script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Himpunan Hijau 109 Dekat Taman Gelora Berjaya Biar Pun Terdapat Tindakan 'Provokasi' Daripada Pihak Tertentu Yang Berusaha Menggagalkannya!

KUANTAN, 9 Okt - Orang ramai yang hadir ke Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora dekat sini terkejut bila hampir 100 orang anggota polis dikerahkan berkawal pada program itu pagi tadi. Ramai yang tidak menyangka pihak polis begitu prihatin mengawal keadaan yang langsung tidak mencemaskan dan mengganggu keselamatan itu sebenarnya. "Saya datang sejak awal pagi untuk sokong program ini. Pada awalnya keadaan terkawal dan acara dapat berjalan dengan lancar. Cuma sekitar jam 7.30 pagi, anggota polis dilihat menghampiri kawasan ini. Ia menakutkan kami yang datang ke sini untuk berhimpun secara aman. Apapun saya ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana tidak melakukan apa-apa tindakan yang memudaratkan. Mereka hanya berkawal sahaja", kata seorang peserta himpunan dari Indera Mahkota. Tinjauan PDO mendapati, hampir dua ribu rakyat Kuantan telah hadir menyokong program tersebut. Difahamkan perhimpunan terbabit pada mulanya mendapat permit kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Namun ia ditarik balik atas arahan seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang lewat malam tadi. Malah, ditapak terbabit juga turut diarahkan program yang melibatkan ratusan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berhimpun. Kesemuanya bertujuan untuk mengganggu kelancaran Himpunan Hijau 109. Ia terbukti dengan tindakan mereka mengguna alat pembesar suara yang bersaiz besar dengan bunyi yang kuat bagi tujuan demikian. Ditambah lagi dengan kehadiran beberapa orang pemimpin dan penyokong UMNO serta ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) ke lokasi terbabit. Tindakan berkenaan jelas sekali mengecewakan orang ramai, malah mereka hairan kenapa senario seperti ini boleh berlaku. Persembahan senamrobik dan hiburan dilakukan pada dua tempat di kawasan berkenaan dari awal pagi sehinggalah ke tengahari.


Anggota polis 'diarahkan berkawal' pada tempat yang tidak sepatutnya

Pelatih PLKN Kem Hijrah Pekan dipunggah adakan aktiviti di kawasan itu

Lebih dari sepuluh buah bas PLKN digunakan membawa pelatih tersebut

Ia telah mengganggu peserta Himpunan Hijau 109 untuk berhimpun secara aman. Terdapat juga beberapa orang wakil Kerajaan Negeri Pahang termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, yang dilihat mundar-mandir di kawasan terbabit. Mungkin dek kerana bilangan peserta yang agak ramai, maka provokasi melampau seperti yang berlaku di Hotel Hyatt, Teluk Chempedak sebelum ini tidak menjadi agaknya.

Pemimpin UMNO Serta Perkasa Hadir Memantau

Tidak cukup dengan gangguan mengadakan program "Khidmat Komuniti PLKN Bersama Masyarakat Kuantan" secara mengejut di kawasan terbabit, pihak berkenaan juga telah menghantar beberapa orang pemimpin UMNO dan Perkasa serta NGO lain ke kawasan itu. Antara pemimpin yang dilihat kelihatan ialah Dato' Hazmi Yusof (Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota), Dato' Ahmad Tajuddin Sulaiman (Ketua UMNO Bahagian Paya Besar), Wan Emril Nizm Wan Embong (Yang Di Pertua GPMS Pahang), YM Dato' Tengku Zul bin Tengku Ahmad (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang) serta lain-lain yang berkenaan. Semua yang hadir jelas cuba melakukan sesuatu untuk menggagalkan perhimpunan aman berkenaan. Namun segalanya tidak menjadi dan mereka hanya menyaksikan ia dari jauh sahaja. Mungkin dek kerana melihat begitu ramai kehadiran media antarabangsa termasuk Astro Awani yang berada di situ agaknya. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO dilihat hadir beramai-ramai memberikan sokongan. Antara mereka ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain pemimpin rakyat.

