script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Gila Meroyan: Demi Maruah UMNO, Si Ali Rustam Menjadi Penyelamat Kononnya 41 Orang Ahli PAS Cawangan Musai Di Melaka Sertai Parti Karat Itu

Terkadang rasa lucu pula melihat keletah puak-puak UMNO terutamanya di bumi Hang Tuah Melaka. Di saat, seluruh negara digemparkan dengan kemasukan berbondong-bondong ahli UMNO ke dalam Pakatan Rakyat. Malah lebih hangat lagi bila ADUN Bota dari BN di Perak menyertai PKR baru-baru ini, maka terpaksalah Ketua Menteri Melaka Ali Rustam menyejukkan keadaan. Terbaru, Ketua PAS cawangan Musai, Bukit Baru, di sini bersama-sama 40 anggota cawangan itu menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno di sana. Menurut maklumat Ketua PAS cawangan terbabit, Ismail Tumpang yang mewakili kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada majlis di kampung tersebut. "Tidak ada perjuangan yang sebenarnya oleh PAS dan saya menyedari kesilapan itu dan kini menyertai Umno," kata Ismail kepada pemberita. Beliau yang telah 20 tahun menyertai parti itu kecewa dengan tindak-tanduk parti itu yang kini tidak relevan dari dasar yang diperjuangkan sebelumnya. Mohd Ali yang juga Ketua Menteri dan Naib Presiden Umno menganggap kemasukan 41 anggota PAS itu ke dalam Umno sebagai tindakan positif.

Bukankah lucu bunyinya, seorang Ketua PAS yang sudah 40 tahun berjuang tiba-tiba keluar masuk UMNO di saat PAS dipuncak kegemilangan selepas menang di Kuala Trengganu baru-baru ini. Apakah yang dikejar oleh Ismail Tumpang agaknya?. Mungkinkah kemewahan yang dicari? atau projek berbilion-bilion ringgit yang diidamkan lantaran mengatakan tidak apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Sungguh memalukan jika beliau memang Ketua PAS sebelum ini. Tarbiah yang ada dalam dirinya langsung tidak memberi apa-apa kesan untuk melihat jauh kehadapan. Walhal beliau sendiri tahu, bahawa kemenangan Pakatan Rakyat sudah semakin hampir dan UMNO sebenarnya sudah hampir karam. Maka itu, kami rasa apa yang dilaporkan ini adalah "gimik politik" semata-mata yang dibuat oleh Ali Rustam untuk meredakan keadaan sebenarnya. Namun, jika benar sekali pun apa hebatnya 41 ahli PAS sertai UMNO?. Sedangkan kini beribu-ribu ahli UMNO sertai PAS termasuk bekas wakil rakyat dan wakil rakyat sendiri?. Maka itu, usahlah gusar dengan laporan berkenaan kerana sesungguhnya Ali Rustam memang terpaksa mencari publisiti murahan untuk meraih keyakinan rakyat terhadap parti UMNO karat itu sebenarnya. Apakah hebatnya seorang Ketua Cawangan PAS boleh memanggil Ketua Menteri semata-mata untuk menyerahkan 41 borang keahlian?. Bukankah ia sesuatu yang tidak masuk dek akal langsung. Maka, sedarlah kita bahawa puak-puak UMNO kini sedang "gila meroyan" dan bagai "cacing kepanasan" sebenarnya.

[Di negeri Pahang kini, semakin hari semakin ramai ahli UMNO dan pengundi atas pagar yang mula memberi sokongan jitu terhadap Pakatan Rakyat baik PKR mahupun PAS dann DAP. Setiap hari ada sahaja kemasukan ahli baru diterima. Malahan, lebih menarik lagi kini Pakatan Rakyat terlah berjaya masuk dan menyerang kawasan Felda dan perkampungan orang asli yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO dan BN dalam setiap kali pilihanraya umum. Justeru itu, dengan perkembangan yang berlaku ini diharapkan agar "Misi Tawan Pahang PRU-13" akan terlaksana jua akhirnya. Rakyat Pahang inginkan perubahan demi masa depan mereka yang lebih terbela, bukan sahaja pembangunan yang mengorbankan maruah rakyat].
Share:

6 ulasan:

  1. mesti lah ada umpannya..sama saja dgn yg baru join ameno tu..skg ni fulus adalah segala2nya..jual bangsa pun tidak mengapa!

    BalasPadam
  2. Masuk ahli UMNO tapi bila tiba Pilihanraya pangkah PAS. Itu yang jadi kat KT. UMNO kena tipu..ha..ha

    BalasPadam
  3. BIarkanlah pemimpin UMNO hayal dengan mimpi indah mereka!

    BalasPadam
  4. kepimpinan UMNO tidak khayal malah mencari idea untuk menjahanamkan rancangan PR yang semakin lama semakin menipu rakyat....sanggup jual maruah bangsa sendiri untuk kepentingan sendiri....PENIPU RAKYAT

    BalasPadam
  5. Cucu tok gajah

    Baru bangun tidur ke? Jangan bermimpi di siang hari! Kalau nak tidur tu biarlah berpada jangan sampai perkembangan yang ada tak tahu lepas tu cakap merapu!
    Kamu nak tipu sapa ni? Jangan ketinggalan zaman oiii!! Umno dah nak lingkup!!! Hishamudddin Ketua Pemuda UMNO mula cium keris tunjuk gagah lepas tu minta maaf pada MCA dan Gerakan! Mana mahu taruh muka! Umnolah penjual maruah bangsa Melayu, kerana tu semak dulu bila nak bercakap!

    BalasPadam
  6. EEEEEEEEE malunya UMNO.........

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.