script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Isu Perlantikan Semula Tan Sri Sidek Hassan Sebagai Ketua Setiausaha Negara, Kerana Pengalaman Atau Kerana Beliau Itu Orang Pekan!

KUANTAN [5.15 pm] - Kami tidak terkejut dengan berita terbaru yang mengatakan Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Sidek Hassan (foto) dilanjutkan kontraknya lagi setahun. Beliau yang telah dilantik semula secara kontrak untuk tempoh setahun lagi sehingga 23 Jun 2010. Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini bahawa pelantikan Sidek, 58, telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Menurut kenyataan itu, pelantikan semula tersebut adalah berdasarkan kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara itu masih diperlukan terutamanya dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Persoalannya sekarang, apakah tidak ada calon yang layak untuk menggantikan tempat Tan Sri Sidek sebagai Ketua Setiausaha Negara?. Bukankah dalam perkhidmatan awam sendiri kita memiliki ramai individu yang mahir, berkhelayakan dan pakar dalam bidang tersebut. Apakah rasional beliau di sambung kontraknya?. Risikan kami mendapati, salah satu punca Tan Sri Sidek dilanjutkan kontraknya kerana beliau adalah berasal dari Kg.Cherok Paloh di Pekan Pahang. Ini bermakna beliau merupakan "satu kapal" dengan Perdana Menteri, Najib Razak itu sendiri. Mungkin juga Najib lebih serasi jika orang Pekan mengisi jawatan tersebut daripada diberikan kepada orang luar yang tidak boleh dipercayai. Sudah menjadi tradisi mana-mana pemimpin akan membina "team" mereka, baik dalam politik mahu pun kerajaan. Justeru itu. tidak hairanlah kini Tan Sri Sidek dikekalkan dan mungkin akan dilanjutkan kontraknya hingga pilihanraya umum ke-13 nanti agaknya. Dengan pengekalan Sidek ini, bermakna kedudukan Najib agak selesa kerana sepupunya Hishamuddin Hussein diletakkan sebagai Menteri Dalam Negeri yang akan menjaga keselematan dan masa depan politiknya jika terancam.

[Apakah Perdana Menteri, Najib Razak kini melihat dengan adanya kroni beliau dari Pekan sebagai Ketua Setiausaha Negara maka lebih mudahlah untuk mereka mengawal golongan kakitangan kerajaan dari terus menyokong pembangkang. Sudah pasti selepas ini berbagai tekanan demi tekanan akan dilakukan kepada mana-mana kakitangan kerajaan yang didapati cenderung terlibat dengan gerakan pembangkang di negara ini. Apapun, kepada semua kakitangan kerajaan teruskan perjuangan. Ingatlah, masa depan rakyat juga terletak ditangan anda yang merupakan "mata dan telinga" kerajaan. Pastikan perubahan besar akan terlaksana jua dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya].


[ Sila Klik Pada Imej Berkenaan Untuk Besarkan Iklaneka Di Atas ]
Share:

20 ulasan:

  1. PDO a.k.a cucumdaudkilau,

    Hang pun orang Pahang kan (Felda Jengka 5). Apa masaalahnya dgn perlantikan semula KSU tu? Alasan yg hang nyatakan itu hanyalah persepsi dan andaian hang saja. Ada bukti ke apa yg hang cakapkan tu. Hang ni cakap tak serupa bikin. Hang kata hang nak neutral, tapi tak pun..

    BalasPadam
  2. Silap, KSN bukan KSU. Ampun!

    BalasPadam
  3. bg peluang pada muka baru...sebagai tanda dasar perubahan satu malaysia.

    BalasPadam
  4. Dah tak dak muka baru yang lebih pengalaman. Yang ada muka tua yang hampir-hampir nyanyok.

    >>>Budak Kampung Online<<<

    BalasPadam
  5. Bodoh.KSN dgn KSU pun tak dpt bezakan

    BalasPadam
  6. Memang betul telahan penulis yang Ts Sidek ini tak ada pengalaman yang dia tahu hanya membodek.
    Kalau siapa tak percaya cuba semak rekod perkhidmatan nya. Duduk kat USA pun tak buat apa kecuali membodek tunggu Pak Menteri atau Mak Menti datang dan dia pun terkejar kejar tunjuk muka. Tanya dia berapa lama dia duduk diluar negara menghabiskan duit rakyat? Sejak jadi KSN apa perubahan dan kemajuan yang dia buat? Inilah KPI PM-kroni dan pengampu dan buat muka bodoh macam KSN tu lah. Lingkup lah Malaysia.Ini bukan fitnah tak caya semak rekod perkhidmatan Mamat ni.

