script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya Kecil: Sekilas Info Dari Trengganu !!

Di Manakah Wang Royalti Minyak Trengganu

Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan bayaran royalti minyak di Terengganu yang sehingga hari ini masih tidak diserahkan sepenuhnya kepada rakyat di negeri itu. Beliau berkata demikian dalam satu ceramah Pakatan Rakyat yang dianjurkan di bilik Gerakan Jentera KeADIlan di Gong Kapas, Kuala Terengganu pada malam 11 januari lalu. Menurutnya, nilai minyak yang diumbangkan oleh kerajaan negeri Terengganu ialah sebanyak RM7.4 bilion ringgit sejak 2004 namun masih berbaki sebanyak RM2.2 bilion ringgit yang masih tidak diserahkan kepada penduduk negeri itu.

Pengundi Diarahkan Tidak Beri Kad Pengenalan

Naib Presdien KeADILan, Mustafa Kamil Ayub meminta pengundi di Kuala Terengganu agar berhati-hati dan tidak terpedaya memberikan kad pengenalan mereka untuk difotostat dengan bayaran tertentu. “Fotokopi kad pengenalan boleh digunakan untuk membuat kad pengenalan tiruan. I/C duplikasi akan digunakan oleh pengundi hantu,” kata Mustafa. Para pengundi juga dinasihatkan supaya keluar di awal pagi untuk mengelakkan nama mereka digunakan oleh pengundi lain. Di samping itu Mustafa juga menyeru kepada pengundi di luar kawasan terutama di Kuala Lumpur agar pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing. “Satu undi pun berharga. Majoriti kemenangan calon-calon yang bertanding dijangka kecil. Oleh itu pengundi luar diminta pulang Ke Kuala Terengganu untuk membantu memenangkan calon Pakatan rakyat,” ujar Mustafa.

BN Gunakan Isu Palestin Untuk Fitnah Anwar

Barisan Nasional (BN) ketandusan isu apabila menggunakan isu Palestin dan memfitnah Anwar bagi meraih sokongan sewaktu berkempen. Menurut Ketua AMK Negeri Fariz Musa, BN telah menggantungkan rain rentang yang menggunakan simpati Palestin yang tertera memfitnah Anwar. “Pagi ini kami menurunkan dua kain rentang yang dipasang yang tertera pekataan yang memfitnah Anwar sebagai tidak menyokong Palestin,” katanya. Katanya ketika dihubungi pagi ini, BN telah mempolitikan isu Palestin dan juga memfitnah Anwar. “Anwar begitu konsisten dalam pembelaan terhadap rakyat Palestin serta dan BN telah terdesak untuk memfitnah beliau,” tambahnya. Kain rentang yang tertera tajuk “Demi Palestin, jom pakat boikot produk Amerika, Anwar Ibrahim” itu berjaya diturunkan oleh Skuad AMK pada jam 5 pagi tadi

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]


[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]
Share:

8 ulasan:

  1. Waspada bila harimau luka! BN telah patah riuk di PRU 12, luka di Permatang Pauh, maka di KT amokannya pasti mengganas! Tapi pengundi KT telah masak dengan perangai buruk pemimpin Umno /BN, mereka pasti tolak calon berlagak yang mewakili BN!Tutup mulut najib! BN telah robohkan masjid satu ketika dulu Di Terengganu! Hari ini marah Israel bom masjid di Palestin! Kenapa tak sebut "kita serupa ...." Cittt!!!

    BalasPadam
  2. macam2lah korang ni..jgn cuba nafikan apa faedah yg korang nikmati selama ni dari umno..

    isu yg korang bangkitkan tak masuk akal..perangai macam budak2..malulah sikit kat parti bangsa lain tu..mereka tak pernah timbulkan ntah haper2 isu mcm yg korang bangkitkan..

    jgnlah menuduh tak habis2..busuk2 org umno pun, mereka tu saudara kita seagama korang gak..apa sgtlah kalu nk dibandingkan dgan bangsa lain yg pemimpin korang sanggup peluk2 tu..

    cubalah berlapang dada sikit..istighfar banyak2..cuba menuntut betul2 dgn tok guru korang..jgn yg sorang lg tu..ranap korang nnt..ini dgr ceramah tak abis2..tp masuk telinga kanan keluar telinga kiri..oh, ya..lupa pula aku..ceramah yg selalu korang ikuti tu sebenarnya bukan ceramah agama..tp ceramah mengutuk orang tak habis2..apa punya islam ni..orang melabur kat amanah saham..korang melabur "dosa kering"..cubalah gentleman sikit..aku percaya umno tidaklah seburuk yg korang gambarkan..

    BalasPadam
  3. Amboiiii alimnya Keris Panjang!!!
    Orang yang bertakwa disisi Allah tidak berperangai membodek pemerintah yang zalim! Ada faham!!! Kecuali orang yang talam dua muka!! atau tak ada muka!!! Ertinya manusia tak tahu malu! Bukan duit UMNO lah bangang! Duit rakyat UMNO pakai nama saja. Yang mereka kebas berapa banyak? Cuba selak-selak sikit kalau-kalau keris panjang pun kebas sama hak rakyat!!! Cittt!!!!

