KUANTAN - Nampaknya, pendedahan kami perihal Setiausaha MPK, Encik Mohammad Zainuddin Idris (foto) semakin panas dan mendapat perhatian semua pihak. Kami tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam hal ini. Cuma tujuan kami adalah satu iaitu biar hebat mana sekali pun manusia atau individu itu bila tiba masanya beliau harus menerima hakikat tentang perubahan yang bakal berlaku. Bahkan, keenganan Setiausaha MPK terbabit melepaskan jawatan tersebut telah menyebabkan ramai pihak dinafikan hak untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Inilah asanya yang penting untuk diketahui oleh semua pihak. Tambahan pula kami difahamkan usia beliau kini sudah mencecah 59 tahun. Malahan beliau diberi jawatan sebagai SetiausahaMPK secara kontrak selepas dirinya bersama wajib iaitu untuk tempoh dua tahun. Biasanya tempoh kontrak diberikan berdasarkan jawatan yang disandang sebelum pencen. Contohnya kerajaan menyambung kontrak Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abd Rahman selama setahun ketika beliau akan bersara wajib jawatan tersebut pada tahun 2007 lalu. Ramai lagi pegawai kerajaan yang disambung ke jawatan kontrak mengikut jawatan asal beliau.
Namun apa yang berlaku kepada Setiausaha MPK, Encik Zainuddin ini ternyata amat "pelik" dan "memecahkan rekod dalam perkhidmatan awam di Malaysia". Ini kerana beliau bersara wajib dari jawatan "Pengarah Jabatan di MPK", anehnya disambung kontrak sebagai "Setiausaha" pula?. Ini bermakna, Encik Zainuddin mempunyai "power dan kabel besar" yang membolehkan beliau menyambung kontrak ke jawatan yang lain dengan gaji yang tinggi. Padahal sebelum itu beliau dikatakan telah pencen dari jawatannya dengan mendapat separuh gaji mencecah RM4,000. Kami difahamkan juga beliau berjaya melobi jawatan itu secara kontrak selama dua tahun mulai tahun 2006 hasil hubungan eratnya juga dengan Ketua Setiausaha Negara terdahulu iaitu Tan Sri Samsudin Osman (foto). Kami difahamkan beliau "berbiras" dengan KSN itu. Lantaran itulah beliau boleh menjawat jawatan yang lebih tinggi dari jawatan hakikinya secara kontrak tersebut. Tambahan pula isteri Setiausaha MPK juga ada hubungan saudara dengan isteri MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Selepas kontraknya berakhir selama dua tahun, beliau telah menggunakan pengaruh bekas YDP MPK yang kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang iaitu Dato' Muhammad Safian bin Ismail. Melalui Dato' Suffian inilah beliau telah melobi Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara yang baru untuk terus menyambung kontrak perkhidmatannya secara "bulan ke bulan" dengan Majlis Perbandaran Kuantan. Justeru itulah akhirnya beliau berjaya menjadi satu-satunya kakitangan awam di Malaysia yang berjawatan kontrak "renew bulanan" dengan gaji sebanyak RM6,000 sebulan. Bayangkan seorang pegawai kerajaan dilantik ke jawatan "bulan ke bulan", ini seolah-olah beliau bekerja secara sambilan tetapi mendapat gaji yang cukup lumayan sejak sekian lama.
Mengapakah masih ada pihak yang cuba untuk mempertahankan kelibat Setiausaha MPK ini? Kononnya beliau sangat berpengalaman dan merupakan pegawai yang telah berkhidmat paling lama sejak zaman Yang Dipertua MPK Dato' Shariff Shamsuddin lagi. Lantaran itulah mereka mengatakan beliau paling layak untuk dikekalkan jawatan sebagai Setiausaha MPK dulu, kini dan selamanya. Maklumat yang kami terima kini mengatakan "power Encik Din" di Majlis Perbandaran Kuantan lebih hebat mengatasi kuasa yang ada pada Yang Dipertua MPK sendiri iaitu Dato' Azizan sekarang. Tambahan pula kini, beliau memangku jawatan sebagai Yang Dipertua sementara menantikan Dato' Azizan pulang dari luar negara atas urusan kerja. Untuk itulah, ramai pihak melihat bahawa beliau kini nampak semakin lebih bertenaga dengan kuasa yang ada. Paling melucukan ada pula pihak yang mencabar kami mengemukakan satu nama untuk menjadi pengganti Encik Din sekiranya beliau letak jawatan. Soal siapa pengganti tidak timbul disini, kerana semua pegawai yang layak di MPK adalah sesuai untuk jawatan itu. Cuma masalahnya sekarang, mereka itu tidak diberi ruang dan peluang untuk berbuat demikian. Tambahan pula jika Encik Din terus "gila kuasa" dan tidak mahu mengundur diri buat selamanya. Soal siapa pengganti juga adalah tertakluk kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan sendiri untuk menentukan siapa yang paling layak. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini.
