KUANTAN - Hairan benar melihat Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Syed Abas Syed Ali (foto) yang mempertikaikan hukuman enam kali sebatan rotan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang terhadap seorang lelaki dan seorang wanita Islam di negeri ini kerana meminum arak. Kononnya hukuman itu adalah terlalu berat buat mereka. Beliau juga khabarnya menyifatkan hukuman berkenaan sebagai tidak berkesan untuk mencegah umat Islam daripada minum arak, beliau sebaliknya mencadangkan supaya pendekatan pemulihan digunakan untuk mendidik umat Islam supaya tidak mendekati tabiat haram itu. "Itu (sebatan) bukan caranya. Lebih baik umat Islam yang ditangkap meminum arak dihantar menjalani proses pemulihan untuk membolehkan mereka meningggalkan tabiat itu. "Penagih arak bukan mudah untuk meninggalkan tabiat berkenaan. Ia seperti perokok yang sukar meninggalkan tabiat merokok," katanya.
Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini sebelum itu telah mengenakan hukuman enam kali sebatan rotan terhadap Mohamad Nasir Mohamad,38, dan Noorazah Baharuddin,22, seorang pelayan (GRO), kerana didapati bersalah meminum arak di sebuah pub tahun lalu. Selain hukuman rotan, Mohamad Nasir dan Noorazah juga masing-masing dikenakan denda. Agak menghairankan bila Syed Abas mempertikaikan pendekatan hukuman berat seperti itu . Beliau berkata hukuman itu bukan sahaja tidak berkesan dalam mendidik umat Islam supaya menjauhi perbuatan haram itu, malah ia tidak akan menyelesaikan masalah berkenaan. "Jika inilah pendekatan yang diambil, lebih baik umat Islam diharamkan sama sekali daripada memasuki kelab malam atau pub kerana majoriti mereka yang mengunjungi tempat-tempat tersebut akan minum arak" katanya. Lebih pelik lagi kata Pengerusi MUIS itu jika hukuman itu dilaksanakan maka beribu-ribu umat Islam akan di sebat nanti. Lebih baik yang ditangkap minum arak ditahan seketika katanya.
Kami menyokong penuh tindakan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang itu. Ini supaya memberi pengajaran kepada orang Melayu yang kononnya beragama Islam agar memahami tanggungjawab mereka. Jika mereka tahu mereka orang Islam, maka secara logiknya mereka tidak akan meminum arak dan berkunjung ke tempat-tempat hiburan seperti Pub, Lounge, Dangdut, Disco dan sebagainya. Bukankah mereka tahu disitu memangnya disajikan dengan minuman keras dan pelayan-pelayan (GRO) yang seksi-seksi?. Kenapa mereka mesti berkunjung ke tempat seperti itu?. Di Kuantan ini, majoriti pengunjung ke pusat-pusat hiburan seperti itu adalah orang Melayu yang katanya beragama Islam. 90% pelayan atau GRO juga adalah orang Melayu. Ini bermakna semua pusat-pusat hiburan terbabit dapat hidup dan beroperasi atas kunjungan orang Melayu yang beragama Islam. Apakah ini konsep Islam Hadhari yang mahu diamalkan. Kami melihat sendiri suasana dan apa yang berlaku didalam tempat hiburan seperti ini, bahkan terdapat orang Melayu yang tidak segan silu meneguk arak di kawasan kedai dan restoran yang berdekatan dan menjadi tempat lalu lalang orang awam. Dulu Kuantan pernah mendapat jolokan "Hattyai Pantai Timur". Ini semua gara-gara banyaknya pusat hiburan ala seks di Jalan Wong Ah Jang dekat sini yang majoritinya menyajikan minuman keras serta lain-lain unsur maksiat untuk orang Melayu. Maka itulah kami menyokong hukuman sebat enam rotan dikenakan kepada kedua-dua pesalah terbabit. Ia bagi menyedarkan orang lain agar tidak terjebak ke kancah itu.
