script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sidang Parlimen: Usul Khas Kutuk Serta Kecam Pencerobohan Israel Terhadap Rakyat Palestin, MP Pembangkang Dan Kerajaan Bersatu Suara !!

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini mengetepikan agenda politik masing-masing bagi menyokong usul mengecam serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Ketika membahas usul tergempar mengecam pencerobohan dan serangan Israel terhadap Palestin di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya kerajaan bertindak lebih tegas menangani isu itu dengan meminta Kementerian Luar memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) untuk menyatakan bantahan keras rakyat Malaysia terhadap sokongan negara tersebut kepada tindakan Israel. “Harapan Malaysia terhadap bakal presiden Amerika Syarikat Barack Obama ialah mengambil sikap yang adil kepada penduduk Palestin kerana jelas pendirian Obama terlalu keras menyokong Israel. “Seluruh rakyat Malaysia termasuk daripada semua parti di negara ini menunjukkan rasa tidak senang hati dengan pentadbiran yang memihak kepada penjenayah perang dan melihat kelesuan pemimpin negara Arab yang nampak tidak menunjukkan sikap keberanian untuk memperjuangkan nasib rakyat,” katanya semasa membahaskan usul mengecam serangan Rejim Zionis Israel di Gaza di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar juga mencadangkan agar Malaysia mengambil inisiatif supaya bekerjasama dengan Brunei dan Indonesia mengetuai pasukan yang menunjukkan sikap dan pendirian yang membenci keganasan dan kezaliman. “Kita boleh berunding dengan Brunei dan Indonesia untuk menunjukkan sikap tegas dan berani menentang kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin yang dibunuh kejam,” kata Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan aggota Parlimen Permatang Pauh. Bagaimanapun dalam perbahasan itu Anwar tidak mengkritik tindak tanduk AS atau keupayaan negara berkenaan untuk menyelesaikan masalah itu. Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mencadangkan agar Malaysia mengambil tindakan mengheret Israel ke mahkamah antarabangsa kerana mencabuli undang-undang antarabangsa.

“Ini kerana Israel telah mencabuli piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan telah menunjukkan yang ia tidak berdisiplin,” katanya. Timbalan Setiausaha Agung DAP P. Ramasamy, yang juga anggota Parlimen Batu Kawan, berkata Israel boleh dilabel sebagai sebuah negara pengganas kerana membuat tindakan unilateral menyerang Palestin. “Israel kini mencari jalan baru untuk mendominasikan Palestin dengan menyerang. Mereka ingin mengekalkan dominasi mereka terhadap Palestin. “Oleh itu, kita kena adakan perbincangan dengan Kesatuan Eropah, Rusia dan semua kuasa besar untuk mencari jalan penyelesaian masalah ini,” katanya. Beliau berkata PBB gagal mencari penyelesaian untuk masalah itu dan kini masanya telah tiba bagi semua negara bersuara mengenai permasalahan ini dan kita mesti meyokong kerajaan kita untuk menyelesaikan masalah ini. Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pula meyifatkan masalah di Palestin sebagai masalah sejagat yang hanya boleh diselesaikan oleh masyarakat antarabangsa.

“Dunia menjadi saksi apa yang berlaku di Palestin. Semua mesti menyokong mencari jalan penyelesaian masalah ini. Langkah pertama ialah gencatan senjata oleh kedua-dua pihak,” katanya. Beliau juga meminta masyarakat dunia untuk menambah tekanan terhadap Israel termasuk sekatan ekonomi. Khairy turut mencadangkan agar satu pasukan pengaman dibentuk supaya rakyat Palestin tidak diancam atau dipaksa oleh rejim Zionis Israel. “Sistem antarabangsa kini berat sebelah, menyebelahi sesebuah pihak. Sistem politik antarabangsa yang diamalkan sekarang tidak mendengar suara masyarakat dunia. “Kita juga perlu menyusun semula PBB dan struktur baru itu perlulah menjaga kepentingan semua, tidak kira, bangsa dan agama,” katanya. Sementara itu Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pula mencadangkan kakitangan kerajaan dipotong gaji sehari dan duit itu disalurkan kepada tabung Palestin. “Biarlah derma ini disalurkan dengan betul agar ia sampai ke tangan rakyat Palestin. Lebih baik jika dihantar dalam bentuk pakaian, makanan atau peralatan bukan dalam bentuk wang ringgit,” katanya.

[Sesungguhnya dalam isu yang berlaku di Palestin ini memang kita mengharapkan agar para pemimpin politik di negara kita ini dapat bersatu hati dalam mempertahankan hak serta kedaulatan rakyat terutamanya masyarakat Islam di sana. Kekejaman yang dilakukan oleh pihak Zionis ternyata sudah melampaui batas dan tindakan tegas harus dilaksanakan dengan segera demi keamanan dunia sejagat. Justeru itu, kita amatlah berharap agar kerajaan Malaysia dan mendesak OIC dan bukan PBB untuk melaksanakan satu operasi ketenteraan bagi mempertahankan rakyat Palestin dengan segera. Jika tidak, kita yakin lebih ramai lagi warga Palestin akan dibunuh dengan kejam terutamanya kanak-kanak. Ini kerana Israel tahu bahawa kanak-kanak itulah yang akan bangkit satu hari nanti untuk membalas dendam atas segala kekejaman yang mereka lakukan].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]


[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]
Share:

9 ulasan:

  1. MP Umno/Bn hanya dibibir saja. Perbuatan dan tindakan mereka lihat sendirilah. Bagaimana yang kena tangkap di Dataran Merdeka kerana demontrasi bantah Israel? Yang tangkap tu polis Malaysia bukan polis Israel kan? Ertinya MP Umno/BN lidah bercabang, dalam Parlimen cakap lain, luar parlimen bertindak lain! Cakap tak serupa bikin!

