script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya Kecil: Isu TV3 Semakin Kurang Ajar, Tindakan Boikot Perlu Digerakkan Segera Untuk Ajar CEO Media Prima, Dato' Sri Farid Ridzuan !!

KUALA TRENGGANU - Lucu dan teruja benar menonton Buletin Utama TV3 Suku malam tadi (14 Jan). Ternyata kini TV3 sememangnya telah menjadi "kuda tunggangan" UMNO dan Barisan Nasional. Apa dah jadi dengan CEO Media Prima, Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan (foto) iaitu pemilik TV3 ini sebenarnya. Semakin hari semakin "memualkan" laporan yang dibuat. Nampak benar ia kini menjadi senjata BN untuk menang dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu Sabtu ini. Tidak mahu ditonton serasa ingin tahu laporan berkenaan. Sungguh malang sekali bila melihat laporan yang cukup meloyakan itu. Apakah media arus perdana seperti TV3 Suku ini sudah "tidak serik" dengan penangan pilihanraya umum ke-12 yang lalu?. Jangan mendongak langit dan ingat BN akan terus berkuasa buat selama-lamanya. Apa akan terjadi jika Pakatan Rakyat pula membentuk kerajaan selepas ini agaknya. Sebagai orang profesional CEO Media Prima perlu menasihatkan anak-anak buahnya supaya berhati-hati dengan segala tindakan mereka. Ingatlah, bahawa penonton TV3 bukan semuanya ahli UMNO dan BN, malah mereka juga adalah penyokong Pakatan Rakyat. Jika inilah caranya mereka memanipulasikan berita, maka tindakan "Boikot TV3" wajar kita gerakkan segera demi untuk mengajar Dato' Sri Farid Ridzuan supaya lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan media arus perdana itu selepas ini.

Gara-gara laporan yang berat sebelah dan berunsur fitnah itu telah menyebabkan rakyat menolak BN. Tsunami politik melanda dan akhirnya lima negeri telah tumbang, dan satu negeri telah diranapkan iaitu Wilayah Persekutuan. Mujurlah Wilayah tidak mempunyai Menteri Besar atau Dewan Undangan Negeri. Jika tidak sudah pasti ibu negara Kuala Lumpur sudah ditakluk oleh Pakatan Rakyat. Menyedari kekuatan dan semangat yang ada kepada para petugas PAS dan Pakatan Rakyat maka akhirnya UMNO dan BN terpaksa menggunakan media arus perdana untuk melakukan propaganda bagi mengaburi mata masyarakat agar terus memilih calon BN sebagai Wakil Rakyat di Kuala Trengganu nanti.

Karpal Singh Sanggah Anwar Sokong Hudud

Antara laporan yang paling memualkan ialah perihal Pengerusi DAP Karpal Singh yang dikatakan menyanggah dan akan keluar dari Pakatan Rakyat jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas sekiranya berkuasa kelak. Laporan yang disiarkan itu ternyata berniat jahat dan amat memalukan. Mungkin isu Hudud inilah yang BN harap dapat merubah persepsi rakyat Kuala Trengganu untuk menyokong mereka. Berlumba-lumbalah media arus perdana menemubual Karpal Singh. Berbanggalah Pengerusi DAP itu mengeluarkan kenyataan beliau. Mungkin dek kerana tidak menyangkan dirinya diberi peluang untuk muncul di media arus perdana seteleh sekian lama dihalang. Nampak benar yang TV3 Suku menjadi "dalang" bagi menakut-nakutkan rakyat yang bukan beragama Islam terhadap Hukum Allah itu sebenarnya. Sungguh malang bagi rakan-rakan dan anak-anak mereka yang bertugas di stesyen TV swasta itu kini. Mereka sudah lari dari matlamat asal, kini lebih banyak dakyah dilakukan demi mempertahankan kerajaan BN yang sudah jauh tersasar dari ajaran Islam itu sendiri. Pihak TV3 Suku boleh mendabik dada kerana mereka diberi ruang seluas-luasnya untuk melakukan propaganda jahat ini. Namun, mereka harus ingat dan sedar bahawa rakyat adalah hakim negara. Jangan sampai rakyat sekali lagi memboikot stesyen TV itu selepas ini. Jika RTM yang melakukan semua ini, mungkin kita tidak terlalu hairan kerana ia memang milik kerajaan dan ada Menteri UMNO yang paling "Bangang" iaitu Shabery Chek.

