script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Susulan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim Menyertai Pakatan Rakyat, Kini MB Perak Tidak Tolak Kemungkinan Bakal Tawar Jawatan !

PETALING JAYA - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan menawarkan jawatan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai Pakatan Rakyat semalam. Katanya, beliau akan berbincang mengenai perkara itu di dalam jangka masa terdekat. "Setakat ini, jawatan beliau adalah ADUN Bota. Kita tidak menyatakan tidak ada sebarang kemungkinan beliau ditawarkan jawatan... kita akan bincangkan," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman yang dibuat Nasarudin untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen parti dalam Pakatan Rakyat pada sidang media yang turut dihadiri Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira pukul 2.30 petang semalamdi ibu pejabat PKR.

Nasarudin, 58, yang juga bekas Pengerusi Felcra Berhad berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan DUN Bota dan amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. Mohd Nizar berkata, beliau berharap lebih ramai ADUN BN yang akan mengikut jejak Nasarudin menyertai Pakatan Rakyat. Katanya, beliau amat mengalu-alukan kemasukan Nasarudin ke PKR memandangkan Nasarudin disifatkan beliau sebagai seorang yang hebat dan bijak. "Justeru, kita minta ADUN yang lain mengikut jejak langkah beliau," katanya. Mohd. Nizar berkata, Nasarudin telah memberitahu hasrat beliau untuk menyertai PKR beberapa minggu yang lalu. "Saya telah mengetahuinya sebelum ini dan beliau lebih nekad untuk mengambil keputusan itu setelah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini" katanya. Katanya, pihaknya kini sedang dalam usaha menarik lebih ramai ADUN dan ahli BN untuk menyertai Pakatan Rakyat. "Kita sedang berusaha ke arah itu dan kini sedang merangka strategi untuk melaksanakannya," katanya.

[Nampaknya kekuata Pakatan Rakyat di Perak akan semakin lebih utuh lagi dengan kemasukan Datuk Nasaruddin ini. Bahkan pengaruh beliau yang begitu meluas tatkala menjadi Pengerusi Felcra, Ahli Parlimen dan kini ADUN Bota jelas sekali akan menghilangkan keegoaan UMNO dan BN di Perak. Palin melucukan ada juga beberapa pemimpin UMNO yang terkejut dan menganggap mungkin beliau tersilap langkah dan mahu dia kembali semula ke pangkuan UMNO. Alasannya, tiada suatu benda yang tidak boleh diselesaikan secara rundingan, maknanya mereka mahu menghulurkan rasuah wang untuk menyejukkan hati Datuk Nasaruddin sebenarnya. Sebab itulah bekas MB Perak, Tajol Rosli beriya-iya benar mahukan supaya beliau berjumpa dengan Pak Lah dan Najib untuk berbincang. Ternyata UMNO Perak goyah sebenarnya. Dalam mesyurat tergempar malam tadi 8 orang ADUN BN tidak hadir. Alasan Tajol Rosli mereka berada diluar negara atas tugas-tugas rasmi. Apakah mereka sebenarnya juga akan mengikuti jejak langkah Datuk Nasaruddin dalam masa terdekat ini].

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

[ PROJEK BENGKEL ASAS BLOGGER KINI DIBUKA KE SELURUH NEGARA ]

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.

Share:

1 ulasan:

  1. aku perhatikan yg join barisan rakyat ni semua org yg kecewa kerana kedudukan dh rapuh dlm umno..org camni tak payahlah nk dibangga2kan..patutnya org camni buang kat sungai jer..tak boleh pakai..masa peluang byk dulu, dia orglah yg jd bapak jerungnya..ngap sana sini..matlamat dia join parti baru tu pun sama saja..nk sambung semula aktiviti ngap sana sini yg dh agak terbantut tu..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.