KUANTAN - Susulan daripada pendedahan "gempar" kami berhubung dengan isu kontrak Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dekat sini berhubung dengan isu kontraknya yang dibuat tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Maka banyaklah email dan komen yang kami terima tentang isu ini. Ternyata isu berkaitan Encik Mohammad Zainuddin Idris (foto) di MPK kini semakin panas dan mendapat perhatian semua pihak terutamanya kakitangan majlis perbandaran itu sendiri. Ramai yang kecewa dengan senario yang berlaku. Bahkan ada yang menganggap bahawa beliau terlalu "tamak haloba" dan "gila kuasa". Beliau sebenarnya telah bersara wajib beberapa tahun yang lalu dan telah pun disambung perkhidmatan secara kontrak dua tahun yang lalu. Ini bermakna sepatutnya beliua telah menamatkan perkhidmatannya secara profesional dengan MPK. Namun, ramai yang mempertikaikan kewajaran beliau menyambung dan dibenarkan pula oleh kerajaan untuk berkhidmat secara kontrak dari bulan ke bulan di jabatan berkenaan. Encik Zainuddin sebenarnya telah mencipta satu rekod baru dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Beliau adalah satu-satunya pegawai kerajaan yang boleh berbuat demikian sejak dulu kini dan selamanya.Tanpa memikirkan pihak lain, maka beliau terus menyambung kontrak bulan ke bulan dengan senang hati. Almaklumlah beliau bebas melakukan apa sahaja dan tidak ada sesiapa yang akan berani mencabar atau menghalang beliau. Tambahan pula beliau dikatakan amat rapat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan yang berasal dari Kg.Cherok Paloh, Pekan Pahang itu. Ini bermakna Encik Din dan Tan Sri Sidek dari "tempat yang sama", maka itulah beliau bebas menggunakan pengaruh KSN untuk tujuan berkenaan. Ramai kakitangan MPK sebenarnya memang sejak awal-awal lagi tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. Namun, mereka tidak berani bersuara. Tambahan pula mereka tahu hubungan rapat beliau dengan KSN. Jika dicabar atau dihalang kemahuan beliau itu, sudah pastilah satu tindakan drastik akan dilakukan oleh Setiausaha MPK itu untuk menjatuhkan orang yang melakukan demkian. Akibatnya ramai pegawai di jabatan terbabit termasuk mereka yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan kini terpaksalah "makan hati" dan "memendam perasaan" tanpa boleh berkata apa-apa.
Ramai pihak sebenarnya yang tertanya-tanya, apakah lagi yang dimahukan oleh Setiausaha MPK itu. Beliau yang sepatutnya bersara dengan Gaji Pencen sebanyak lebih kurang RM4,000 tetapi masih ingin terus berkuasa. Kami mendapat maklumat bahawa kontrak "bulan ke bulan" yang dianugerahkan kepada beliau adalah dengan kadar gaji mencecah RM6,000. Jika ia benar, ini bermakna beliau kini menikmati pendapatan bulanan sekitar RM10,000 iaitu RM4,000 (Pencen) dan RM6,000 (Kontrak Bulanan) bukankah ini sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku !!. Ramai graduan menganggur diluar sana yang mengharapakan peluang pekerjaan. Bukankah dengan tangga gaji seperti itu ia boleh dibayar kepada tiga orang graduan yang memiliki diploma sebenarnya. Namun dek kerana sikap "tamakkan kuasa" dan mahu terus dipandang "tinggi" oleh masyarakat terutamanya warga Kuantan. Maka beliau masih enggan melepaskan jawatan tersebut secara sah. Senario yang berlaku ini ternyata amat mengecewakan dan perlu diperbetulkan. Kami amatlah berharap agar Encik Zainuddin dapat memikir semasak-masaknya tentang kedudukan beliau sekarang demi keadilan untuk semua pihak. Jika tidak beliau sudah pasti akan dikenang sebagai Setiausaha MPK yang paling "gila kuasa" sebenarnya. Apakah itu yang beliau mahukan?