Apa yang kami mahu perjelaskan di sini, ialah terdapatnya unsur kronisme dalam perlanjutan kontrak beliau selama ini. Difahamkan juga, gaji RM6,000 yang diterima itu adalah "ekhsan untuk beliau" dan bukannya atas kepakaran dan pengalaman yang beliau ada. Maka itulah kami merasakan beliau tidak sepatutnya dilanjutkan kontrak sesuka hati tanpa mengikut prosedur yang sah. Dalam usia mencecah 60 tahun dan kontrak yang disambung dari bulan ke bulan maka ia jelas sekali mencabuli hak-hak orang lain untuk bekerja. Tambahan pula para graduan menganggur yang sedang tercari serta ternanti-nanti peluang pekerjaan buat masa ini. Inilah yang dikatakan "gila kuasa" sebenarnya. Bahkan Encik Zainuddin juga sering berbangga dan sombong dengan jawatan yang dimilikinya itu, hingga menyebabkan ramai pegawai dan kakitangan jabatan itu sendiri yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan sikap. beliau itu. Kenapa beliau masih mahu "berkuasa" sedangkan beliau sendiri tahu bahawa ramai lagi mereka diluar sana yang memerlukan pekerjaan. Apakah tidak timbul langsung perasaan kesihan dihati beliau melihat ramai graduan yang kini menganggur? Inilah yang amat kita kesali sebenarnya. Lantaran itu kami tetap bertegas meminta beliau meletakkan jawatan dengan kadar segera. Jika tidak kami pasti akan mendedahkan lebih banyak fail-fail sulit beliau untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia dalam masa terdekat ini. Justeru itu berfikirlah sebelum melakukan sesuatu tindakan. Hak rakyat jangan dinafikan hanya kerana anda ada "link" dengan MB, SS, KSN dan juga sedikit power dalam UMNO.
[Kami juga mendapat maklumat bahawa susulan daripada berita panas ini, banyak pihak yang membuat tuduhan melulu kepada pihak-pihak tertentu dalam MPK. Kononnya mereka menyalurkan maklumat kepada PDO. Terus terang kami ingin perkatakan bahawa segala maklumat ini sebenarnya diperolehi sendiri dari orang awam yang sudah jemu melihat kerenah Setiausaha MPK itu sendiri. Atas kesedaran dan amat rapat dengan pegawai terbabit maka mereka menyalurkan maklumat terus kepada pihak kami untuk pendedahan ini. Banyak lagi maklumat sulit berhubung dengan projek-projek tertentu di mana Setiausaha MPK itu telah menggunakan kuasanya untuk kepentingan beliau. Edisi siasat sedang dijalankan untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini berhubung soal ini. Kami juga ucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan MPK, di Jalan Tanah Putih yang turut memberi kerjasama untuk pendedahan ini. Pokok utamanya disini, bukan soal pengalaman atau kepakaran yang beliau miliki yang dipersoalkan. Tetapi ia lebih menjurus kepada kronisme, rasuah dan penyelewengan dalam menentukan keputusan. Juga penglibatan pegawai tertinggi kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang sendiri yang seolah-olah menutup mata atas apa yang berlaku di Majlis Perbandaran Kuantan itu sendiri. Sila lakukan siasatan dan buat tindakan demi kepentingan orang ramai. Jangan sampai kami membawa kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula].

