script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Semasa: Selangor Berjaya Kutip Zakat RM244.4 Juta Tahun 2008, Meningkat RM42.3 Juta Dari Sebelumnya, Tapi Pahang Bagaimana?

SHAH ALAM - Selangor berjaya mencapai jumlah kutipan zakat sebanyak RM244.4 juta pada 2008 melebihi sasaran awal sebanyak RM222 juta. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa berkata jumlah kutipan itu meningkat sebanyak RM42.3 juta iaitu kira-kira 21 peratus berbanding sebanyak RM202.2 juta pada 2007. Menurut beliau daripada jumlah kutipan zakat tahun lalu, sebanyak RM232.1 juta adalah zakat harta manakala RM12.3 juta lagi adalah zakat fitrah. “Jumlah pembayar zakat harta bagi 2008 ialah seramai 146,413 orang, meningkat 17 peratus daripada tahun sebelumnya iaitu 125,294 orang. “Daripada jumlah tersebut, seramai 34,343 orang merupakan pembayar baru,” katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Idris Shah semalam. Mohamad Adzib berkata pada tahun lalu, Mais melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengagihkan sebanyak RM198.5 juta kepada lapan golongan asnaf termasuk 9,583 orang asnaf fakir dan 5,879 orang asnaf miskin. Beliau berkata pada tahun ini LZS meletakkan sasaran untuk mencapai kutipan sebanyak RM235 juta dengan mengambil kira keadaan ekonomi yang tidak menentu. “Saya percaya sasaran ini boleh dicapai tahun ini kalau kita bekerja dengan lebih kuat lagi walaupun keadaan ekonomi merudum,” katanya.

Sehubungan itu katanya, LZS meletakkan fokus utamanya tahun ini iaitu ‘transformasi sistem penyampaian agihan zakat’ menggunakan strategi antaranya operasi berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), mempercepatkan penyampaian agihan zakat dan mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 10 peratus. Sementara itu, Mohamad Adzib berkata sebagai tanda keprihatinan terhadap tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestin, Mais melalui LZS dengan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj akan menyumbang sebanyak RM1 juta. “Bantuan melalui asnaf fisabilillah ini akan disampaikan sendiri oleh Tuanku melalui Yayasan Amal Selangor dalam masa terdekat,” katanya. Dalam masa yang sama, LZS akan menempatkan tabung untuk rakyat Palestin di semua 22 cawangannya di negeri ini selama satu bulan bagi memudahkan orang ramai khususnya pembayar zakat untuk menyumbang. Sumbangan juga boleh dibuat melalui portal LZS

[Inilah faedahnya bila Kerajaan Negeri dipimpin oleh orang yang bertanggungjawab dan pandai mengurus hal ehwal pentadbiran. Maka segalanya akan dapat untung dan menyenangkan rakyat. Tidak dirompak begitu sahaja tanpa pengetahuan mereka. Kami yakin, dengan sokongan yang ada dari Kerajaan Negeri Selangor, nescaya berbagai projek pembangunan dan pembelaan rakyat dapat dilaksanakan kelak. Ini semua menjurus kearah satu sistem kehidupan yang lebih adil, telus dan sejahtera. Rakyat tidak tertekan dengan bebanan ekonomi yang melanda. Ia berbeza sekali dengan negeri Pahang, sudahlah kerajaan negeri "bankrap", berhutang dan bakal muflis kini kami juga mendapat maklumat yang wang zakat (Pusat Pungutan Zakat) juga ada bunyi-bunyi pernah dan telah dirompak oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini. Maka itu, ayuhlah kita kembali kepada kerajaan yang lebih berkreadibiliti demi masa depan rakyat, lakukan perubahan mula sekarang].

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.