Justeru itu, kami dengan ini menyarankan dan berharap agar beliau "meletakkan jawatan" dengan segera. Jika tidak sudah pasti banyak fail-fail sulit beliau akan kami dedahkan selepas ini. Semoga beliau dapat berfikir secara lebih rasional. Apakah tidak ada seorang pun pengarah-pengarah di Majlis Perbandaran Kuantan yang layak untuk diangkat sebagai Setiausaha MPK yang baru?. Bahkan, sikap untuk terus berkuasa itu menyebabkan banyak pihak gagal mendapatkan peluang pekerjaan. Tidakkah beliau terfikir semua ini?. Eloklah beliau berehat bersama keluarga dan anak-anak serta melakukan ibadah selepas bersara daripada terus ingin berkuasa. Kami juga amat mendapat maklumat bahawa beliau juga sangat aktif sebagai salah seorang pemimpin UMNO di sini. Maknanya, beliau mungkin terpengaruh dengan hal politik dan pekerjaan, lantaran itulah mahu terus berkuasa seperti salah seorang Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Pahang, Tuan Haji Md Nor yang khabarnya sudah lebih lima tahun disambung kontraknya di Pejabat Menteri Besar Pahang itu. Inilah dia sebenarnya budaya yang sedang diamalkan dalam UMNO dan juga pentadbiran kerajaan sejak sekian lama.
[Kami mendapat banyak maklumat yang mengatakan majoriti kakitangan MPK sebenarnya sudah tidak suka kepada Setiausaha MPK itu. Mereka hairan, mengapakah beliau sanggup menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk menyambung kontrak secara bulanan dengan pihak berkuasa tempatan terbabit. Sedangkan jawatan tersebut sepatutnya telah diisi oleh calon lain. Sikap gila kuasa inilah yang amat tidak wajar dan harus dihapuskan. Justeru itu, diharap Encik Zainuddin dapat melakukan tindakan sewajarnya atau banyak fail beliau akan didedahkan selepas ini. Berilah peluang pula kepada orang lain untuk menjawat jawatan tersebut. Apakah yang dimahukan lagi sekarang sebenarnya].
IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.






ini sebab saya kata budak2 di PDO ni pas darjah 6. fakta pun tak betul. tapi kepada kaki pembohong, fakta tidak di pentingkan asalkan pembohongan di terima orang.
BalasPadamyang kamu sibuk orang ni di sambung kontrak atau tidak mengapa? dia ambik duit kamu? orang yang komplen kapada kamu, wang mereka kena curi?
apa punya bahalul pemberita kami ni. tan sri sidek berasal dari kg cerok paloh lag bodoh. cerok paloh dalam daerah kuantan. paloh hinai sebelah hulu dalam daerah Pekan. ini pun kamu tak dapat bezakan.
kamu tahu tak, umur pencen sekarang sudah 58?
Memang la teramat bengong si bloger ni... semua fakta mengarut..
BalasPadamYang tukang bagi info pun (semestinya org dalam MPK) pun mengarut jugak...Tak lama lagi tau la sapa orangnya....kalau dah jemu keja MPK.... boleh la blah skrang...
Warga MPK dan Kuantan masih memerlukan perkhidmatan En. Din. Jangan dilayan blog2 mcm ni...cuma nak mengucar-kacirkan kita...
Dan kami tau En Din memang kuat menghadapinya.... sedangkah bah kapal tak hanyut... inikan pula Tsunami....
Rasa-rasanya...tau dah siapa dalangnya....
tengok tu, si bloger PDO ni. bukan dia nak buat ralat tentang fakta nya. bila saya katakan darimana Tan Sri Sidek datang, baru dia betulkan. bukan dia nak mengaku salah maklumat.