Pengumuman Khas: Tempahan Iklaneka Di Ruangan Ini Di Buka. Hanya RM300 Sebulan. Sila Email Kami pahangdaily@yahoo.com, Sertakan Nama, Alamat, Telefon, Jenis Perniagaan, Alamat Website Dan Info Berkaitan Untuk Tindakan. Tempahan Awal Dialu-Alukan.
Tempahan Blog Usahawan: Anda Mempunyai Bisnes Atau Produk?, Ingin Pasarkan Secara Online Dan Membuat Tempahan Iklaneka Di Pahang Daily Online?. Kami Sedia Membina Blog Web Perniagaan Anda Dengan Kadar Serendah RM300 Sahaja. Siap Dalam Masa 3 Hari Bekerja. Jika Berminat Sila email pahangdaily@yahoo.com Untuk Info Lanjut.

Nak Jimat Minyak: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.
Makan Pun Dapat Duit: Percayakah Anda, Dengan Hanya Mengajak Kawan Anda Makan Di Rangkaian Kedai Kami Yang Berhampiran. Anda Akan Mendapat Duit Lumayan. Tidak Rugi Menyertai Kami. Modal Hanyalah Apa Yang Anda Belanjakan Setiap Bulan. Ganjaran Hebat Income Sehingga Enam Angka Sebulan Jika Anda Sertai Kami. Partnership Di Perlukan Di Seluruh Lembah Kelang Kuala Lumpur. Berminat Sila Klik SMS Nama & Alamat Anda Sekarang. Taipkan Hantar Ke 012-385 4400 Untuk Temujanji Eksklusif Anda Sekarang !!
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. TaipkanNam_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]
Makan Pun Dapat Duit: Percayakah Anda, Dengan Hanya Mengajak Kawan Anda Makan Di Rangkaian Kedai Kami Yang Berhampiran. Anda Akan Mendapat Duit Lumayan. Tidak Rugi Menyertai Kami. Modal Hanyalah Apa Yang Anda Belanjakan Setiap Bulan. Ganjaran Hebat Income Sehingga Enam Angka Sebulan Jika Anda Sertai Kami. Partnership Di Perlukan Di Seluruh Lembah Kelang Kuala Lumpur. Berminat Sila Klik SMS Nama & Alamat Anda Sekarang. Taipkan
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan
[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]

kan dah kata....
BalasPadammesti keluar lagi artikal pasal su mpk...
bila dapat info dari komen2 yang ada...pdo pun ubah la cerita...
nak memutar belitkan keadaan...
kenapa lah ada makhluk yang dengki khianat di muka bumi ini?????
Nak betul kan satu lagi info..
Sebenarnya gaji su mpk tu bukan 6 ribu... tetapi 25 ribu!!!! so what???kereta ada 5 biji... rumah ada 4 biji...lepas ni.. boleh la ambik info ni ye...buat penyedap rasa.... dasar budak tadika!!!!!
nak tau sangat fail sulit su. cari pdo jangan x cari. dedahkan..banyak mana dia kumpul harta masa kini
BalasPadamtak payah nak mengajar PDO lar brader...sbb krew2 PDO dah ada dalam pejabat MPK jalan tanah putih..mana2 info yg sama dengan maklumat yg diterima akan dilaporkan..mana2 yag penipu mcm brader bg pasal gaji 25 ribu dan keter 4 biji tuu..citer katun jer kan..so PDO tak kan siarkan..harap bg maklumat yg tepat dan terkini..bukan hentam kromo jerkk TQ
BalasPadampakcik suka sangan dgn cikgu din tu sebab dia baik, peramah, mesra, mudah di dekati, pr bagus, berpandangan jauh. Pakcik pun baru je dapat gerai hasil rekemen beliau, anak pak cik pun 2 org keja mpk. So..ok la.. biarkan lah beliau meneruskan kecemerlangan di mpk
BalasPadamAlaaa,issu ni tak begitu besar jangan lah namapak sangat macam tk tahu cari berita yg lebih bagus.Baik kau korek issu rompakan balak,penerokaan tanah haram di seluruh Pahang,pengimportan dan penempatan org luar di kawasan Najib dan apa peranan mereka dlm p.raya,bagaimanaoperasi Pasdec untung atau tidak,rasuah di majlis-majlis perbandadaran seluruh Pahang,perobohan tempat letak kereta Bentong,dan banyak lagi issu yg lebih penting.Jangan lah hanya tertumpu pada En zainuddin ni,gaji RM 6,000,tak besar mana pun ,lagi pun beliau bukan goyang kaki,dia ni kuat kerja kau tau ke?.Aku lebih suka dia ni,berbanding pegawai lain yg masih belum pencen tapi rasuahnya kuat dan yg rasuah tu patut kau dedahkan.Niat PDO mungkin baik,tapi kalau berlebihan tidak bertempat begini ,nampak macam busuk hati lak.