    Cittt !!!!

    BalasPadam
  2. Ha, ni satu lagi mamat mana BENGONG BANGAT ni... dalam orang sibuk2 pasal palestin.. nak jugak dia kaitkan dengan hal lain.. tak reti nak memikir gamaknya dia ni.. ATI tu DAH HITAM LEGAM dengan mencari kesalahan orang lain je.. Bagi la RERSPON POSITIF sikit kalaupun tak berkenan.. Kalau Geng2 MP BN & Pembangkang boleh satu suara.. Mamat ni APA KEJADAHNYA.. DIA NI AGEN ISRAEL KOT... ADA GAK RAKYAT MALAYSIA MACAM NI.. KO PEGI LA AMIK WUDUQ.. MINTAK KAT TUHAN, BAGI KETENANGAN ATI TU DARI MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN LAGI BAGUS ..

    BalasPadam
  3. Seladang oh seladang, mengapa kau dijadikan Tuhan sebegini....
    Sebanyak 10 usul dikeluarkan pada Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai kekejaman rejim Zionis di Gaza, YANG DIBENTANGKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DISOKONG SEBULAT SUARA AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT LAIN TERMASUK DARI PARTI PEMBANGKANG, Berikut adalah lima daripada sepuluh resolusi yang dikeluarkan.

    - Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

    - Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza;

    - Menggesa Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan meluluskan penempatan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;

    - Menggesa Perhimpunan Agung PBB mengadakan sesi tergempar khas Uniting For Peace di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menguatkuasakan ketetapan yang diputuskan pada 8 Januari 2009;

    - Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

    Yang kena tangkap kat Dataran Merdeka tu bukan ke sdara mara puak lilin majusi Seladang????

    BalasPadam
  4. Apa relevennya....10 usul yang dikeluarkan pada Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai kekejaman Zionis ! pada UMNO !! yang hanya pada " KEAMANAN & SIMPATI " .
    Pada masa yang lain terus...menzalimi ??

    BalasPadam
  5. Ha, ni Sekor lagi.. bakpo gak BENGONG BANGAT KO NI JEBAT.. OTAK LETAK KAT LUTUT KO.. kO TANYA APE RELEVANNYA USUL2 TU.. KURANG2 ADA USAHA NAK BANTU ORANG ISLAM DI PALESTIN NUN..Anwar, Haji Hadi, Poklah,Najib dan Mahathir dah sepakat tu, ok la tu.. hal2 lain tu next time kita citer balik.. Masa tu ko nak kata PM Zalim Ke, Najib Tipu ke, Anwar Ngarut ke, Haji Hadi takde Pendirian Ke, Mahathir gila Bayang ke.. ikut ko la.. Skang ni kita pakat2 pk apa yang kita boleh sumbang pada sedara seislam kita di Palestin..

    BalasPadam
  6. Memang betul kata Pak James Bond, sekarang adalah masanya kita bersatu untuk menyumbang membantu sedara kita seislam di Palestin. Saya memangnya setuju 100% pandangan saudara itu. Alangkah aman dan baik nya bila kita lihat pemimpin-pemimpin BN dan PR bersama di Parlimen membincangkan isu kezaliman Yahudi terhadap Palestin tanpa mementingkan perbezaan politik dan ideologi masing-masing. Adalah sejarah yang paling baik bila berlaku didalam Dewan Parlimen semalam membuatkan saya sangat gembira memikirkan bahwa pemimpin-pemimpin kita boleh duduk berbincing jika hendak tolong rakyat sendiri di Malaysia tanpa mencetuskan berbalahan sesama mereka. Pasti aman negara Malaysia jika pemimpin-pemimpin kita bersatu. Amin!!!

    BalasPadam
  7. Kutukan serta kecaman pencerobohoan Israel terhadap rakyat Palestin.

    Ramai penghuni dunia bangkit menunjukkan perasaan marah terhadap Israil diatas kekejaman yang dilakukan nya terhadap Palestin, termasuk rakyat Malaysia.

    Apa hasilnya walaupun satu dunia mengutuk Israel..? Tidak ada. Yang kita dengar dan lihat hanyalah terpekik terlolong dari kumpulan yang kononya mewakili hak asasi manusia. Sedangkan Israel sehingga kini terus membedil penduduk Palestin. Tindakan seperti itu hanyalah buang masa dan membazir saja.

    Israel dan Palestin adalah dua kaum telah berdendam sesama sendiri sejak berabad lamanya. Bila Israel berdiam diri, Hamas akan melancarkan roket kewilayah Israel sebagai cari pasal. Bila Hamas berdiam diri pula, Israel pula membuli Hamas.

    Kedua kaum ini tidak boleh diajak berbincang dan berdamai. Kedua-duanya keras kepala. Apa yang cuba dilakukan oleh barat khasnya Amerika hanyalah retorik saja.

    Pertelingkahan yang berlaku diantara Israel dan Palestin bukan berasaskan agama tapi berkaitan dengan dendam bangsa dan wilayah.

    Untuk mengamankan kedua buah negeri ini, maka salah satu negeri perlu dimusnahkan.

    Jika anda berpihak pada Palestin, maka anda dan negara-negara yang menyokong hendaklah menghantar senjata dan peralatan perang yang canggih kepada mereka agar mereka boleh berperang dengan berani. Biarkan mereka musnahkah Israel dari muka bumi ini.

    Jika pekara seperti ini tidak dilakukan, cerita yang sama akan disajikan oleh media tentang penderitaan rakyat Palestin.

    BalasPadam
  8. sandiwara jer..semua cari kilometerage politik..

    BalasPadam
  9. Setakat nak jadi " JAGUH " kampungan hentikan laa...patut jer nama malaya,otak yahudi!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.