script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Analisis Isu: ISA Masih Relevan Dan Ia Hanya Disokong Oleh Pembangkang, Satu Pandangan Bangang Menteri UMNO Si Syed Hamid Albar !!

SHAH ALAM - Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) masih lagi relevan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat dengan majoriti rakyat mahu undang-undang pencegahan itu dikekalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. "Kalau itu yang dikehendaki oleh rakyat, suruh kita mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, kita akan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi mengikut kita punya kajian, majoriti rakyat mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dikekalkan," katanya semasa Majlis Bicara Tokoh: "Masih Relevankah ISA" anjuran Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan, Shah Alam Free Speech Ahad malam. Syed Hamid juga berkata kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia. Beliau berkata kedudukan mereka yang melalui proses tahanan ISA tidak terjejas kerana mereka bukan tahanan jenayah bahkan pengalaman mereka semasa tahanan mematangkan mereka dan menjadikan ahli politik yang berjaya.

"Jadi tidak ada perkara yang kita khuatir atau perlu berasa sebagai kerajaan 'apologetic' atau perlu minta maaf atas penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini," katanya. Kebanyakan mereka yang menentang akta tersebut terdiri daripada mereka yang menggunakan alasan politik sebagai perjuangan mereka kerana akta berkenaan menyekat aspirasi politik mereka, kata Syed Hamid. "Berapa ramai orang politik masih bawah ISA kalau dibandingkan jumlah keahlian orang politik dalam negara. Setakat hari ini kita ada 43 orang dalam tahanan di bawah ISA yang majoriti dianggap kumpulan pelampau Islam, kumpulan militan Islam ... kita tidak kira agama, kaum... kita hanya mementingkan keselamatan dalam negara. "Bahkan kerajaan menahan lebih ramai orang Islam daripada orang bukan Islam kerana kerajaan berpendapat mereka boleh mendatangkan huru-hara kepada keamanan negara," katanya. Syed Hamid berkata ada dua ancaman baru di Malaysia yang perlu dikawal dengan berhati-hati iaitu usaha-usaha melahirkan kebencian antara kaum dan agama dan kedua-dua unsur tersebut jika berlaku akan mendatangkan satu keadaan yang susah untuk dipulihkan.

Beliau juga berkata banyak negara jiran yang cemburukan Malaysia kerana mempunyai undang-undang pencegahan yang telah berjaya mengekang gerakan terorisme yang melampaui sempadan selepas tragedi 11 Sept dan dengan adanya ISA, kejadian-kejadian seperti rusuhan di Thailand dan serangan pengganas di Mumbai dapat dicegah daripada meletus. Sementara itu, seorang bekas tahanan ISA selama dua tahun, Lokman Noor Adam yang turut memberi ceramah pada malam itu berkata terdapat usaha di kalangan tahanan politik di Kem Kamunting untuk memomok-momokkan akta ini. Beliau turut menafikan kononnya tahanan ISA tidak diberi makanan yang cukup kerana semasa beliau ditahan dahulu, pihak kem setiap pagi menyediakan makanan yang "cukup nikmat" kepadanya. "Dia akan bagi roti satu bantal, jem strawberi, nenas, planta dan sebagainya. Bak kata orang, kalau kita makan ni tuan-tuan, puan-puan, sah kita gemuk," katanya. Lokman berkata beliau hilang berat badan sebanyak 21 kg dalam tempoh enam bulan dalam tahanan bukan disebabkan tidak mendapat makanan yang cukup tetapi sebaliknya kerana beliau sendiri yang memilih untuk tidak menjamah makanan yang disediakan, dan sebaliknya hanya memakan biskut tawar bersama minuman Horlicks setiap pagi sebelum bersenam sehingga berat badannya susut.