BalasPadamwoit! semua orang dah baca, awak tulis kg paloh hinai dalam tulisan pertama. apa pasal tukar? temberang kamu orang sudah tahu lah.
pukimak punya PDO bahalul. aku kalau jumla engaku orang, kasi penampar!
saya sambung lagi.
BalasPadamsetelah di betulkan, PDO tulis:-
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan yang berasal dari Kg.Cherok Paloh, Pekan Pahang itu. Ini bermakna Encik Din dan Tan Sri Sidek dari "tempat yang sama",
ini pun salah juga. Tan Sri Sidek memang berasal dari Cherok Paloh. Zainudin bukan berasal dari Cherok Paloh atau Paloh Hinai.
saya quote apa PDO tulis kali ni, supaya dia tak boleh kelentong orang lagi. dalam tulisan pertama dia kata berasal dari Paloh Hinai.
isiu sebenarnya, ialah Zainudin mesti melakukan yang bermaruah- iaitu mengundur diri dari membebankan kerajaan dan MPK. tapi keputusan itu mesti di lakukan oleh kerajaan bukan pembohong dari PDO.
"Beliau adalah satu-satunya pegawai kerajaan yang boleh berbuat demikian sejak dulu kini dan selamanya."
BalasPadamwei,ape yg blogger ni mengarut?absolute liar! mmg normal la smbung kontrak bulan2.Suk pn kadang2 dismbung.ckp based on facts la.dengki dahsyat sangat blogger ni.
Pengkianat dalam kerajaan yang memberi laporan palsu mesti diambil tindakan.
BalasPadamMereka adalah "musang berbulu ayam".
PDO wajar disaman supaya "musang berbulu ayam" diheret sama ke muka pengadilan.
Sebenarnya En.Zainuddin ni sudah pun benar-benar pencen selepas umur pencennya sampai,dan memang betul beliau di lantik sebagai SU MPK hasil dari hubungan baik beliau dgn KSU,namun beliau juga adalah seorang yg berkebolehan dan berprinsip.Satu lagi puncanya ialah pada ketika itu ramai pihak yg berbulu dgn gelagat En Basri yg ingin menyambung tugas sebagai SU MPK,termasuklah pihak perjawatan di SUK Pahang.Saya pernah berkerja dgn MPK dan saya pun memang kurang suka pada gelagat En Basri dan saya lebih rapat pada En Zainuddin.Beliau ni pada ketika saya bertugas di sana,boleh di katakan lebih bersih dari mana-mana peg.MPK yg lain(En Roslan jurutera pun bersih,tapi performence kerja kurang sikit),itulah sebabnya saya selalu bersama beliau dan sering menyelesaikan masalah secara perundingan,bukan cucuk mencucuk sesama sendiri.
BalasPadamSaya kira beliau layak menjadi SU,tapi kenalah berundur juga bila masa yg sesuai,misalnya bila sudah ada pihak yg boleh menganti atau kontrek sudah melebihi tempuh yg sepatutnya.Cuma sekarangni saya rasa Zainuddin ni org lama yg cukup faham dgn selok belok MPK sejak zaman Shariff Shamsuddin lagi,sedangkan YDP sekarang Dato Azizan,kelihatan agak lemah dari segi pengurusan,itulah sebabnya mungkin EnZainuddin masih di perlukan.
Kelebihan utama En Zainuddin,ialah beliau suka menyelesaikan masalah secara perundingan.Saya rasa kalau YB Fauziah PKR menghadapai masalah dgn MPK eloklah berjumpa beliau utk berunding sesuatu.Oleh itu saya berharap PDO perlu mengenali En Zainudddin dgn lebih dekat.
Berkebolehan atau tidak, itu tiada masalah. namun pokoknya, masa sudah cukup utk beliau bersama MPK. Jangan menjadi "gila kuasa" dan ingin terus memegang jawatan sampai mati. Ingatlah, ramai anak2 kita yang menganggur diluar sana perlukan pekerjaan. maka eloklah berundur dan beri peluang kepada org lain. itu sahaja..apa yang mahu dihebohkan sangat pasal tempat asal beliau dengan KSN? yg penting dia dari lokasi yang sama..tak kiralah cerok paloh ker paloh hinai kerr.. dia org Pekan jugak ..lokasi yg sama ...yang dok pertikaikan sgt pasal lokasi apsal.
