script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Raja Sesumpah Ezam Bakal Menyerang Anwar Di Kuala Trengganu, Sila Pastikan Beliau Akan Tenggelam Bersama Labu-Labunya Di Sana

KUANTAN - Raja Sesumpah, `Ezam Mohd Noor' telah membuat kenyataan bahawa beliau akan bersama-sama membantu kempen UMNO di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Kami telah menjangkakan pasti `Raja Sesumpah' ini akan muncul kerana `di mana ada gula di situ ada semut'. Cuma kami tidak pasti samada beliau akan datang bersama Dato' Nalla sahabat karibnya atau pun datang bersama rombongan yang diketuai oleh Ramlan `Raja Bogel'. Jika benar, selamat datang buat Ezam dan rakan-rakannya ke Kuala Terengganu. Setelah Ezam bertungkus lumus `menjual ubat' di Permatang Pauh dulu, walaupun `jualan ubat'nya bankrap dan makan modal, kini Ezam akan `menjual ubat' lagi Kuala Terengganu dengan modal yang lain pula. Harap-harap jangan kedatangan Ezam membawa `bencana' buat UMNO di sana seperti di Permatang Pauh. Raja Sesumpah ini membuat kenyataan di media dan dipetik seperti berikut,"Beliau juga mengakui menerima jemputan calon Barisan Nasional yang bakal bertanding Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk membantu kempen di sana dan matlamat beliau adalah untuk mendedahkan kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cita-cita 16 Septembernya". Kenyataan Ezam itu memperlihatkan betapa hasad dengki beliau tidak putus-putus terhadap Anwar secara peribadi.

Sepertimana juga di Permatang Pauh, beliau mengugut untuk mendedahkan keburukan Anwar serta keluarganya. Di Kuala Terengganu pula, dendam Ezam terhadap DS Anwar tidak berkesudahan dan dikaitkan pula dengan cita-cita 16 Sept. Apakah Raja Sesumpah ini lupa akan `Cita-Cita 31 Ogos' di Perak ? Berjayakah cita-cita 31 Ogos Perak ditumbangkan?. Namanya pun sudah cita-cita, tidak semestinya cita-cita pasti berjaya. Allah lebih berkuasa menentukan semua itu ke atas cita-cita 16 Sept dan cita-cita 31 Ogos. Maka, releven apakah Ezam nak bawa isu ini ke Kuala Terengganu ? Tiada isu lainkah untuk Ezam perjuangkan ? Isu rasuah bagaimana? Isu Akta ISA dan AUKU bagaimana ? Bagaimana dengan kisah `kotak-kotak' rasuah yang mungkin dah pun berkulat dalam simpanan Ezam? Mengapa Ezam lebih suka mencari keburukan Anwar daripada mencari kelemahan PAS yang seharusnya beliau terangkan di Kuala Terengganu?. Ini adalah kerana dengan PAS, Ezam terkelu lidah kerana Ezam ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS lebih baik memerintah Selangor daripada PKR.

Ini membawa erti bahawa Ezam sememangnya akui PAS punyai wibawa. Jika begitu, apa perlu Ezam buang masa datang berkempen di Kuala Terengganu kerana yang ditentang oleh UMNO di sana adalah PAS bukan PKR. Andaikata rakyat Kuala Terengganu `beli ubat-ubat murah' Ezam itu, adakah rakyat di sana akan mengundi UMNO ? Jika mereka tidak suka kepada PKR hasil `hasutan' Ezam, mereka akan undi UMNO? Lucu bukan? Sudah tentu mereka akan undi PAS kerana Ezam sendiri akui PAS lebih baik. Saya yakin Ezam akan terjerat dengan isu yang dibawanya di Kuala Terengganu. Raja Sesumpah ini salah tempat nampak gayanya. Jika di Permatang Pauh, isu Anwar sebenarnya ditolak mentah-mentah oleh rakyat di Permatang Pauh dulu, inikan pula di Kuala Terengganu isu basi ini hendak diguna pakai lagi. Hakikatnya Ezam telah hilang arah perjuangannya. Jika sewaktu mula-mula mengumumkan kemasukan beliau ke dalam UMNO, beliau dengan semangatnya berkata akan membantu Pak Lah untuk benteras rasuah dan akan terus komited dengan perjuangan asalnya iaitu `reform'. Akhirnya, tekanan dari UMNO buat Ezam hilang punca, dan beliau hanya berada di dalam UMNO semata-mata untuk diadikan `tukang karut' oleh UMNO bagi menceritakan kisah-kisah peribadi Anwar, itu saja tugas Ezam dan itulah nilai maruah dan harga diri yang diperjuangkan beliau selama ini.