Kekecohan di Himpunan Hijau 109 bila pihak polis arahkan peserta bersurai

Tindakan pihak polis mendapat bantahan daripada orang ramai yang hadir
Kelihatan OCPD Tuan Jasmani arahkan tan Bun Teat berhenti berucap
Perhimpunan yang sepatutnya berakhir pada jam 9.00 pagi itu terpaksa disuraikan akibat tindakan pihak polis mengarahkan pemimpin tertentu berucap degunakan alat pembesar suara. orang ramai pada awalnya, enggan berganjak dan membina perisai manusia untuk menghalang tindakan tersebut. Namun akibat ditolak oleh beberapa orang anggota polis yang merempuh akhirnya mereka terpaksa akur. Sebelum bersurau laungan "Hidup Rakyat" disuarakan beberapa kali oleh orang ramai yang kecewa dengan sikap pihak polis itu. Arahan bersurai telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuantan sendiri, ACP Mohd Jasmani Yusof. Tidak cukup dengan itu pasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga diarahkan berjaga-jaga untuk menggelakkan sebarang kemungkinan yang lebih buruk berlaku. Masalahnya, semua peserta hadir secara aman dan tidak ada sesiapa pun yang membawa alatan berbahaya termasuk senjata atau pun benda tajam bagi tujuan mencetuskan huru-hara di situ.

Tindakan Menghalakan Speaker Box Tidak Wajar

Tindakan paling biadap dilakukan oleh pihak berkenaan ialah menghalakan alat pembesar suara jenis "speaker box" yang begitu kuat bunyinya ke arah peserta Himpunan Hijau 109. Sudahlah sebelum itu, pihak polis mengarahkan supaya sebuah speaker bersaiz 16 inci dan disambungkan ke "generator" yang dibawa itu dimatikan. Malah, mereka juga cuba untuk merampas speaker berkenaan. Mujurlah tindakan segera, anak muda AMK yang turut hadir berjaya melarikannya. Tindakan menghalakan speaker itu adalah satu tindakan yang tidak wajar sama sekali, dan ia jelas bertujuan untuk mengganggu perhimpunan amat tersebut. Akhirnya ceramah terpaksa dibuat dengan menggunakan set pembesar suara tangan yang bunyinya terlalu perlahan serta tenggelam dek kekuatan speaker box.

Bukti, speaker box yang sepatutnya dihalakan ke bahagian hadapan pentas
telah dipusingkan ke arah peserta himpunan untuk tujuan mengganggu

Tambahan pula jarak antara lokasi itu dengan pentas hiburan yang disediakan begitu dekat sekitar 50 meter sahaja. Tindakan ini sungguh memalukan dan mencerminkan betapa takutnya mereka dengan suara rakyat. Ramai pihak yang tertanya-tanya apakah ini caranya amalan hidup demokrasi yang mahu diamalkan di Malaysia agaknya. Mereka juga membawa penyanyi dan artis-artis tempatan untuk "terkinja-kinja" di atas pentas, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu menonton persembahan tersebut. Semua itu jelas hanya untuk mengganggu peserta himpunan dengan bunyi bising yang "maha dasyat" itu sebenarnya.












Selepas program berakhir di Taman Gelora, satu sidang media khas telah diadakan di Restoran Mexica, Seri Dagangan Kuantan (berhadapan dengan Megamall Kuantan) selepas itu. Antara pimpinan yang hadir ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain lagi. Media antarabangsa turut hadir.


Kehadiran Ahli Parlimen Australia
Mr.Robin Chapple mendapat perhatian

Sidang media yang diadakan di Restoran Mexica selepas program tersebut

Orang asal juga turut hadir sokong dan tuntut pembelaan nasib mereka

[Apa yang jelas dapat disaksikan Himpunan Hijau 109 yang diadakan hari ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Biar pun ada gangguan dan tidakan provokasi pihak-pihak tertentu, namun kebijaksanaan anggota polis dibawah pimpinan OCPD Kuantan, ACP Jasmani Yusof haruslah dipuji. Rakyat perlu tahu, mereka mendapat arahan dan tekanan daripada pihak atasan yang takut gelombang suara rakyat terus bergema menentang projek berisiko tinggi termasuk Lynas di negeri ini. Sokongan rakyat dari pelbagai bangsa dan agama jelas membayangkan Kerajaan Negeri Pahang masih gagal mendapat sokongan penuh rakyat dalam isu Lynas sebenarnya. Langkah menghantar beberapa orang pemimpin UMNO dan NGO terbabit dengan membawa bersama acara hiburan yang melibatkan pelatih PLKN jelas sekali sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Kerajaan boleh gunakan Stadium Darul Makmur jika mereka mahu mengadakan program yang serupa dengan mengajak rakyat menyokong Lynas. Kenapa perlu gunakan pasukan polis untuk menghalang suara rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Bantahan rakyat kini semakin memuncak menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika tersilap langkah UMNO Barisan Nasional pasti akan kecundang di Pahang kali ini].
Share:

27 ulasan:

  1. Ayuh kita gegar UMNO/BN...Lynas perlu dihancurkan...hidup rakyat!!!

    BalasPadam
  2. apa yg sarkas ni takut sangat. Org nak berhimpun pun x boleh. Mangkuk ayun betul. Baru nak berhimpun kalau merusuh aku x tau la. Jadi mcm kat Tunisia tu baru tau. Dia org tu patutnya dah berkubur. Menyusahkan hidup rakyat je. Dah 54 tahun pun x puas lagi rompak wang rakyat. kena turun kat jlnraya sekali lagi pas jgn balik rumah sampai tercapai hasrat ke putrajaya.

    BalasPadam
  3. Anon 12:30
    Kalau hancur lynas mcmana pekerjanya tu nak makan... pekerjanya plak tu org malaysia.... dan ada penyokong PR plak tu... tak caya? gi buat survey...

    BalasPadam
  4. aik kalau hancur Lynas pekerja tak leh cari makan?. kata negara aman makmur peluang pekerjaan bersepah napa lak tak leh cari makan?. Cuba survey berapa peluang pekerjaan utk org tempatan yg di sediakan oleh Lynas. hahaha...Teruk benor dah kerajaan negeri Pahang nih, sampai kena berharapkan rezeki dr Lynas. Errr lupa...dah nak bankrup

    BalasPadam
  5. Anon 12.30,
    Kalau hancur Lynas?
    Kalau pecah Lynas dan sisa yg di buang akan mengancam Seluruh Kuantan Baluk gebeng dll. Baru hang nak sedar?

    BalasPadam
  6. kalau hancur lynas, saper nak tengok batang pelir nuar tuu, satu dunia dah tengok batang pelir dia, ada dia kesah...ambiga pun dah tengok dah video clip tu, lanchiau lu la

    BalasPadam
  7. sebab pala butoh tu umnongok yang buat,babi punya amno.

    BalasPadam
  8. Dalam Budget 2012,Najib beri banyak menafaat kepada pegawai Kerajaan dan mereka yg berpendapatan rendah dan sederhana,termasukalah peserta Felda yg akan dapat durian runtuh bila FV di senaraikan nanti.Mejoriti mereka yg menerima hasil dari budget ini adalah orang Melayu dan B'ptra.Semua ini cukup megeciwakan PR,yg berangan-angan nak memerentah dengan mewarwarkan budget kosong.

    Kak Puzi dah tentu akan hilang kerusi lepas pilihanray ni nanti.Yang datang memberi sokongan kepada Anti Lynas ni,nampaknya pimai-pimai orang itu lah juga,tak kan dia boleh menang dengan 400-500 penyokong tu.

    Barangkali Puzi tak mahu jadi penganggur sendirian,dia mahu rakayat Kuantan juga kurang peluang pekerjaan,kalau ramai pnganggur,ramailah yg akan ta puas hati pada kerajaan,ramai juga lah yg terus jadi penyokng dia.Kalau projek Lynas di teruskan ramai yg akan dapat kerja,jadi dia tak ada lagi pengikut,terkontang kanting sendirian,apatah lagi kalau Lynas berjalan lancar tanpa issu.Hanya dua tiga si pemalas je yang akan mengikut dia kesana kemari nanti.

    Aku dah lama juga kenal dgn Puzi ni,tapi setahu aku dia tak pernah galakan pengikutnya berkerja untuk memajukan diri,mencari ilmu dan mengutamakan kesejahteraan keluarga sebelum apa-apa.Apa yg selalu dia buat ialah mengarahkan pengikutnya berkerja keras utk memenangkan prti,kalau perti menang maknanya dia lah yg menang. Bila dia menang,kuli yg tukang gantung poster dulu apa dapat?.

    Biarkan sajalah Kak Puzi dgn pengikut nya tu,tak lama dah ,lepas pilihanraya ke 13 nanti,semuanya hanyut.

    BalasPadam
  9. satu dunia dah tengok batang pelir dia...

    BalasPadam
  10. KENAPA? BATANG BATANG PELIR KO TAK SAMA KER DGN NUAR?

    AGAK2 KO PUNYA MACAM BELALAI GAJAH KOT?

    BalasPadam
  11. Dah la tu Sman.....
    Bersaralah....
    Ayat ko dari dulu same je.......
    Tuko la ayat lain sikit.....

    BalasPadam
  12. UmnCoPorno anak didik APCO Yahudi sebab itulah mereka jahat.