BalasPadamJgn buat tuduhan melulu, tiba2 pulak dah kaitkan En.Basri dalam hal2 mcm ni. Kita hanya berbicara soal sambung kontrak bulan2 yg menyalahi prosedur dan tidak sepatutnya berlaku... kenapa dikaitkan dgn orang lain. Jika ada org yg berkelayakan...maka elok benarlah En.Din letak jawatan pula !! berilah laluan kepada org lain untuk menjalankan tugas... Tidak kiralah awak hebat satu dunia tahu sekalipun..
Asal usul en Din pun tak tau...nak komen lebih-lebih pulak....
BalasPadamKalau betul Budak MPK tu staf MPK.. silakanlah angkat kaki...buat menyemak ajer muka kao kat sini....
Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) said: There will be soon a period of turmoil in which the one who sits will be better than one who stands and the one who stands will be better than one who walks and the one who walks will be better than one who runs. He who would watch them will be drawn by them. So he who finds a refuge or shelter against it should make it as his resort.
BalasPadamHadis Ibnu Umar r.a:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda dalam keadaan baginda menghadap ke arah timur: Sesungguhnya fitnah akan muncul di sebelah sana, sesungguhnya fitnah akan muncul di sana yang mana akan muncul dua tanduk syaitan
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim)
Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.� (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul
Oleh Lokman Ismail | BH 24 Apr 07
HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah (SWT) sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.
Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.
Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.
Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.
Justeru, Allah (SWT) memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: â€Å“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.â€� (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: â€Å“Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.â€� (Hadis riwayat Muslim)
Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.
Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.
Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah (SWT) bermaksud: â€Å“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.â€� (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah (SWT), melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: â€Å“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.â€� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.
Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: â€Å“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah (SWT) dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: â€Å“Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.â€� (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah (SWT) seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: â€Å“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.â€� (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.
Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
*OLEH ITU, FIKIR2KAN LAH KEWAJARANNYA.. DIMANA LETAKKNYA DIRI ANDA????? KALAU DAH TUMBUH TANDUK....UNDUR SEGERA KEBELAKANG.. AGAR TANDUK HILANG.....
ACU CUBE TENGOK BAGI NAMA SEORANG PEGAWAI KANAN MPK YANG BOLEH GANTI TEMPAT EN DIN.....
BalasPadamHebat sangat ke En.Din samapai x ada orang layak ganti tempat dia. Kalau mcm tu dia nak kejer sampai mati ker..musnahlah MPK gamaknya... ingatlah, bahawa gaji yg diterima itu adalah hak orang lain...RM6,000 sebulan boleh tampung 6 org pekerja biasa tau... Sudah cukuplah En Din kumpul harta..tak usahlah nak terus berkuasa hingga sanggup sambung kontrak bulan2 tanpa ikut prosedur..
BalasPadamHebat sangat ke En.Din samapai x ada orang layak ganti tempat dia
BalasPadamkalau cmtu kenape nik aziz x letak jawatan?kn dh skit n dah lame.
kalau camtu kenape bile mahathir suruh anwar letak jawatan sebagai TPM,anwar x nk?mahathir ade hak sebagai pm tapi anwar x nk.anwar pn gile kuaza gak.
