script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya Kecil: UMNO Pahang Terlalu Taksub Dan Yakin BN Akan Menang Besar 17 Januari Ini !!

KUALA TRENGGANU - Lucu benar bila kami mendapat satu email dari sahabat UMNO Pahang di sini yang menyatakan beliau yakin 100% calon BN akan menang dengan majoriti besar dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu ini. Keyakinan itu berlandaskan kepada sokongan rakyat yang diterima oleh BN naik mendadak sekarang ini. Ini juga bersandarkan kepada kekuatan jentera UMNO Pahang yang kini dikatakan sedang "menyerang" Kuala Trengganu. UMNO Pahang dipercayai menghantar jentera yang besar bagi meraih undi sepanjang kempen yang berjalan selama sebelas hari ini. Di samping jentera yang terbesar, UMNO Pahang juga dipercayai membawa banyak wang rakyat Pahang untuk ditaburkan di Kuala Trengganu.

Maka itu, kami melihat ini adalah satu pembaziran yang nyata dan tidak sepatutnya berlaku. Bahkan MB Pahang Adnan Yaakob juga dilihat begitu baik dan akrab dengan rakyat di sana tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Apakah MB Pahang ini hanya mahu bersahabat dengan rakyat ketika musim pilihanraya sahaja?. Kemudian selepas pilihanraya mulalah rakyat yang menyokong pembangkang dinafikan hak masing-masing. Inilah dia amalan yang dilakukan oleh UMNO dan BN sejak dulu, kini dan selamanya. Dibawah ini kami paparkan beberapa dalil yang dikeluarkan oleh UMNO Pahang bagi mengesahkan harapan besar kemenangan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu itu nanti. Antara dali-dalil yang telah dikeluarkan adalah seperti berikut :-
  • Kaum India - Najib Razak dikatakan telah berjumpa dengan mereka di Hotel Primula & pengundi India telah berjanji untuk memberi sokongan penuh kepada calon BN.
  • Ahli2 Persatuan Dam Haji Terengganu seramai lebih kurang 380 pengundi telah berjanji untuk memastikan kemenangan BN
  • Persatuan Kereta Sewa Kuala Terengganu/Marang serta satu lagi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Kuala Terengganu telah juga menyatakan untuk "all out' bagi memberikan sokongan
  • Persatuan Beca Kuala Terengganu juga akan menyokong
  • Persatuan Kontraktor terutamanya Kelas F telah berjumpa Najib Razak baru-baru ini dan menyatakan akan menyokong BN
  • Kaum Cina akan juga 'all out' untuk menyokong calon BN kerana mereka takut kehilangan satu-satunya kerusi EXCO Terengganu.
  • Bekas ahli Semangat 46 juga telah menyatakan sokongan
  • Guru-guru di sekitar Kuala Terengganu akan terus menyokong calon BN
  • Penjaja Pasar Payang telah juga bersepakat untuk sokong BN
  • Beberapa guru ugama dari waris Tok Guru Paloh juga telah berjanji untuk menerima calon BN. Ini kerana Pahang jaga kawasan Paloh dan mereka ingat bahawa Mat Kilau pun datang berguru disana. Ramai lagi orang Pahang yang datang berguru di Paloh dan waris Tok Guru Paloh sangat berbesar hati menerima semula waris2 dan cucu cicit anak murid mereka.
  • Malah ada juga penyokong Pas yang akan menyokong calon BN kerana mereka kecewa Syed Azman tidak di ambil sebagai Calon
  • 80% pengundi pos akan mengundi calon BN
  • Keluarga Allahyarham seramai lebih kurang 300 orang telah berjanji kepada MB Terengganu untuk terus menyokong BN.
  • Calon BN telah mula berubah sikap & telah baiki diri - Senyum sokmo! Genggam salam pun dah kemas dan tenung mata tidak seperti sebelumnya.
[Maka itu, jika dilihat kepada dalil-dalil yang telah dikeluarkan oleh UMNO Pahang itu, ternyata PAS akan tewas dengan pukulan TKO kerana semua pihak telah dilobi oleh mereka untuk memberi undi kepada calon BN. Kaum India dan Cina juga disogokkan dengan wang serta digertak akan kehilangan jawatan exco. Kontraktor kelas F ditawarkan projek agihan sama rata dan banyak lagi "rasuah pilihanraya" yang ditaburkan oleh puak-puak UMNO dan BN ini. Justeru itu bersandarkan kepada perkara itulah mereka begitu yakin sekarang. Itu belum lagi ditambah dengan berbondong-bondong pengundi hantu yang akan berkampung di Kuala Trengganu malam hari menjelangnya hari pengundia 17 Januari ini].
Share:

7 ulasan:

  1. Tak malu ke cedok cerita dari APJ?

    BalasPadam
  2. tak malu ker mengaku cerita APJ, habis tu saper geng UMNO yang emailkan kat PDO..mcm ler APJ sorang jerk yg boleh dpt berita memualkan seperti ini..hahahhahha APJ kalu berani saman lar PDO..maner tau kot bole memang juta-juta ker.... Bravo PDO !!

    BalasPadam
  3. tak malu ker mengaku cerita APJ, habis tu saper geng UMNO yang emailkan kat PDO..mcm ler APJ sorang jerk yg boleh dpt berita memualkan seperti ini..hahahhahha APJ kalu berani saman lar PDO..maner tau kot bole memang juta-juta ker.... Bravo PDO !!

    BalasPadam
  4. umno jgn perasan..rakyat tak semudah dulu nk digula2kan..calun wakil rakyat pulak, ketika inilah nk tunjuk "baik"..dh menang nnt, batang hidung pun tak nampak..main pakai wakil saja..yg suka pakai wakil tu jaga2..hayat politik korang tak lama..baik kumpul apa2 yang patut dari sekarang kalu rasa2diri tu entah haper-haper..

    BalasPadam
  5. Ala anak pahang jati!

    Kalau ia cerita kamu kenapa tak dedahkan berapa juta duit balak haram pahang hantar ke KT untuk bodek Najib? Cittt!!!!

    BalasPadam
  6. woit2x ikut la sape2 punya artikel pun, PDO punya ke APJ punya ke.. yang berebut hak milik tu buat apa.. Aku tamporr gak korang ni kang,... kalau sebab artikel ni boleh kaya, ajak seladang tu, sian dia terkebil2 dengar korang gaduh..hahahahaha

    BalasPadam
  7. hahahhaha.....bagi la apa pun kami amik.....asalkan halal.....undi lum tentu

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.