[Ternyata kerajaan masih mahu menipu rakyat kononnya ISA masih relevan. Kenyataan Syd Hamid bahawa hanya pembangkang sahaja yang menentang ISA adalah amat dangkal sekali. Ini kerana ISA turut ditentang oleh para pemimpin komponen BN sendiri hingga akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Menteri Zaid Ibrahim dulu. Bahkan ISA juga turut ditentang oleh banyak NGO kerajaan sendiri termasuk juga Bar Council. Maka itu usahlah Lokman Noor Adam cuba pula menjadi juara untuk mempertahankan ISA. Ini kerana Lokman ini khabarnya telah menjadi pemimpin UMNO di Shah Alam. Jika ini caranya Lokman mengeluarkan kenyataan, ternyata anak muda ini tidak mengenang jasa dan pengorbanan rakan-rakannya di Pahang yang mempertahankan beliau ketika dipecat dari KeAdilan tahun 2004 dulu. Khabarnya akibat pertahankan Lokman, KeAdilan bahagian Paya Besar telah dibubarkan. Ini semua adalah rentetan daripada mempertahankan beliau. Maka itu kami berharap agar beliau tidak menjadi juara untuk mempertahan akta itu].

Pengumuman Khas: Tempahan Iklaneka Di Ruangan Ini Di Buka. Hanya RM300 Sebulan. Sila Email Kami pahangdaily@yahoo.com, Sertakan Nama, Alamat, Telefon, Jenis Perniagaan, Alamat Website Dan Info Berkaitan Untuk Tindakan. Tempahan Awal Dialu-Alukan.

Tempahan Blog Usahawan: Anda Mempunyai Bisnes Atau Produk?, Ingin Pasarkan Secara Online Dan Membuat Tempahan Iklaneka Di Pahang Daily Online?. Kami Sedia Membina Blog Web Perniagaan Anda Dengan Kadar Serendah RM300 Sahaja. Siap Dalam Masa 3 Hari Bekerja. Jika Berminat Sila email pahangdaily@yahoo.com Untuk Info Lanjut.

Nak Jimat Minyak: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

Makan Pun Dapat Duit: Percayakah Anda, Dengan Hanya Mengajak Kawan Anda Makan Di Rangkaian Kedai Kami Yang Berhampiran. Anda Akan Mendapat Duit Lumayan. Tidak Rugi Menyertai Kami. Modal Hanyalah Apa Yang Anda Belanjakan Setiap Bulan. Ganjaran Hebat Income Sehingga Enam Angka Sebulan Jika Anda Sertai Kami. Partnership Di Perlukan Di Seluruh Lembah Kelang Kuala Lumpur. Berminat Sila Klik SMS Nama & Alamat Anda Sekarang. Taipkan Hantar Ke 012-385 4400 Untuk Temujanji Eksklusif Anda Sekarang !!

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]


[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]
Share:

3 ulasan:

  1. Salam PDO,mengapa nak hapuskan ISA terok sangat ke undang2 ISA di malaysia jika dibandingkan dinegara lain. Kalau di Amerika bawah PATRIOT ACT orang tahanan di layan sangat buruk di Guatanamo Bay dengan layanan makanan yang lagi terok dari makanan anjing. Ada yang mati dan hilang entah kemana tapi di malaysia ada tahanan yang keluar dari Kemunting masih boleh jadi menteri dan timbalan menteri contoh nya YB Lim Eng Guan Ketua Menteri Pulau Pinang,YB Zahid Hamidi Menteri JPM, YB Ibrahim Ali Ahli Parlimen dan sbg....Di negara lain ada peluang selain Nelson Mandela. YB Teresa Kok pun masih kekal jadi YB tak pulak hilang dari tahanan. Kalau dia nak makan sedap pergilah 5 star hotel tapi jangan lah cakap pedoah pasal ISA. Hidup ISA....hidup YB Syed Hamid Albar.

    BalasPadam
  2. Selagi ada rakyat yang tidak mendaulatkan perlembagaan negara selagi itulah ISA perlu ada.

    BalasPadam
  3. masalah ISA ini untuk pembangkang aje polis dan UMNO tak pernah kena

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.