HEBAT MEMANG LAH HEBAT... TU YG AKU SURUH HANG SEBUT SAPA-SAPA NAMA PEGAWAI KAT MPK NI BOLEH GANTI TEMPAT EN DIN SEBAGAI SU... SENANG SIKIT KSN KE SUK KE NAK TUKARKAN DIA... KALAU HANG PA DAH TEROR SANGAT SELOK BELOK KAT MPK NI.. SILAKAN BAGI NAMA.. JANGAN SEGAN2
BalasPadamSalam buat semua...BLOGGERS...PDO
BalasPadamSebenarnya En. Din tu dah pencen WAJIB pada usia 56 tahun pada 1 hb Sept.2006, so korang semua tok sah dok marah2... kalau korang semua nak tahu... masa zaman YDP Dato' Hashim Wahab pun pernah menggelarkan dia sebagai PAKAR.... pakar dlm semua bidang.... semua dia tahu... dari hal sekecik2 kuman hingga sebesar2 bangunan sehinggakan Jurutera Ir. Roslan Azis tu dia buat mcm org bodoh....mmg pun Ir.Roslan tu bodoh...huhuhuhu...
anyway...korang tok sah dok marah2 ke En. Din tu..kesian kat dia... dia tu asal org Perak... pernah jadi cikgu d sekolah Men. Abd. Rahman Talib... biras dgn mantan KSN-Tan Sri SAM...(Shamsuddin Othman), bini dia sedara dgn MB Pahang... and terkini... dia mmg kamcing dgn Sidek... sidek Cherok Paloh leerrr.... (Tan Sri laa).... geng dgn Dato' S.S Pahang...
Pasal SU MPK tu... Hidup En. Din... kerja lah ko sampai mati...nnti bila dah mati korang kat MPK tu pakat hantar fail2 sulit kat kubur dia kat Bkt Ubi tu....
BalasPadamKorang tok sah dok marah2 kat dia.. patutnya kesian kat dia... dia dah NYANYUK....sampaikan perkeliling pencen WAJIB pun dia dah lupa... bak kata che det..MELAYU MUDAH LUPA...so korang dok soh marah2 kat dia... yg paling penting... dia tu terlalu sayangkan MPK tu... dia kan suka memancing...tu pasal ofis MPK tu tepi Sg. Kuantan... suka naik Scrembler...suka naik Gunung...masuk-keluar hutan... niar lah...kat dia... bg dia enjoy puas2.... hidup pun x lama dah.... Rumah kata Pi...KUBOQ kata Mai...
Pasal SU MPK tu... Hidup En. Din... kerja lah ko sampai mati...nnti bila dah mati korang kat MPK tu pakat hantar fail2 sulit kat kubur dia kat Bkt Ubi tu....
BalasPadamKorang tok sah dok marah2 kat dia.. patutnya kesian kat dia... dia dah NYANYUK....sampaikan perkeliling pencen WAJIB pun dia dah lupa... bak kata che det..MELAYU MUDAH LUPA...so korang dok soh marah2 kat dia... yg paling penting... dia tu terlalu sayangkan MPK tu... dia kan suka memancing...tu pasal ofis MPK tu tepi Sg. Kuantan... suka naik Scrembler...suka naik Gunung...masuk-keluar hutan... niar lah...kat dia... bg dia enjoy puas2.... hidup pun x lama dah.... Rumah kata Pi...KUBOQ kata Mai...
Encik Din kena sabar dengan komen-komen yang tidak enak dibaca ni. Ramai yang mengenali Encik Din akui anda adalah arif dalam pelbagai bidang, di antaranya bidang pentadbiran, kebajikan dan lain-lainnya, dan bijak serta matang dalam menangani isu-isu semasa. Bagaimana pun, elok juga jika dilatih barisan pelapis untuk menyambung perjuangan "memajliskan Perbandaran Kuantan". Kita akan lihat nanti jika pengganti Encik Din dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik atau sebaliknya. Sementara itu, En Din hendaklah mengambil kesempatan yang dianugerah Allah ini untuk berbakti kepada Kerajaan dan masyarakat sepenuhnya agar. Perbaiki kelemahan diri, akur kepada nasihat serta jangan "merendahkan" sahabat-sahabat dan mereka yang anda tadbirkan, jangan tinggi diri dan ikutlah nasihat yang diberi oelh Lokman Hakim kepada anaknya.
BalasPadam