KUANTAN - Terkadang kami hairan tatkala melihat pandangan yang diluahkan oleh beberapa orang pemimpin UMNO dan BN yang masih tidak boleh menerima kekalahan memalukan mereka di Kuala Trengganu baru-baru ini. Hingga ada yang mengganggap kemenangan PAS itu sebenarnya terlalu "murah" harganya, kerana telah berjaya memecahkan perpaduan bangsa Melayu."Kemenangan Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu (KT) dari genggaman BN melalui pilihan raya kecil minggu lalu tidak banyak merubah keadaan, terutama keadaan bangsa Melayu. Meskipun Pas bersama Pakatan Rakyat menambah satu lagi kerusi di Parlimen ianya tidak bermakna apa-apa kepada satu bangsa bernama Melayu" kata seorang penulis blog terkenal UMNO Pahang iaitu Pak Tam (www.pahangdaily.com). Inilah alasan dangkal seorang tokoh perjuangan UMNO yang kononnya berjuang untuk membela Melayu. Kita hairan dengan sikap mereka ini, dalam masa yang sama seluruh dunia tahu bahawa UMNO Pahang adalah parti yang telah banyak menjual maruah orang Melayu di negeri ini. Banyak tindakan UMNO Pahang yang dilihat menggadaikan maruah bangsa sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada tanah-tanah Melayu milik UMNO melalui syarikat Rangkaian Delima Sdn Bhd. Banyak yang telah dijual kepada bangsa lain. Perkara ini pernah didedahkan oleh bekas Setiausaha UMNO Pahang iaitu Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang kini merupakan Ketua Bahagian Paya Besar. Itu yang beliau dedahkan, sedangkan banyak lagi yang masih menjadi tanda tanya rakyat sebenarnya. Itu pun UMNO "ada hati" ingin mengatakan mereka "membela orang Melayu".
Lihat juga tanah rezab Melayu di Transit Quarters berhampiran Stadium Darul Makmur, Kuantan yang telah dikorbankan untuk projek pembangunan yang hanya boleh dinikmati sepenuhnya oleh kaum bukan Melayu. Didirikan "Malay Town" yang majoriti aset tersebut tidak dimiliki oleh orang Melayu. Siapa yang mampu beli sekiranya harga melambung tinggi mencecah jutaan ringgit?. Pembangunan yang akhirnya menggadaikan masa depan Melayu di sini. Itu belum termasuk kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Pasdec, yang banyak membina projek pembangunan yang gagal untuk dimiliki oleh orang Melayu. Pasdec mendapat hartanah dari kerajaan negeri dengan harga yang murah, tetapi menjualkannya dengan harga yang melambung tinggi yang akhirnya gagal dibeli oleh orang Melayu. Bahkan di bandar Kuantan sendiri pun, kami dapat melihat stastistik menunjukkan bahawa hartanah orang Melayu sudah semakin terhapus. Ini semua adalah dasar UMNO yang telah "memecah belahkan" orang Melayu. Mereka menjual "harga diri" dan mengaut keuntungan. Banyak syarikat kontraktor orang Melayu sebenarnya dimiliki oleh kaum lain. Orang Melayu UMNO hanya menjadi proksi untuk melobi projek-projek berkenaan. Sedangkan yang kaya raya adalah bangsa lain. Justeru itu, kenyataan yang kononnya hanya UMNO membela orang Melayu adalah "tidak masuk akal" langsung dan amat "perit telinga" untuk didengari sebenarnya. UMNO sebenarnya adalah perosak masa depan orang Melayu di negara ini sejak dulu, kini dan selamanya.
Justeru itu, usahlah puak-puak UMNO Pahang cuba menangguk di air yang keruh, kononnya kememangan PAS tidak memberi apa-apa makna langsung. Sedangkan mereka tahu bahawa kemenangan itu telah menjatuhkan maruah serta keegoaan pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak serta cuba memperbodohkan hamba rakyat. Dalam masa yang sama mereka tahu kekalahan UMNO dan BN itu memberi satu harapan buat rakyat untuk melakukan lebih banyak perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. UMNO sudah tidak relevan dan boleh diharapkan lagi. Puak UMNO hanya menggunakan sentimen bangsa untuk "merompak" harta rakyat untuk kepentingan sendiri. Usahlah mereka cuba untuk mempertikaikan kemenangan itu atas nama bangsa pula. Kemenangan PAS jelas membuktikan rakyat berbilang kaum menyokong aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebenarnya. Kami mendapat maklumat bahawa UMNO Pahang adalah antara yang terbanyak menghantar jentera petugas di Kuala Trengganu baru-baru ini. Maka, mungkin kerana kecewa dengan kekalahan tersebut mereka kini menjadi "gila meroyan" dan bercakap ikut sedap mulut. Wahai sahabat dalam UMNO, keputusan dua pilihnaraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah petanda awal yang UMNO dan BN akan karam selepas ini. Maka itu, usahlah lagi ingin bermain dengan sentimen "Melayu" kerana semua itu sudah ketinggalan zaman. Hanya UMNO sahaja yang masih mempertahankan semangat "perkauman" yang cukup menebal. Sedangkan kemenangan PAS membuktikan bahawa keutuhan Pakatan Rakyat kian terserlah.[Justeru itu kami mahu ingatkan puak-puak UMNO, agar sudah-sudahlah berjuang atas nama kebangsaan. Kerana semua itu sudah tidak relevan lagi untuk politik akan datang. 50 tahun yang lalu mungkin ia sesuai, maka marilah kita sama-sama membina kekuatan agama, bangsa dan negera menerusi satu wadah yang dapat diterima oleh semua rakyat berbilang kaum. Kita harus membela semua kaum bukan hanya memperjuangkan kaum Melayu semata-mata. Inilah dasar UMNO yang menyebabkan parti itu tersungkur di Terengganu baru-baru ini. Sementara itu kami ucapkan tahniah kepada MB Pahang, Adnan Yaakob yang khabarnya telah menjeritkan kalimah "Allahhu Akhbar" tatkala melalui deretan penyokong PAS ketika hari pencalonan pilihanraya kecil Kuala Trenggani dulu. Beliau mungkin terlalu bersemangat dan seronok ketika itu hingga terlupa bahawa laungan itu dikaitkan dengan perjuangan Islam. Maka kami berharap agar MB Pahang lebih terbuka dalam tindakannya selepas ini].
BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com.






Kalau dah bodoh tu cakap macam mana pun bodoh juga!
BalasPadamAssalamu'alaikum wbt.
BalasPadamMaaf Pahangdaily, saya ingin cadangkan tajuk asal salah satu berita sebagaimana tersebut di bawah kepada "Eksklusif: Kemenangan PAS Di Kuala Terengganu Tidak Membawa Perubahan, Satu Alasan Dangkal Puak UMNO Pahang Bagi Menutup 'KEMALUANNYA'.
Eksklusif: Kemenangan PAS Di Kuala Trengganu Tidak Membawa Perubahan, Satu Alasan Dangkal Puak UMNO Pahang Bagi Menutup Kelemahannya
Kepada Pahangdaily, teruskan menulis dengan isu-isu bernas, tepat, padat dan hangat bagi menyedarkan puak-puak puaka UMNO Pahang juga UMNO Malaysia. Spesis yang menjahanamkan bangsa sendiri di tanah air sendiri. Sudah sampai masanya spesis-spesis puaka ini di"recycle" untuk dijadikan makanan kepada sipembawa penyakit JE, dan kita gantikan dengan PR.
Sekian dulu untuk kali ini dan terima kasih.
Syabas Pahangdaily.