendapat tentangan dari banyak pihak. Maka itu, kini kita melihat bahawa Pak Lah rupanya "cakap tak serupa bikin" dalam hal kronisme ini. Apakah beliau telus? Dan sepatutnya orang-orang Najib mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini dan laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jika ini berlaku, sudah pasti harapan Najib akan lebih cerah lagi selepas ini. Soalnya, apakah SPRM akan mendakwa pemimpin tertinggi kerajaan seperti yang diwar-warkan selama ini. Sedangkan dalam isu rasuah UMNO baru-baru ini, mereka hanya mendakwa pemimpin bawahan semata-mata. Walhal, rasuah tersebut adalah diberikan oleh pemimpin atasan sepert dua bekas MB Selangor Mat Taib dan Khir Toyo di Pahang sebelum ini. Kami mempunyai maklumat tentang perkara ini, mengapakah puak-puak UMNO Pahang membisu akal hal ini.
[Dengan senario ini, maka ternyata cakap pemimpin UMNO sebenarnya memang sudah tidak relevan dan boleh dipakai lagi oleh rakyat. Cakaplah apa pun, soal pembangunan, projek, tender, tolong rakyat, adil, saksama, telus dan sebagainya. Semua itu bohong semata-mata. Mereka hanya cuba mengaburi mata rakyat dengan harapan mereka akan menyokong UMNO dan BN lagi dalam pilihanraya umum akan datang. Justeru itulah kita tidak hairan dengan kekalahan UMNO dan BN di Kuala Terengganu baru-baru ini. Rakyat sebenarnya sudah jemu dan "loya tekak" melihat "janji manis" dan pembohongan puak-puak UMNO terutamanya Najib Razak itu sendiri. Dalam bab tender terbuka ini pun sama sebenarnya, maka kita tidak hairan Pak Lah sanggup menekan Ahli Lembaga Pengarah Perkeso menyerahkan projek jutaan itu kepada syraikat anak menantunya, bairpun beliau kini kononnya Mr.Clean. Inilah dia budaya UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Lakukan perubahan sekarang ].






brother, kalu betul pegi report kat suruhanjaya yg tugasnya untuk hapus rasuah tu...kalu tidak, baik jgn cerita..kalu suruhanjaya tu takut nk jalankan tugas, ko letakkan bukti kat blog ni bagi semua org tahu..ckp kosong sahaja buat ape..tu sbb korang punya pengunjung dah mula malas nk layan korang punya blog skg..
BalasPadam