BalasPadamKENA CARI KREW BARU LA DALAM MPK NI SEBAB INFO YG KAO ORG LETAK TAK DER YANG BETUL PUN....CEDOK KOMEN ORANG BOLEH LER...KEJA BUDAK TADIKA TU
BalasPadamkpd krew PDO MPK,
BalasPadamkalau terror sangat dedahkan rasuah dlm MPK tu,dedahkan juga kelemahan pengurusan yg ada,peraturan kewangannya,bhg. pembelian,bhg.kelulusan pembangunan,bhg penilaian,bgh taman dan ekraisi, bhg penguatkuasa semuanya banyak yg tak kena.dedahkan lah,pembayar cukai kawasan MPK nak tahu.
setuju sangat, ni mesti adalah apa2 kepentingan kat dalam mpk ni, tu yang selok kera sangat. Berlambak lagi isu2 lain, bak pe tak korek?
BalasPadamdengki dan busuk hati macam israel yg sedang melanyak palestin nu. Cian kat su tu
Ahli PKR Indera Mahkota
tak timbul masalah bhg lain wey... elok dah PDO cakap pasal Setiausaha MPK tuu...tgok at Survey yg dibuat oleh PDO 100% mintak SU letak jawatan segera... beri peluang kat org lain, tak kisah lar saper2 pun... ini bukan masalah hebat ker aper..ini dah soal "Giler Kuasa". Nampak sgt Encik Din, tak nak letak jawatan sbb giler kuasa.. Gaji Rm6,000 ko kata sikit? keje dah lar part time... gaji byk tu boleh bagi 6 orang kejer kat MPK tau..x kesian ker kat anak-anak Melayu yang menganggur skrg nii? Korang ni dapat share ker ngan SU MPK tu? Aku akan sarankan satu siasatan dibuat lepas ni..nak lapor kan kat SPRM....
BalasPadamMPK telah mengungguli pelbagai anugerah sejak lebih 25 tahun lalu. Pialanya ada di foyer pejabat MPK. Boleh lah tengok kalau tak percaya. Tu belum lagi masuk anugerah yang kecik2. Sejak zaman Yang Dipertua, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, TYT Tun Khalil Yaakob, YH Dato Mohamad Saib, YH Dato Hashim Abdul Wahab, YH Dato Mohamad Safian Ismail dan terkini YH Dato Azizan Ahmad, warga MPK telah bersatu padu menjalankan tugas. Dan di situ lah pasti ada en din mengeluarkan idea pendapat, sama2 bekerka dan kekadang mengeluarkan duit poket sendidi.
BalasPadamItu tidak boleh dinafikan. Tanyalah mana2 bekas YDP. Dan kalau dah terbukti terbaik, kenapa nak di persoalkan kewibawaannya. Soal kroni... mana2 tempat pun akan ambil kroni. Nik Aziz pun ambik sedara dia. Hatta Nabi Muhammad s.a.w pun ambil menantu dan sahabat sebagai pemimpin kalau dah terbukti terbaik.
En Din dah hampir 30 tahun berkhidmat di MPK, semua staf sayang kat dia. Mungkin la ada 2/3 orang. Itu perkara normal. Yang dia baik dgn KSN ke SUK ke... itu la kelebihan dia. Mengapa nak bising2. Bukan mcm PDO ni yg hanya berani menulis blog tapi tak berani nak bersemuka.
