PEKAN, 3 Okt - Pemilihan PKR Cabang Pekan menyaksikan Roslan Mohd Tahir (foto) dipilih dan Mohd Kamal Yusof dipilih sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Cabang yang baru parti itu. Mereka menewaskan calon panas Abd Rahman Othman dan Ram Ponusamy dengan majoriti yang agak besar dalam pemlihan yang diadakan di Markas PAS, Felda Chini 3 petang semalam. Pemilihan telah dijalankan secara aman dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Sebelum ini, terdapat dakwaan akan berlaku kekecohan di pemilihan terbabit, namun ianya berjaya diselesaikan secara berhemah akhirnya. PKR Pahang menghantar, Razali Alias (Ketua Penerangan) untuk memantau pemlihan cabang tersebut. Cabang Pekan sebelum ini telah digantung akibat tidak aktif walau pun parlimen Pekan adalah kerusi yang ditandingi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Difahamkan, hanya jawatan Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang sahaja yang dipertandingkan, manakala jawatan Naib Ketua Cabang telah dimenangi oleh Jamaluddin Shariff yang menang tanpa bertanding. Manakala jawatan 15 Ahli Jawatankuasa Cabang yang disenaraikan tiada pertandingan. Pengawas pemilihan dari PKR Pusat yang telah hadir ialah Hadi Suhaimi dan juga Puan Maisuri Zainal.
[Mesyuarat Agung Tahunan Cabang pula telah dirasmikan oleh Kamarzaman bin Yunus, Timbalan Setiausaha PKR Negeri Pahang. Di antara usul yang menarik perhatian di dalam MATC kali ini adalah usul daripada Zaidi Ahmad yang mencadangkan agar parti mengubah dasar berkaitan pemilihan iaitu undian dilakukan di peringkat Ranting masing-masing kemudiannya Ranting akan melantik Perwakilan mereka ke pemilihan di Peringkat Cabang. Ini adalah bagi mengelakkan dari kesulitan ahli-ahli untuk hadir mengundi di samping mengurangkan masalah sekiranya tempat diadakan mesyuarat tidak sempurna atau kecil. Cadangan itu telah disokong sebulat suara]. Info selanjutnya klik di SINI

Mesyuarat pun menumpang markas orang,apa punya parti.Eloklah masuk Pas saja ,senang cerita.Pas pun dalam Pakatan.Lagi pun aku takut,kalau macam ni punya cabang,nanti dekat pilihanraya nak juga bertanding,dapat tempat ke tak dapat tempat,semuanya akan menyusahkan orang.Tak kena dgn gaya,semua melompat bila dapattawaran bagus.
BalasPadamjgn lupa, PAS hebat skrg pun pasal menumpang atas isu Anwar sejak beliau dipecat...itu fakta.
BalasPadamaku knl roslan tahir ni dr zaman sek lg...klu lh dia yg btanding mwakili PKR di dun cini..aku berani dn yakin dia akn kalah teruk..sbb nya dr zaman sek men paloh hinai lg dia ni bdk bermasaalah...blh check rekod roslan tahir ni di sek,men,keb,paloh hinai..mmg teruk..pemimpin2 pakatan rakyat ni setakat tngkap muat je untk mgisi jwtan..
BalasPadamalmk..nape lh pilih mamat ni isi jwtan ketua cabang pekan...mmg bkubur lh PKR pekan nt..klu mamat ni lh yg di pilih jd calon DUN cini lwn ngan DATO BAKAR adun cini skrg(bn)mmg comfirm dato bakar mng mudah..mamat ni asal kg umh banjir lepar,kt kg dulu mmg tkenal ngan kegiatan jahat..kluar dr kg bru lh org kg lega..di sek plak tkenal ngan prangai samseng,cikgu yg msh ada d sek(men paloh hinai pekan) tmpt mamat ni blajar ni tau sgt yg mamat ni bdk masaalah..aku ni sama umur dn sek ngan mamat ni...
BalasPadam