PETALING JAYA - Tiga orang termasuk seorang Naib Ketua Umno akan didakwa di mahkamah Khamis ini atas tuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan Umno Bahagian baru-baru ini. Mereka melibatkan ahli Umno di Perak, Pahang dan Melaka. Pemilihan Umno berlangsung selama sebulan antara awal Oktober dan November lalu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, ketiga-tiga mereka akan didakwa pada hari yang sama. Dalam kes pertama, jelas SPRM, seorang Naib Ketua Bahagian Umno di Perak dijangka didakwa atas dakwaan memberi wang rasuah RM300 kepada seseorang dalam pemilihan bahagian. Sementara itu, seorang lagi ejen dijangka akan didakwa kerana memberi rasuah RM200 kepada seseorang bagi mengundi calon dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno di Pahang. Di Melaka, seorang lagi ejen juga dijangka didakwa atas dakwaan memberi RM200. Ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Ia merupakan kes pertama melibatkan SPRM beroperasi sejak 1 Januari lalu.Akhir bulan lalu, SPRM yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata, akan memfailkan pendakwaan terhadap sekurang-kurangnya tiga ahli politik berhubung kesalahan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa dalam masa terdekat. Selain itu, beberapa kes berkaitan isu sama yang selesai disiasat dihantar semula ke Bahagian Siasatan BPR untuk dikemas kini bagi menghasilkan kertas siasatan lebih kukuh, malah ada yang diserahkan kembali kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan dalaman parti berkenaan. Bagaimanapun ahli politik yang akan didakwa itu bukan calon yang bertanding jawatan tertinggi Umno pada pemilihan parti itu, Mac depan. Persetujuan untuk meneruskan proses pendakwaan terhadap tiga kes itu diberikan selepas meneliti secara terperinci kertas siasatan yang diserahkan Bahagian Siasatan BPR.
[Nampaknya SPRM kini sudah semakin berfungsi di saat-saat Pak Lah akan mengundur diri. Jika apa yang kami perkatakan sebelum ini bahawa antara satu senjata utama untuk Najib tidak jadi Perdana Menteri ialah SPRM. Di mana lebih 70% dari 900 kes rasuah politik wang dalam pemilihan UMNO pasti ada yang akan didakwa dan memungkinkan mesyuarat bahagian terbabit tidak sah. Maka bila mesyuarat tidak sah, pencalonan juga tidak sah. Akhirnya Khairy dan Pak Lah akan terus berkuasa setelah banyak bahagian dibatalkan mesyuarat dan perlu di adakan semula selepas ini. Inilah gambaran awal yang banyak diperkatakan tentang "mengapa Najib tidak boleh jadi Perdana Menteri". Rasuah memang sudah menjadi "darah daging" UMNO, sebenarnya ramai lagi pemimpin UMNO Pahang yang terlibat dengan politik wang ini dan akan kami dedahkan dalam masa terdekat ini. Harap puak-puak UMNO Pahang dapat bersabar kerana banyak lagi isu rakyat akan kami bongkarkan nanti].
BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].






patut pung, bio pade muko... tapi kenapo seket sangak
BalasPadam"kita rompak hasil negara sebelum negara ini jatuh kepada Pakatan Rakyat ha..ha.."
BalasPadamSemelambak itu banyaknya mengamalkan poltik wang, 3 sahaja ? Lagi baik lepaskan mereka ini dari menjadi kambing hitam! Biarkan saja Umno bermain dengan politik wang! Sehingga wang mereka habis, balak pun habis, barulah ahli Umno habis masuk PR. Cittt!!!
BalasPadam