    Selain suka mencarut dan menonton cerita PORNO mereka juga busuk hati.

    Tengoklah orang nak berhimpun mereka pergi ganggu. Budak-budak PLKN juga yang menjadi mangsa.

    BalasPadam
  13. aku rasa dia punya tak aktip laa....
    kah kah kah...

    BalasPadam
  14. HIMPUNAN HIJAU 109 sebenarnya tak lebih daripada satu usaha untuk memanjangkan hayat 'beteri' PR. Tak dapat dinafikan bahawa PR kini mengalami ketirisan sokongan tahap kritikal. PAS sendiri kini dalam keadaan gelabah dan serba salah angkra kebodohan sendiri. Keceluparan mulut Mat Sabu tidak akan sekali-kali dimaafkan oleh rakyat. 'Persetubuhan' haram dengan DAP juga telah meranapkan kepercayaan penyokong setia PAS dan menghakis sama sekali simpati rakyat terhadap PAS.

    BalasPadam
  15. balik2 yang datang muke tu jugak.
    bosan da aku tengok.
    pastu nak salah kan orang lain macam dulu2 jugak.
    bosan bosan.
    please ubah cara PR. kami rakyat malaysia mahukan pembangkang yang berkualiti.

    BalasPadam
  16. KALU MB PAHANG NI CERDIK...Tak payah Buka LYnas untuk ruang pekerjaan... Batang GETAH ada, Batang SAWIT ada, BALAK ada... buat le kilang PERABUT kat GEBENG tu...PASARAN DUNIA tinggi..Benda berisiko ni jangan buat,KITA ni tinggal i LAUT LEPAS bila2 je kena OMBAK BESAR... KALU kita BELA BABI di PELANGAI tu org KAMPONG terima ke..buat canti la, kandang siap dgn. ECON lagi, kalis bunyi,,TAKUNGAN guna system INDAH WATER... mau kaaa...!!! fikir laaa..

    BalasPadam
  17. TUAN-TUAN...Yang tak suka LYNAS ni bukan PKR<PAS<DAP<apa2party la.. DEpa tu menurut suara rakyat yg akan menerima bencana nanti...BUAT APA MAT2SALEH diri seluruh DUNIA datang..buat habis duit dia je tapi dia kesian orang KUANTAN ni yang di PERBODOH@KAN oleh yang berkepentingan DUIT tu..KAT Australia tu berpuluhXganda besar dan GURUN pun besar dari M'sia nak buang RARE earth tu...TAPI takut kene SUMPIT..jangan jadi BODOH sangat la..AKU ni jauh dari GEBENG tapi TAK rela keturunan aku nanti cacat akibat BENDA ni..Mana tau KUASA Allah... BANJIR besar kat KUANTAN 2002 lalu tu pun tak leh nak buat ape-ape..Takat bina BENTENG 2011 ni je...SELAMAT KAH???..PIKIR LA KAU YG TAK KENA TU..

    BalasPadam
  18. Rata2 yg hadir tadi 90% adalah berbangsa cina dan sebahagiannya adalah cina daripada luar Pahang. Terdapat juga yg memakai baju DAP. Tak salah kalau sy katakan bahawasanya DAP adalah dalang perhimpunan ini yg cuba mempengaruhi cina di Pahang ini dan memperkudakan org Melayu dan org asli di Pahang ini. Tak pelik sekiranya org asli ini diupah semata-mata utk menjaya agenda sulit mereka.

    BalasPadam
  19. DAP (Dalang Anasir Perosak)!
    Katakan TIDAK kepada DAP!
    Jauhi PAS!
    Tolak PKR!

    BalasPadam
  20. PAS Pahang dah tak sokong gerakan anti LYNAS...Tunggu kenyataan yang akan bermula dari cawangan.

    BalasPadam
  21. sejauh manakah benarnya puak2 anti lynas....dan sejauh manakah benarnya pro-lynas? pasti ada pro & cons dlm projek yg menjadi isu ni. mengapa tidak di tanya mereka2 yg bekerja di lynas. apa yag aku dengar walaupun projek ini menjadi isu hangat peringkat negeri, tiada seorang pun pekerja lynas yg meletak jawatan melainkan mereka yg mendapat tawaran pekerjaan lain yg lebih lumayan. pasti ada sesuatu kebenaran di sebalik apa yg di putar belitkan! jangan di lihat dari segi gaji mereka, kerana ramai melayu yg menakhodakan projek ini di dlm lynas. mereka pastinya org islam dan mereka adlah penduduk yg telah lama berada di ktn. kenapa meraka masih sehingga kini mempertahankan jawatan mereka di dlm lynas. pasti ada sesuatu kebenaran....meraka tidak mudah melatah dan melayan pantun sinis dari puak anti-lynas. kerana mereka ini org islam pasti mereka tahu tanggungjawab di dalam ummah dalam mempertahankan kebenaran dan haq.