Ke mana hilangnya isu-isu besar yang lain? Ezam tidak akan berani sentuh, kerana beliau telah melihat betapa Zahid Ibrahim yang menyebut menentang Akta ISA saja sudah ditendang keluar oleh UMNO. Ezam berani sebutkah kezaliman Akta ISA ini walau pun beliau pernah dizalimi oleh akta tersebut ? Kami rasa Ezam tidak sampai tahap seberani itu, kerana Ezam telah diberi `suntikan pelali' oleh UMNO. Ezam hanya muncul ketika pilihanraya, tugasnya satu iaitu memburukkan peribadi Anwar dan akan menyanjung peribadi Pak Lah dan Najib yang sewaktu ketika dulu Ezam sendiri pernah `telanjang'kan pemimpin UMNO tersebut di Kepala Batas dan di Pekan. Kepada rakyat Kuala Terenganu, jangan terpedaya dengan `jualan ubat' murahan dari Ezam. Pengundi di sana harus percaya satu sahaja dari mulut Ezam iaitu beliau pernah berkata PAS lebih baik memimpin. Di Kuala Terengganu kini PAS akan bertanding, maka ikutlah kata-kata Ezam bahawa PAS lebih layak memimpin. Isu 16 Sept yang akan Ezam bawa akan diketawakan orang kerana Ezam juga ada isu tentang 31 Ogos di Perak. Rakyat di sana akan hadir mendengar ceramah Ezam kerana mereka rindu akan `Sumpah Keramat' versi terbaru dari Ezam. Selamat Bersumpah buat Saudara Ezam.

[Terkadang, kasihan benar melihat kelibat Ezam ini. Beliau akhirnya sah dijadikan "Tukang Karut" dalan Dikir Barat atau "Tok Dalang" dalam Wayang Kulit UMNO buat selamanya. Kelibatnya jelas sekali hanya diberguna tatkala musim pilihanraya semata-mata. Selepas itu namanya akan terus tenggelam ditelan zaman. Spesis manusia seperti Ezam ini akhirnya akan terus pupus dan bakal dipamerkan di Muzium Negara. Bila teringat kembali "Sumpah Keramat" Ezam ini, terkadang rasa naik malu dengan dirinya sendiri. Beliau pernah berkata "Walau apa jua keadaan sekalipun, ditangkap, dipenjara, dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam penjara saya akan lawan dan terus lawan !!". Tapi, belum pun dimasukkan semula ke dalam penjara akhirnya Ezam tersungkur dengan sumpah keramatnya. Sila klik video dibwah untuk bukti sumpah Ezam]


IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

Share:

3 ulasan:

  1. biarlah diaTenggelam Bersama Labu-Labu dan peti azimatnya..

    BalasPadam
  2. Dokumen ‘rahsia’ ada pada Anwar

    Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor mendedahkan enam kotak dokumen yang didakwa ada hubung kait dengan rasuah dan penyelewengan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu ada pada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Ezam berkata, tidak timbul isu beliau perlu menyerahkan dokumen berkenaan kepada sesiapa, sebaliknya jika mereka (AMK Terengganu) mahukan dokumen itu, mereka hanya perlu bertanya kepada Anwar.

    “Saya cabar Ketua AMK Terengganu (Fariz Musa) suruh Anwar dedahkan enam kotak dokumen yang disimpannya,”

    AMK Terengganu harus berani desak Anwar untuk dedahkan itu.

    “Saya berani keluarkan dokumen OSA dan sanggup dipenjara kerananya, sebaliknya Anwar dan AMK tidak pernah keluarkan sebarang dokumen rasuah. Saya cabar Anwar jelaskan hal ini. Saya ingin jelaskan, Anwar tidak dedahkan dokumen berkenaan atas sebab politik. Rasuah tidak boleh dipolitikkan,”

    Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Fariz yang disiarkan Sinar Harian kelmarin bahawa AMK Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam untuk berkempen bagi BN di pilihan raya kecil Kuala Terengganu dari 6 hingga 17 Januari ini seterusnya mendedahkan enam dokumen yang didakwa ada kandungan rasuah dan penyelewengan oleh beberapa pimpinan UMNO dan BN.

    Ezam berkata, beliau telah membuat kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak polis pada tahun 1999 bahawa enam kotak dokumen berkenaan ada dalam simpanan Anwar yang disimpan di dalam dan luar negara.

    Menurutnya, semua enam kotak dokumen penting itu tidak ada dalam simpanannya sebaliknya Anwar telah mengambilnya untuk tujuan tertentu.

    “Kenapa saya (perlu dedahkan), mereka perlu tanya kepada Anwar kenapa dia tidak mendedahkan dokumen itu setelah bebas dari penjara?” katanya.

    Dalam pada itu, Ezam yang kini berada di Jakarta berkata, beliau akan meluangkan masa sepenuhnya untuk membantu BN bagi pilihan raya kecil yang akan datang.

    “Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memenangkan calon BN yang sudah diumumkan baru-baru ini.

    “Saya akan beri tumpuan mengenai penipuan Anwar berhubung 16 September yang ternyata gagal, mesej saya juga sama seperti kempen di Permatang Pauh iaitu Anwar pengkhianat bangsa,” katanya.

    Ezam berkata, Anwar adalah pengkhianat bangsa Melayu dan berbohong kepada masyarakat Cina dan India semata-mata mahu merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri.

    “Anwar menukar slogan Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat semata-mata untuk menjadi PM,” katanya.

    BalasPadam
  3. Kenapa waris pahang tunding jari pada orang lain pasal kotak rahsia tu..? Ezzam yang kata dia simpan maka dia lah kena keluarkan. Kalau Anuar Ibrahim pegang dah lama dibongkarkan.

    Enam kotak bermakna enam orang yang terlibat. Siapa agaknya..? Waris pahang boleh tolong tilikkan..? Orang dari parti mana yang disimpan dalam kotak hikmat tu..?

    Mungkin salah seorang daripadanya adalah Anuar Ibrahim dan selebih nya siapa..?

    Kelentong jangan tak kelentong !

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.