Tak payah nak libatkan en basri.. era dia dah tamat.. kalau ada pun mungkin jadi dato bandar kalau kuantan jd bandaraya
Apa yang kau orang ada rahsia besar sgt tu... apa lagi dedahkan lah kalau cukup bukti !!! Nak lapor kan kemana pun.. lapor kan la.....tak der masalah...
Yang pasti banyak info dalam artikel tu memang PEMBOHONGAN BESAR...
DI ULANGGI PEMBOHONGAN BESAR..
Balik2 pasal gaji 6,000... itu ajer la modal yang kao orang ada... kroni...giler kuasa..
Point2 yang membuat org gelak ada la.
Woi cari la modal power2 sikit. Memang setakat ni tak der peg kat MPK yang setanding beliau…itu adalah hakikatnya. So orang luar tak payah nak menyibuk…
Pakat2 pergi la ke Kuala terengganu… kempen kat sana lagi baik sebab garenti tersungkur…atau pun pergi tolong orang banjir.. dapat jgak pahala…
Ala berhenti jer la bagi peluang pada orang lain la pula! Macam tak ada orang lain yang berkemampuan ke ? Tentu nyer ader cuma tak di beri peluang kalau di beri munkin boleh memberikan khidmat yang jauh lebih baik itu la orang kita tak mahu berubah! Minda jumud tapi hakikat nya ramai yang masih menjadi mengangur berhormat kerana tidak di bri peluang olih orang kita sendiri!
BalasPadamngangur terhormat sebab milih keja, nasib la jd mcm tu. nak keja dlm air cond je, keja kilang tak mboh... ni nak ambik rezeki orang...bolayan..
BalasPadamsapa2 staf mpk yg dah tak rasa nak keja lg... elok la berhenti... awak pun nyemok juga
idup cik din!!
BalasPadamidup cik din!!
idup cik din!!
Kalau penganggur macam Cucu Mat Kilau (Dia ni antara editor fitnah PDO ni) tu memang laa kuat dengkinya....pandai cakap, tapi tak pandai buat. Hanya pandai kelentong dan mencari salah orang. Duduk depan pc kat CC. Pandai tuduh jerk....tapi takda tanggungjawab.
BalasPadamNak kenal sapa dia penganggur yang bangga sangat sebagai tukang fitnah dan makan gaji dari Dato' Fauzi PKR celup tu, silalah ke alamat blog berikut :-
http://anakpahangjati.blogspot.com/search?updated-max=2008-12-24T18%3A41%3A00Z&max-results=5
atau cari 'Anak Pahang Jati' kat google tu...mesti jumpa punya muka malaun penganggur ni.
ahaha.. KLU stakat DAPAT anugerah/PINGAT melalui KABEL2 BESAR!!!,,, n menajaga hatinya watpa... Budak Tadika pon bleh jadi setiausaha.... kan...
BalasPadamto Kerang,,
aahah Nko sekolah sampai,, kelas berapa??? or tak berpendidikan??
pernah dengar,,
"MAKE MONEY FROM BLOG"
ka??..
mungkin yg ko tau..
"MAKE MONEY FROM KORUPSI".
"sbb krew2 PDO dah ada dalam pejabat MPK jalan tanah putih"
BalasPadamoo gitu ye..jaga engko musang berbulu ayam..ko aka bakal jd penganggur pertama dizaman ekonomi meleset ni..
Sudah2ler PDO..kalu nk cari mkn biar ler cara halal..nnt haram tu rezeki yg korang makan tu hasil dari kerja menabur fitnah..fitnah..fitnah..tak sudah2..naik loya pula baca thread korang ni..isu ditimbulkan mcm2 budak2..lebe baik korang g kerja kilang ler, lg halal rezeki tu..tu pun kalu korang tak monteng..
BalasPadamPDO ni blok fitnah no. satu..blok yg pemain2nya berhati kaudu..pergi bantu org2 yg dilanda banjir tu lg baik..
bukan musang.. berbulu ayam la...
BalasPadamMUSANG BERCAKAP BENAR...
KLU x mau pecahkan rahsia.... $ kopi
mau lebih.. OH~~~.