Bukti, poster diatas menunjukkan Pengerusi MUIS adalah calon BN PRU-12
Pandangan Pengerusi MUIS adalah amat "dangkal" dan "bangang" sekali bagi seorang tokoh Islam seperti itu. Jika inilah alasan yang diberikan, maka kita yakin permasalahan ini akan berterusan sampai bila-bila. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada masalah "dadah". Gara-gara ingin mencegah dan memulihkan penagih dadah, maka akhirnya semakin ramai anak-anak orang Melayu yang terjebak dengan gejala itu. Inilah yang sepatutnya kita fikirkan, bukannya mahu berbincang soal memulihkan. Mana mungkin orang yang meminum arak dan sudah dewasa seperti itu mahu pulih dengan begitu mudah, melainkan dikenakan hukuman rotan. Dari manakah agaknya ajaran yang diperolehi oleh Datuk Syed Abas Syed Ali ini sebenarnya. Setelah kami membuat semakan, rupanya beliau sememangnya adalah "produk Islam Hadhari" ciptaan UMNO dan BN selama ini. Tambahan pula beliau rupanya adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.55 Balung dalam kawasan parlimen Tawau di Sabah. Patutlah beliau menentang hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang itu. Ini kerana mungkin beliau takut rakan-rakannya dalam UMNO dan BN akan ditangkap dan dikenakan hukuman sebat selepas ini. Kami mempunyai banyak maklumat dan bukti bahawa ramai pemimpin UMNO Karat ini mempunyai tabiat tersebut. Bahkan kami juga mempunyai gambarfoto yang berkaitan dengan sikap beberapa orang Wakil Rakyat UMNO yang gemar "minum arak" serta "main betina" ini sebenarnya. Justeru itu, kami yakin apa yang disuarakan oleh Pengerusi MUIS itu adalah bagi menghalang sahabat-sahabat mereka dalam UMNO di Pahang dari tertangkap. Kami juga tahu dimana lokasi Yang Berhormat UMNO ini minum arak serta berjudi. Jika tiada aral melintang kami akan mendedahkan segalanya ini nanti.
[Justeru itu, fahamlah kita kini bahawa kenapa Pengerusi MUIS beriya-iya benar mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang itu sebenarnya. Kami yakin mungkin beliau juga turut menyaksikan dan tahu siapakah rakan-rakannya di Pahang yang terdiri daripada pemimpin UMNO yang terlibat dengan minuman keras ini. Kami juga mempunyai bukti kukuh, ADUN Chenor yang ketika itu menang dalam pilihanraya umum ke-11 lalu telah memberi wang "rasuah" kepada beberapa orang pemimpin UMNO setempat untuk tujuan "berjoli di Kuantan" pada malam kemenangan tersebut. Akibatnya kami menyaksikan ramai para peneroka felda yang bertaraf pemimpin UMNO tersebut berpeleseran dengan GRO dalam pusat hiburan dan minum arak di Jalan Wong Ah Jang Kuantan. Apakah budaya ini mahu ditanamkan kepada orang Melayu?. Ingatlah, tiba masanya ada orang Melayu yang akan mula sedar bahawa mereka adalah Umat Islam dan akan mentarbiyah rakan-rakan yang lain supaya kembali ke pangkal jalan].
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]






kalau itu dah hukum islam dan kita orang islam maka laksanakan sahaja.
BalasPadamsaya menyokong penuh hukuman itu dan kalau boleh tamatkan sahaja lesen kedai nombor dan disco wong ah ajang
6 sebatan je? awat tak kasik full teruih...baru tak terpikiaq nak tegok lagi...haha
BalasPadamMinum Arak tu Kan Haram.. Arak tu kan Ibu segala maksiat.. so, sebelum tukang minum arak tu buat perkara lain yang lebih teruk lagi lepas minum arak, better amik tindakan segera.. Kalau aku jadi hakim syariee tu, bukan takat rotan.. aku suh dia terjun tengah2 laut nun, pastu biar dia berenang sampai separuh nak mati ke tebing.. pastu kabo kat dia, ni kat dunia berenang dalam air, kat akhirat nanti berenang dalam api.. Hok mufti sabah tu, sibuk2 wat penya..jaga sabah tu baik2.. aku rasa sana lagi ramai orang islam minum arak..
