script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sidang Online: Lima Tahun Menunggu, Akhirnya Aktivis PAS Menang Dan Kini Di Bebaskan Dari Tuduhan Memaki Hamun Polis Pada Tahun 2004

TEMERLOH - Majistret Ida Rahayu Sharif, pagi ini (22 Januari) telah melepas dan membebaskan aktivis PAS Amiruslan Manaf setelah didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Majistret Temerloh atas tuduhan memaki hamun polis dalam satu program ceramah PAS lima tahun lalu. Menurut peguam beliau, Ahmad Nizam Hamid, (foto) tuduhan yang dikenakan kepada Amiruslan ialah pada 18 Februari 2004, kira-kira jam 8.45 malam, bertempat di Jalan Kampung Berkat di hadapan Sekolah Menengah Maran, beliau dituduh menggunakan bahasa atau perkataan yang kurang sopan, aib dan menghinakan kepada Chief Inspektor Kamarudin bin Mat Repah, pegawai kanan PDRM iaitu perkataan “babi polis”. Perbicaraan dilakukan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalan Kecil 1955 (Akta 336) di mana jika didapati bersalah, akan didenda tidak melebihi RM100. Sementara itu, Amiruslan ketika ditemui dalam keadaan gembira melahirkan syukur yang tidak terhingga kerana kes yang panjang ini sudahpun berakhir. “Saya bukanlah suka sangat dengan perbicaraan kes di mahkamah, tapi yang membuatkan saya tak puas hati dan lawan kes ini ialah kerana kesalahan kecil ini saya telah digari dan dilokapkan semalaman. Saya menuntut kebenaran ke atas diri saya,” jelasnya. Tuduhan dan perbicaraan tersebut ekoran satu ceramah di Maran menjelang pilihan raya umum 2004 yang melibatkan Hj Mohd Sabu dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Perbicaraan di Mahkamah Sesyen Temerloh bermula pada 2005.

[Terkadang kita hairan melihat mahkamah di Malaysia ini. Kes yang sekecil ini pun mahu dibicarakan sehingga 4 atau 5 tahun. Sebaliknya, kes-kes yang besar yang sepatutnya di selesaikan masih tidak dibicarakan langsung seperti kes Anwar Ibrahim. Isu liwat beliau sehingga ke hari ini masih ditangguhkan. Sedangkan itulah isu yang sepatutnya dibicarakan sebenarnya. Namun, dek kerana puak-puak mereka takut dan tidak cukup bukti maka seboleh-bolehnya kes itu mahu dipindahkan juga ke Mahkamah Tinggi. Maklumat diterima mengatakan mereka terlalu takut dengan sikap hakim yang mengdendalikan perbicaraan tersebut. Mungkin hakim itu juga akan ditukarkan selepas ini gara-gara sikap beliau yang terlalu "profesional" dengan tugas yang dilaksanakan itu. Rosak badan kehakiman negara jika keadaan ini berterusan. Maka itulah rakyat perlu lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang].

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

[ PROJEK BENGKEL ASAS BLOGGER KINI DIBUKA KE SELURUH NEGARA ]

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.