Kebanyakan komen yg diterima dalam blog ini merupakan komen picisan daripada individu2 yg mempunyai pemikiran yg cetek dan dasar analitikal yg sangat rendah.Begitu juga halnya dengan penulis blog ini.Gaya penulisan dan penceritaan yg didedahkan oleh penulis blog menggambarkan bahawasanya beliau sebanarnya hanya meneliti maklumat2 yg bersifat palsu yg disertai dengan lakonan2 fitnah daripada individu2 melayu yg mempunyai perasaan dendam dan hasad dengki yg meninggi terhadap individu lain yg menempa kejayaan dalam kariernya. Menerima pandangan yg bersifat berat sebelah dan dipenuhi emosi bukan merupakan ciri2 pemberitaan yg tepat dan telus.Maklumat2 yg berasaskan kepada cemuhan palsu kepada Encik SU merupakan satu perkara yg paling memalukan dan menunjukkan mentaliti beliau berada di tahap yg paling rendah.
BalasPadamWahai penulis blog,
tidakkah anda tahu bertapa ketinggalannya graduan melayu dalam arena pekerjaan????jangan salahkan penyambungan kontrak kerajaan sepeti Encik SU, tetapi kerana hampir kesemua daripada graduan tersebut tidak memiliki modal indan dan kemahiran yg berkualiti tinggi seperti yg dikepinginkan oleh pasaran kerja.Sikap yg terlalu memilih dan tidak menguasai bahasa Inggeris juga faktor yg menjurus kepada fenomena tersebut berlaku.
Dapatlah saya simpulkan di sini bahawasanya maklumat yg didapati oleh "siasatan" yg dijalankan oleh saudara adalah PALSU dan hanya berpandukan kepada PREJUDIS semata-mata.
Terus terang di sini saya nyatakan bahawa En. SU disambungkan kontraknya bukan kerana kegiatan melobi sepeti yg didakwa, tetapi kerana keperluan kerajaan negeri dan persekutuan di mana negara sekarang sangat ketandusan pemimpin yg berkaliber dan berkualiti seperti beliau.Berkhidmat selama lebih daripada 20 tahun (bukan 30 seperti yg didakwa) membuatkan beliau sangat memahami selok belok bandar Kuantan dan sangat berpengalaman dalam pengurusan perbandaran. Kereta2 yg dimiliki bukanlah mewah seperti yg difahami oleh pembaca kerana hanya kereta kancil lama (2nd hand), kenari lama (sudah hampir nk roboh), proton iswara (juga 2nd hand) dan kereta APV Isuzu yg dibeli dengan harga 60 ribu sahaja. Hidup beliau dan keluarga tidaklah mewah sepeti yg disangkakan.Dan yg paling penting, beliau tidak pernah menerima rasuah daripada mana2 pihak.
Tidak ada sekelumitpun makanan yg datang drp duit haram masuk ke mulut dan perut anak2nya. Anak2 beliau kebanyakannya berjaya dengan titik peluh beliau sendiri.Dan hakikatnya bukanlah senang untuk membesarkan anak2 sehingga ke peringkat yg tertinggi tanpa bantuan dari mana2 pihak seperti yg difitnah oleh penulis blog.
Di manakah letakkan daya penaakulan dan daya berfikir saudara penulis???Sangat menyedihkan kerana saudara sanggup memalukan diri sendiri dengan menunjukkan kepada dunia di mana sebenarnya letaknya tahap pemikiran dan logikal anda yg berada di tahap yg sangat rendah.
Kenali diri sendiri dahulu sebelum mengata orang lain. Sanggupkah anda membebani tugas En.SU sekiranya jawatan tersebut diberikan kepada anda. Tepuk dada, tanya minda. Jangan membuat sebarang spekulasi yg menjurus kepada perasaan. Gunakan akal anda sepenuhnya seperti yg dianugerahkan.
Sememangnya lumrah dunia, ada yg mendengki sekiranya orang lain berjaya. Terimalah lumrah tersebut kerana emosi dan perasaan manusia bersifat subjektif. Mungkin ada yg menyukai, dan ada juga yg membenci.Begitulah sifat orang melayu sepeti saudari penulis yg sukar untuk dikikis kerana sifat2 mazmumah tersebut sudah sebati dan sejiwa dengan anda. Kembangkan minda dan lihatlah dunia.