script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya Kecil: Menang, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut Akan Tetap Kekal Sebagai ADUN Wakaf Mempelam !!

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd.Abdul Wahid Endut yang memenangi pilihan raya kecil semalam akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam. Kata Ketua PAS Kuala Terengganu itu, beliau tidak sama sekali akan meletakkan jawatan walaupun ada pihak-pihak tertentu mendesakknya berbuat demikian. "Saya dipilih oleh rakyat, bukan dilantik, tiada sebab untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN," kata beliau. Beliau merupakan ADUN Wakaf Mempelam sejak lima penggal berturut-turut. Beliau memenangi penggal kelima 8 Mac lalu. Semalam beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam. Ini kali pertama beliau bertanding kerusi Parlimen. Wakaf Mempelam merupakan salah satu daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagian Kuala Terengganu. Dua yang lain dikuasai PAS dan satu lagi iaitu Bandar merupakan milik BN. Mohd. Abdul Wahid menjelaskan beliau ada menerima SMS yang meminta beliau melepaskan jawatan ADUN jika menang. "Saya tidak membalas SMS itu dan saya pun akan tetap kekal sebagai ADUN," katanya. Jelasnya, beliau tiada masalah untuk meneruskan kedua-dua kerusi ADUN dan Ahli Parlimen serentak memandangkan telah mewakili DUN Wakaf Mempelam dengan baik. "Malah ada juga wakil rakyat memegang kedua-dua kerusi peringkat negeri dan Parlimen seperti Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan beberapa wakil rakyat yang lain. "Cuma saya hendak membahagi-bahagikan masa dengan seimbang dalam hal ini," katanya.

[Tahniah kami ucapkan kepada YB Mohd Abdul Wahid Endut atas kejayaan beliau memenangi pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Pakatan Rakyat kini semakin gagah dan bakal diterima oleh sekalian hamba rakyat. Demi perjuangan pada masa akan datang, maka mulai sekarang teruskan usaha untuk menarik lebih ramai lagi rakan-rakan kita menyertai Pakatan Rakyat. Kuala Trengganu menjadi saksi akan betapa suara rakyat adalah suara keramat. Kesihan benar melihat kelibat pemimpin UMNO dan BN yang akhirnya kempunan selepas berbelanja besar untuk memenangi hati rakyat Kuala Terengganu. Kini mereka sudah mula sedar bahawa rakyat tidak mudah itu untuk ditipu oleh pemimpin yang zalim seperti mereka. Pembangunan yang dicanangkan itu adalah satu tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan segera tanpa perlu untuk menunnggu hadirnya pilihanraya dalam sesuatu kawasan itu].

Share:

2 ulasan:

  1. Mengapa pelu letak jawatan? Banggang mana pula yang suruh buat macam itu?

    BalasPadam
  2. memang patut pun letak jawatan....klu demo tak cayo demo tunggu la sebulang lagi mesti ade orang cakap dia giler jawatang...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.