Idris Jusoh Pertahankan Kemiskinan Trengganu

Disamping itu ada juga laporan yang sungguh melucukan dan menggelihatikan kita semua. Ia berkaitan dengan mantan MB Trengganu yang cukup popular kerana "melawan Sultan" iaitu Idris Jusoh yang cuba mempertahankan kemiskinan negeri Trengganu. Kata Idris, PAS telah memutarbelitkan fakta kemiskinan Trengganu. "Trengganu bukannya berada ditempat kedua negeri termiskin di Malaysia, tetapi sebenarnya berada di tangga keempat" kata Idris Jusoh. Bukankah malu mendengar maklumat tersebut sebenarnya. Logikkan sebuah negeri yang begitu kaya dengan hasil minyaknya kini berada dalam kelompok "Top Five" paling miskin di Malaysia. Mana perginya duit royalti minyak selama ini yang kononnya digunakan untuk pembangunan rakyat? Jika pun Trengganu berjaya naik dua tapak dari tempat kedua ke tempat keempat, namun ia masih dalam kelompok yang amat memalukan sebenarnya.


Kadar kemiskinan Trengganu berdasarkan laporan oleh TV3 malam tadi
Bayangkan dari 14 buah negeri di Malaysia, Trengganu yang menempatkan pelantar minyak Petronas itu berada ditangga keempat miskin. Maknanya Idris Jusoh mengakui Trengganu memang masih miskin. Mana pergi wang ehsan yang berjuta-juta itu?. Idris hanya memperkayakan suku-sakatnya menerusi projek-projek mega seperti Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Moonsun Cup, Universiti Darul Iman dan macam-macam lagi. Namun pembanguna untuk rakyat masih terlalu jauh dan seolah-olah diabaikan terus oleh mereka. Apakah UMNO dan BN masih layak untuk memerintah Trengganu lagi pada masa akan datang?. Ini adalah bukti jelas bahawa kekayaan hasil minyak Trengganu telah dirompak oleh pemimpin yang tamak dan rakus. Oleh itu, rakyat Trengganu harus sedar dan jangan lagi alpa dengan "omongan kosong" BN bagi memenangi pilihanraya kecil Kuala Trengganu Sabtu ini. Lakukan perubahan sekarang demi masa depan anda !!

[Terkadang naik "loya tekak" bila mendengar laporan TV3 yang jauh terpesong itu. Mereka yang sudah 25 tahun beroperasi namun masih lagi "jumud" dan cuba untuk memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia. Apakah ertinya nilai berita yang disampaikan jika perubahan ini tidak dilakukan segera. TV3 masih mahu menjadi "penjilat" dan "pencacai" UMNO dan Barisan Nasional. Seolah-olah mereka lupa bahawa kerajaan pusat akan bertukar bila-bila masa sahaja dari sekarang. Jika sikap ini mereka teruskan, maka adalah amat perlu bagi seluruh rakyat untuk "memboikot" TV3 serta media arus perdana yang lain. Sekurang-kurangnya ini akan dapat mengajar mereka agar lebih berkhemah, adil dan saksama dalam membuat laporan. Buat rakyat di Kuala Trengganu, semoga anda bijak untuk menilai "mana intan mana kaca"].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]


[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]

Share:

2 ulasan:

  1. Terkini.ada sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di Jabor yang telah 2 tahun tiada guru besar.sekolah kurang murid ini terletak di ladang milik sime darby dengan murid seramai 14 orang.
    Apa yang Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu lakukan?berpolitik menyokong umno pandailah

    BalasPadam
  2. Taman Tamaddun Islam:Bertepatan sekali dengan hadis rasulullah: mafhumnya..di akhir zaman manusia membina masjid untuk bermegah2 dan dilawati..

    Dimanakah tahap ketakwaan kita terhadap Allah SWT ?

    Ulama2 dahulu membina masjid/surau untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan bersolat berjemaah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.