PUTRAJAYA - Selepas menunggu hampir 10 tahun, naib presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali akhirnya lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah lain sebelum ini yang membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan memberi keterangan palsu. Hakim Datuk Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Ma’arop dan Datuk Sulaiman Daud menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen bagi membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan itu. Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Azmin, 42, berkata beliau amat lega kerana keputusan itu menunjukkan beliau tidak melakukan kesalahan itu. Pada 13 Julai 1999, Mohamed Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Hamdan Indah daripada tuduhan memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 9 Mac 1999.
Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail membenarkan rayuan itu dan mengarahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Sesyen bagi Mohamed Azmin membuat pembelaan. Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan tetapi membenarkan permohonan Mohamed Azmin menangguhkan hukuman bagi beliau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi. Pada 1 Nov 2007, Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan awal Mahkamah Sesyen untuk membebaskan dan melepaskan Mohamed Azmin daripada tuduhan memberi keterangan palsu, dan ini mendorong pihak pembelaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
[Nampaknya kini hakim-hakim mahkamah di negara kita semakin berani membuat keputusan yang benar dalam melaksanakan tugasan mereka. Jika dulu imen badan kehakiman negara sedikit tercemar akibat campurtangan pihak pemerintah dalam banayk kes yang dibicarakan. Kini ketelusan itu sudah nampak dan angin perubahan ini sebenarnya bakal memberi sinar baru kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan adil pada masa akan datang].
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]






Dt nan tahu seorang YB Adun beliau mengamalkan rasuah yang terlampau semasa pemilihan tersebut. Rujuk komen beliau dalam the star dan Utusan Malaysia.
BalasPadamYB Rahman menggunakn 3 juta untuk memastikan beliau menang jawatan ketua bahagian