script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Kemenangan Pakatan Rakyat Di Kuala Terengganu Bukti Jelas Najib Kini Ditolak Rakyat

KUALA LUMPUR - Ketua Umum KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu membuktikan rakyat tidak lagi menerima Barisan Nasional dan kepimpinannya. “Umno telah hilang kekuatan di kubu mereka sendiri. Kekalahan di Kuala Terengganu bermakna rakyat menolak kepimpinan Najib (Razak),” kata Anwar. Anwar menambah kekalahan BN juga adalah kekalahan peribadi Najib kerana sebelum ini dia berkata pilihanraya ini adalah kalah mati (Do Or Die) bagi beliau. Mengulas lanjut, Anwar berkata perpaduan di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat merupakan faktor kemenangan di dalam pilihanraya ini. “Kemenangan di Kuala Terengganu ialah kerana, Pas, KeADILan, DAP telah berkerja sebagai satu pasukan seperti mana yang ditunjukkan ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lalu. Tahniah diucapkan kepada Pas dan Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

[Jika Najib sudah ditolak rakyat, maka apakah beliau masih layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 Mac ini. Ramai pemerhati berpendapat bahawa 70% Najib tidak akan berjaya ke arah itu. Tambahan pula Pak Lah melihat, misi untuk membawa perubahan dalam UMNO dan BN yang diperkatakan oleh Najib Razak itu gagal diterima oleh pemimpin UMNO yang lain. Penolakan rakyat Kuala Terengganu terhadap BN bererti mereka mahu mengajar Najib Razak. Apakah kemenangan itu juga boleh dianggap "fitnah" oleh Najib?. Maka itu kami yakin yang Pak Lah dan Khairy akan berusaha untuk membatalkan segala keputusan dan perjalanan mesyuarat UMNO sebelum ini. Atas alasan Lembaga Displin UMNO mendapati 70% daripada 900 kes laporan rasuah politik wang yang disiasat ada asasnya. Ini menyebabkan semua bahagian yang dipercayai terlibat akan dibatalkan keputusannya serta mesyuarat itu tidak sah. Ini bakal menyebabkan Najib kehilangan undi dan Pak Lah akan terus berkuasa sebenarnya. Inilah dia strategi terbaik untuk Khairy naik dalam kerjaya politiknya itu].

BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.

Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.