script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Amerika Tutup Penjara Dan Bebaskan Tahanan Guantanamao, Bagaimana Pula Dengan Tahanan ISA Di Malaysia. Siapakah Lebih Zalim !!

PETALING JAYA - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha untuk membawa pulang dua rakyat Malaysia yang sedang ditahan di penjara tentera Guantanamo tidak akan membawa manfaat sekiranya mereka tetap meneruskan hukuman di negara ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa dua tahanan tersebut akan dibawa pulang, Abdullah sepatutnya membebaskan tahanan ISA di negara ini terlebih dahulu. "Jika Perdana Menteri konsisten dengan pendiriannya berhubung tahanan kita di penjara Guantanamo, tahanan JI (Jemaah Islamiah) yang ditahan selama tujuh hingga lapan tahun dan Hindraf yang dikurung tanpa perbicaraan di bawah ISA harus dibebaskan. "Tiada manfaat membawa mereka (dua tahanan penjara Guantanamo) pulang jika mereka kemudiannya menjalani hukuman di bawah ISA. "Jangan kita berdendang suara dan bergendang tentang hal negara lain jika kita juga mengamalkan sesuatu yang tidak mengikut undang-undang," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Jumaat lalu, Abdullah berkata, Malaysia akan mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk membolehkan pegawai polis negara ini berjumpa dengan dua rakyat Malaysia yang sedang ditahan di penjara tentera Guantanamo yang telah diarahkan ditutup oleh Presiden Barack Obama. Perdana Menteri berkata, Malaysia ingin tahu apa yang akan terjadi kepada dua warganegaranya itu yang merupakan antara kira-kira 250 tahanan di penjara kontroversi Guantanamo, kebanyakan telah ditahan beberapa tahun tanpa perbicaraan. Katanya, jika dibenarkan, kerajaan mahu membawa tahanan tersebut pulang ke tanah air supaya mereka boleh menyambung menjalani hukuman mereka di Malaysia. Dua rakyat Malaysia kini ditahan di penjara Teluk Guantanamo yang didakwa terbabit dengan JI dan Al Qaeda adalah Mohd Farik Amin atau Zaid ( Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lep (Lillie). Mereka ditangkap pada 2003. Pentadbiran Bush mendakwa mereka perancang "ombak kedua" operasi untuk Al Qaeda bagi menyerang sasaran di Los Angeles.

[Maka sekarang apa lagi yang mahu diperkatakan oleh puak-puak UMNO dan kerajaan Malaysia. Jika dulu bila kita berbicara soal tahanan ISA mereka akan samakan dengan tahanan di penjara Guantanamo Amerika. Nah! sekarang bila Presiden baru Amerika itu mengarahkan penjara itu ditutup, maka apa lagi yang mahu ditunggu oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya kini. Mereka harus juga menutup Penjara Kemunting dan membebaskan semua tahanan ISA jika memikirkan beliau tidak zalim. Jika Barrack Obama boleh berbuat demikian, kenapa tidak Pak Lah? Tambahan pula Malaysia adalah sebuah negara Islam Hadhari seperti kata mereka. Ini bermakna kerajaan seharusnya mengambil langkah drastik untuk membebaskan tahanan ISA setelah Barrack Obama berbuat demikian baru-baru ini. Sekarang siapakah lebih zalim, Amerika atau Malaysia?].

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

[ PROJEK BENGKEL ASAS BLOGGER KINI DIBUKA KE SELURUH NEGARA ]

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.

Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.