    BalasPadam
  22. CUBA2 PIKIR..Saya ni tak masuk mana2 party tapi saya undi..RAHSIA la.. kan macam tu..TAPI saya tak suka LYNAS yg akan merosakkan cucu cicit aku nanti ..PAHAM tak?? Hari ini mmg tak rasa..SELEPAS ini?? KAJI le sifat org MELAYU...Boleh BELI kerana offer DUIT..Dari yg kecik, sampai yg besar..Bila dah kena baru nyesal, ttg tu tak terfikir la katanya..last2 tu takdir...
    CONTOH...
    1) Drebar org. M'sia ni..Bila bawa MInyak Diesel ke, Petrol ke, kayu ke,Barang2 ape jelah...Bila ade ofer lebih..TURNING je (tu yg ade banyak kena tangkap) salah route katanya...
    2)Dreber..Tong Taik ke, Bahan Lupus ke, Sampah ke...Patut hantar tempat PELUPUSAN tapi ade je tmpat org tak nampak..BUANG je la..
    3)BALAK..Dapat 100hektar..Tebang 150hektar..coutim la..atau ade surat kuning beb...
    4) JALANRAYA...Weii polis tak de ni..LAMPU MERAH...Couu je la..
    5) IKAN..Weii INFORSEMENT datang ni..Weii, lelax la Brother..Bagi je TENGGIRI yang BESAR2 tu 5,6 EKOR beres tu..RM28.00 sekilo beb..
    6) PROJEK..Aku bagi U projek aku mau 5% OK tak..Akaun PROXY, faham la,jangan bising2 udah la..
    SO, BANYAK LG CONTOH2 PERANGAI ORG MALAYSIA NI..Tak cayalah kecuali beriman benar atau LOYALTY macam JEPUN aku caya..Aku ni DOK diJEPUN Setahun..

    3)APA macam LYNAS ni BILA 100% org. MALAYSIA pegang...LEPAS JE LA benda2 tu..Bukan NAMPAK beb,bukan kita yg kene, habis2 tersilap..
    PIKIR2 lah TUAN2...

    BalasPadam
  23. Aliran politik PR (PKR/PAS/DAP) jauh lebih lebih berbahaya berbanding LYNAS.

    Kerana itu...
    Tolak PKR!
    Jauhi PAS!
    Katakan TIDAK kepada DAP!

    Faham??
    Bagus...
    Bagus...
    Bagus...

    BalasPadam
  24. BILA ORANG MALAYSIA
    TAKE-OVER JE LYNAS NI...
    Perkara yg wajib percaya ialah:
    1) Curi tulang/tidor/biar mesin jalan sendiri je..passtu ape jadi??
    2) Tak kisah waste tu, nak bersembur kat mana-mana..peduli ape??
    3) Mesin tu karat ke,retak ke, bocor ke..lantakkau laa...ape peduli..
    4) Janji ada masyuk..semua ok..
    5) Lihat lah 5-10 tahun pasti akan berlaku..cayalah..
    6) Dan macam2 lg lah..

    BalasPadam
  25. Ada yang tak bagusnya ..JepunKhamis, Oktober 13, 2011 10:11:00 PTG

    Kesimpulannya:
    Biarlah bukan orang malaysia tadbir Lynas, Negeri Pahang .
    Biarlah bukan orang malaysia yang tadbir malaysia.
    bagi je ke Jepun yang tinggi Integritinya.. Orang reject je.. bunuh diri

    Tu baru duduk setahun kat Jepun,
    balik kuantan terliur nak pakai Camry Jepun, Camcoder SONY.. tapi yang komannya tetap pakai selipar jepun.. pinjam kereta proton abang ipar.

    BalasPadam
  26. puas cari pemimpin PERKASA kat situ ! takde plak ..... FITNAH PDO adalah salah satu DOSA BESAR .... TAUBATlah ... Lagipun PRU13 nanti kan nak jadi Calon PAS ... baiki diri tu dulu dan tolong jangan cemarkan PAS sbagai Parti Islam dengan mengambil calon yang banyak buat fitnah macam PDO ni ... MasyaALLAH .... elok dudok je dalam PKR tu , memang sesuai ngan PDO

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.