    BalasPadam
  7. 1st... aku orang kuantan, keje kerajaan.

    2nd... cherok paloh dalam daerah kuantan, bukan pekan... cherok paloh bawah dun inderapura, parlimen kuantan... harap pdo buat pembetulan, supaya xhilang
    intergriti blog terpanas ni..

    3rd...ts sidek ni bukan xgune langsung, antara kejaayaan yang dia bawa ialah penambahbaikkan sistem perkhidmatan kaunter pejabat kerajaan, membawa budaya korporat dlm kerajaan, berjaya mendapatkan kenaikan gaji tertinggi kepada kakitangan awam... dia juga sangat tegas dengan ksu kementerian... dan banyak support persatuan pekerja... yang aku tahulah, yg baik tetap baik..

    4th, bab membodek tu beselah.. sebab dia ni UMNO totok... hahahah

    org kuantan.

    BalasPadam
  8. Anon 6:20pm,

    Anon 5:32pm dah mengaku kesilapannya dan ia dah diperbetulkan. Siap mintak ampun lagi..BODOHnya Anon 6:20pm!

    BalasPadam
  9. ha ha KSN (ketua Setiasusaha Najib) itu yang TBO letak kat blog kami

    BalasPadam
  10. PDO BABI. pemfitnah no 1...neraka jahaman tempatnya...

    BalasPadam
  11. Orang yg kata PDO BABI pemfitnah no1 itu sebenar anak syaitan iblis laknat..neraka amat merindui kamu wahai anak syaitan iblis laknat.

    Semoga anak syaitan ini akan berbahagia selamanya dlm api neraka ...

    BalasPadam
  12. Peduli apa pahang ke kelantan ke ganu ke. Kami mahu rakyat sejahtera penjawat awam terbela.gaji naik perkara lumrah 6thn sekali.

    ubah sistem lama jaman jepun tu..sistem kiraan kerja lebih masa umpamanya. 2504 x gaji bahagi 12 bulan.

    had laju lebuhraya 120km tu amat tidak sesuai dan jln persekutuan 80km juga semua akta jaman jepun bila nak ubah suai ikut jaman 2020

    KSN bawa perubahan lbh byk lbh bagus semua nya utk rakyat dan gov serve

    BalasPadam
  13. Anak peneroka sebagai PDO ??? HEHEHEHE ....PANDAI JAK ANAK PENEROKA...JENGKA 6..WEH...PERNAH MASUK KEBUN BANTU AYAH POTONG BUAH SAWIT ATAU PEGI TPREH GETAH KAT KG AWAH ATAU SG NEREK???????????????????????

    BalasPadam
  14. Tak baik menuduh orang lain dengan panggilan nama yang jijik, mungkin ianya akan berbalik kepada orang yang menghina orang lain ...kalau bukan sekarang, mungkin bila malaikat datang nak cabut nyawa...

    BalasPadam
  15. Comel gak Manangement Consultant kat atas tu.........

    P/S : Al Juburi dan partners tak minat kot..

    BalasPadam
  16. orang yg kata orang al juburi,
    dialah yang sebenarnya suka benda tu,
    hi..jijiknya engko

    BalasPadam
  17. ini pun nk dijadikan isu...
    kalau mcm ni...
    bilalah melayu nak maju...

    BalasPadam
  18. Siapa kata al juburi tak minat. Minat tetap minat, tapi belakang juga mau...!

    BalasPadam
  19. management consultant,biak pi kedapalah apa depa nak cakap sendiri lidah sendiri tanggong lah,,,u maseh singel ke,

    BalasPadam
  20. "isikan kami mendapati, salah satu punca Tan Sri Sidek dilanjutkan kontraknya kerana beliau adalah berasal dari Kg.Cherok Paloh di Pekan Pahang"
    xsilap aku Kg Cerok Paloh tu daerah Kuantan... Pandai tgk peta ke x??

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kenaikan Mendadak Harga Diesel Sehingga Lebih 100 Peratus Dalam Tempoh Dua Minggu Disifatkan Sesuatu Yang Tidak Pernah Berlaku

TEMERLOH: Bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Mohd  Rofaie Hamdan mendakwa kenaikan mendadak harga die...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.