    BalasPadam
  4. Seladang Oh Seladang, ko ni citer bab taqwa bila bab salah orang lain.. abis tu ko menguutuk orang sana sini tu, tu salah satu ciri BERTAQWA yang ko belajar selama ni ke.. Tok Guru Mana yang ajor ko ni.. aku rasa Nik Aziz pun tak mengaku pengikut, kalau jumpa orang macam ko ni..APOO ARR.. otak letak kat Lutut ke.. Ko takyah la nak kata UMNO salah, PAS betul.. lebih kurang je.. ko cakap macam tu sebab ko ni FANATIK PAS.. kalah NIK Aziz dengan Haji HADI,.Kalau ko betul sangat Nape MB perak tu jadi manusia yang tak ada pendirian.. Ikut je telunjuk DAP,. Sekolah Cina bantu sangat, tapi sekolah agama biarkan.. ha, tu bertaqwa ke tu.. ko ni macam la bab taqwa boleh diukur dengan pembaris.. aku tamporr gak seladang ni kang..

    BalasPadam
  5. orang umno lagi totok sokong jea memanjang pemimpin mereka kaya rakyat susah sepatutnya UMNO jadi payung tapi dah jadi pemeras apa yang penting asyik sokong jea

    BalasPadam
  6. Betul ke UMNO-BN menggantungkan kain rentang yang menggunakan simpati Palestin yang tertera memfitnah Anwar kerana tidak menyokong Palestin..?

    Kenapa UMNO-BN buat macam tu...? Adakah tujuannya supaya rakyat benci pada Anuar Ibrahim..?

    Apakah sumbangan UMNO-BN terhadap rakyat Palestin..? Apakah hanya bersatu dengan pembangkang kemudian terpekik terlolong macam anjing nampak hantu, sebagai tanda protes kezaliman tentera Israel terhadap rakyat Palestin..?

    Sebelum hulurkan bantuan pada orang asing, pastikan dulu keperluan hidup rakyat yang ada dalam negeri.

    Jangan ikut pepatah seperti "Beruk dihutan disusukan, anak dirumah mati kehausan"

    BalasPadam
  7. pasal yahudi ni cuba search kat sini:

    http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html

    sungguh tak ramai tp cukup berkuasa.

    BalasPadam
  8. Apsal lah penyokong PAS ni bengap ngat... asyik nak mengata je kerja nye ntah aku pun tak paham ngan perjuangan PAS ni... ... UMNO tu nak menyelamatkan kaum melayu di samping itu kaum2 lain pun dilayan sama rate jugak... cuba lah korang pikir kalo lah UMNO tu tak adil ngape orang paling kaya kat mesia ni bukan org melayu ? .... Kalo PAS merintah jangan haraplah org melayu nak naik ... bagi pendapat peribadi aku lah kan... Kalo betul2 lah PAS ni nak jadikan ISLAM sebagai perjuangan dia nape tak bergabung je ngan UMNO kan ke penyokong UMNO tu ramai yang berbangsa melayu dan sudah tentulah secara otomatiknya beragama ISLAM.. (org PAS tak study ke pasal tu ?) kan ke lagi senang nak membaya orang yang dah beragama ISLAM untuk kembali ke pangkal jalan ... kalo korang dah kata ngat ke UMNO tu kapir... ni kang nak berganding ngan DAP yang rata2nya bukan beragama ISLAM.. apalah korang ni..... pandai korang guna peribahasa kera dihutan disusukan anak di rumah mati kelaparan ye... tp cuba korang pikir alim ulamak pas jaga dulu akidah penyokong yang terlalu fanatik yang kononya kalo menyokong pAS akan masuk syurga .. ni ikut kitab mana ?.... ni aku nak cite sket pada penyokong PAS yang Fanatik.. bombastik..dan suka melastik kah..kah..kah... Ni cite benar yang terjadi pada aku waktu pilihanraya tahun 1999... masa tu aku student lagi... berlaku kat kuantan pahang... Seoran drebar teksi yang Fanatik PAS bertanya kepada aku dan kengkawan aku..... aku sokong mana... dia kata lagi " Kalau mek sokong UMNO turun skang dari Teksi Buruk dia... tp kalo PAS ok bleh naik teksi dia... ape ni wahai penyokong pas yang tak sedar diri..... betul ke tindakan pemandu teksi tu ? itukah yang diajar dalam islam? atau itu hanya diajar dlam PAS.... astagfirullah ... bertobat lah. Lagi satu cite dia kata lagi dia sokmo begocoh ngan tv samapai dia campak tv tu sebab asyik kuar muka Mahathir je dalam TV tu... satu lagi kebodohan orang2 PAS yang nyata.. ape ni ?? aku plak " DULU KINI DAN SELAMANYA UMNO"

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.