BalasPadamKITA BERHARAP SANGAT... BUKAN SAJA PEMINUM JER DIKENAKAN TAKZIR ! PENJUAL,PENGILANG,PENGELUAR LESEN DAN OTAI2 YANG MENGUBAL RANG UNDANG-UNDANG NEGARA BERKAITAN ARAK dan yang paling penting !! lianglahatkan jer.. UMNO!! supaya arak dapat di BENDUNG...
BalasPadamJebat... mu ni marah orang minum arak ke, or mu nak marah orang umno..aku rasa bab jual arak ni bukan sebab kerajaan umno je.. abis tu sekarang ni.. kat negeri2 pembangkang tu banyak je jual arak.. mu tak tengok ke.. mu pegi ke kelantan nun.. ada je orang jual arak.. ni bukan semata2 sebab kerajaan pusat, tapi kerajaan negeri pun ada kuasa.. mu suruh arr kerajaan kedah or selangor tu haramkan penjualan arak dulu..dari dia sibuk2 nak bela babi ( eh jebat, babi tu HARAM ke ?? ) hehe mu kan ustaz..
BalasPadamjebon malaya, mu ni nak kata kat
BalasPadamjebat ka, nak kata kat parti
pembangkang, dalam hal arak ni, tak kira umno ke pkr ke, yg boleh minum hanya mca, mic, dap dan sewaktu denganya, orang islam haram, kat sabah minum arak macam minum ayaq sejuk je, sebab tu datuk syed jumaat tu tak setuju hukum sebat, kalau syed lain kebanyakan setuju hukum sebat, sesetengah orang kalau beranak hari jumaat dia namakan anak dia dengan nama syed, sebab tu jadi lagu tu.
Pahang daily online,
BalasPadamKalau dengar cerita dari orang London, arak ni mulanya dibuat bukan untuk mabok tapi untuk memanaskan badan kerana cuaca sebelah barat tu sejuk sepanjang musim.
Tapi manusia telah diberi satu mukjizat oleh tuhan iaitu akal. Maka akal ini telah mereka-cipta air yang boleh memanaskan badan dan dan sedap diminum. Diubah suai, diubah suai akhirnya terjadilah satu jenis air yang sedap diminum, badan jadi panas dan kepala yang runsing jadi pelupa kerana berdengong.
Mengikut orang yang empunya cerita, dulu air jenis itu tidak haram, tapi disebabkan terlampau asyik melantak air jenis itu maka akal jadi lupa. Maka timbullah berbagai masaalah. Masaalah tu ada berbagai mengikut kehendak nafsu masing-masing.
DiMalaysia sepanjang tahun cucanya panas, kalau ada orang yang melantak arak bermakna orang tu nak membunuh diri. Tengok saja orang yang ketagih arak, macam mana rupa nya....lebih kurang macam penagih dadah.
Kalau kerajaan negeri ada yang nak haramkan arak, itu pasti tidak boleh kerana orang yang ketagih arak akan menjadi lebih merana. Setakat nak kawal penjualannya pasti boleh.
Sebenarnya islam mengharamkan arak adalah kerana untuk menjaga kesihatan penganutnya agar sentiasa sehat. Begitu juga dengan akalnya agar sentiasa aktif berfikir demi kebaikan diri, keluarga masyarakat dan negara.
Saya terkejut juga bila dengar Pak Arab (Tok Syed) keturunan Nabi Muhamad mempersoalkan hukum Islam. Sepatutnya Pak Syed adalah pewaris datok nenek mereka mempertahankan Islam, tapi sekarang Pak Habib dah jadi keturunan Abu Lahab dan Abu Sufian (bani Hashim juga) yang menentang Islam.
BalasPadamKepada Pak Syed, eloklah banyakkan taubat dan selawat. Malu nak jumpa datok nenek Pak Syed di Masyar nanti. Apa Pak Syed nak katakan bila berjumpa dengan Ahmad bin Alwi Fafqeh Muqqadam, Jaafar Al Sideg, Ali Abu Talib, Fatimah Azzarah, jika meneka tanyakan mengapa kamu sebagai anak cucu keturunan orang baik-baik tidak mempertahankan Islam