KUALA LUMPUR - Malaysia telah muncul antara
10 negara utama menggunakan aplikasi multimedia bagi mencari pemilik teknologi hiburan dan tabiat penggunaan penduduk global. Dalam kajian oleh
Syarikat Nielsen ke atas
52 negara mendapati rakyat Malaysia merupakan pengguna internet yang rakus dan berpengalaman, aktif dalam memuat turun dan melayari kandungan media dan hiburan secara percuma dalam internet.
Pengarah Urusan Kumpulan Pengguna Nielsen Malaysia, Paul Richmond, berkata penduduk Malaysia adalah ketagih hiburan dan teknologi kerana menikmati sejumlah besar hiburan dalaman, muzik, permainan video dan media digital.
"Penduduk tempatan ketagih pada internet dengan melayari dan muat turun kandungan media digital secara kerap," katanya. Dalam soal menikmati media digital, Malaysia menduduki tangga kelima dan kesembilan dalam muat turun kandungan dari internet. Menurut hasil kajian tersebut, 53 peratus penduduk Malaysia telah melayari atau menyaksikan
filem secara penuh, klip video, acara TV dan video muzik manakala 41 peratus telah muat turun pelbagai kandungan sama dari internet sepanjang bulan lepas. Kajian itu juga mendapati
89 peratus penduduk Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah peti televisyen manakala 87 peratus mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer peribadi. Oleh demikian, kajian itu menunjukkan bahawa jurang digital antara ekonomi yang baru muncul dan maju tidak begitu jauh manakala negara Barat merupakan pengguna banyak dalam perkakasan komputer dengan peralatan generasi depan menjadi popular di pasaran membangun di Asia, kata Richmond.
[Senario yang berlaku ini menunjukkan kepada kita dengan jelas bahawa sememangnya masyarakat Malaysia gemar melayari internet. Ini bermakna dua juta pengundi muda yang akan layak mengundi pada pilihanraya umum ke-13 akan datang sudah pasti terdiri dari kalangan mereka yang berjiwa ICT. Justeru itu sebagai langkah awal untuk menarik mereka supaya memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat, maka itulah langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencapai hasrat tersebut ialah dengan menggerakkan kesedaran ICT dikalangan mereka. Sudah pasti perubahan besar akan berlaku dalam pilihanraya umum nanti].
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]
Apakan tidak! Pemimpin UMNO/BN 80% kaki karoake - sampai ada yang meraba pulak tu! Cittt!!!!
BalasPadam