PAYA BESAR - Parti Keadilan Rakyat bahagian Paya Besar semakin bertambah kuat dan utuh lagi dengan kemasukan semakin ramai warga felda ke dalam parti itu mutakhir ini. Kebanyakkan daripada mereka adalah bekas ahli-ahli dan pemimin UMNO setempat yang sudah kecewa dengan parti karat itu selama ini. Mungkin sebelum ini, mereka takut untuk bersuara akibat ditekan oleh pihak-pihak tertentu. Namun, setelah melihat Pakatan Rakyat terus dijulang dan Barisan Nasional terus tenggelam, maka akhirnya mereka semua berani membuat keputusan. Terbaru, seramai 160 ahli UMNO di Felda Lepar Hilir 1 dan Felda Lepar Hilir 4 dekat sini menyertai Parti Keadilan Rakyat. Majlis penyerahan borang keahlian dan pembukaan cawangan baru telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Fauzi Abd.Rahman, Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang. Majlis telah dipengerusikan oleh Tuan Hj.Zahari selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Paya Besar. Dalam majlis itu beliau turut memperkenalkan Saudara Sufian Abd Jalil, seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar yang turut meninggalkan parti karat itu untuk menyertai PKR. Sementara itu turut hadir ialah Saudara Anuar iaitu Ketua Pemuda Felda Lepar Hilir 4 yang turut keluar dari UMNO dan kini bersemangat bersama Parti Keadilan Rakyat.Menurut Saudara Suffian "UMNO sudah hilang arah tuju perjuangannya. Didalam pemilihan peringkat Bahagian Paya Besar baru-baru ini semakin jelas sikap mengenepikan perjuangan telah berlaku. Pemilihan yang berlangsung menyaksikan pertandingan Orang Aku dan Orang Kamu dan bukan lagi pertandingan UMNO. Perwakilan dihidangkan dengan pemilihan secara berkelik" katanya. Beliau turut membangkitkan isu rumah-rumah yang dibina oleh Felda untuk Generasi Kedua. "Hanya anak-anak peneroka yang ada "pay slip" sahaja yang layak membeli rumah-rumah itu, dan oleh kerana kebanyakan anak-anak peneroka ramai yang bekerja sendiri, tidak ada pay slip, dan mereka tidak layak membeli. Walhasilnya, rumah-rumah itu dijualkan kepada pegawai-pegawai Felda dan anak-anak pegawai Felda. Maka skim perumahan untuk Generasi Kedua itu menjadi milik pegawai-pegawai dan anak-anak mereka" tambah beliau lagi. Beliau turut mempersoalkan potongan sebanyak RM45.00 sebulan oleh Felda daripada pendapatan peneroka-peneroka Felda, dan mengeciwakan kerana potongan itu dibuat secara selonggok didalam bulan Disember ketika mana peneroka-peneroka memerlukan wang untuk persediaan bagi persekolahan anak-anak mereka. Sufian berjanji bahawa beliau dan rakan-rakannya yang keluar dari UMNO akan memperkasakan PKR Paya Besar dan akan lebih ramai lagi ahli-ahli UMNO akan keluar dari parti itu.
Sementara itu dalam ucapannya Dato' Fauzi menyatakan bahawa Felda bukan dibuat oleh UMNO dan peneroka-peneroka tidak perlu mengenang budi kepada UMNO. Felda diwujudkan oleh Kerajaan dengan wang rakyat, bukan wang dari UMNO. Beliau membawakan kisah usaha-usaha yang dibuat oleh Ibrahim Fikri, bekas Menteri Besar Trengganu, yang merancangkan untuk menyediakan tanah seluas 10 ekar kepada setiap peserta di Sg Tong Terengganu. Beliau memohon bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat, tetapi bantuan itu tidak diperolehi kerana mendapat tentangan dari Tan Siew Sin, Menteri Kewangan pada waktu itu. Ibrahim Fikri telah dijatuhkan di Terengganu diatas alasan bahawa beliau membina sebuah istana untuk dirinya. Ini adalah satu penghinaan kepada Ibrahim Fikri oleh UMNO. Rumah yang dikatakan Istana itu hanyalah rumah banglo biasa tetapi oleh kerana Ibrahim membinanya di kampongnya sendiri di pekampungan nelayan, maka nampaklah rumah itu besar dibandingkan dengan rumah-rumah nelayan. Fauzi juga mengimbau kembali kisah Aziz Ishak, seorang Menteri Kabinet semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Beliau sebagai Menteri Pertanian mencadangkan supaya Kerajaan membina kilang baja untuk membantu petani-petani, tetapi cadangan itu ditentang oleh puak-puak MCA kerana merekalah yang mempunyai kilang baja pada waktu itu.Aziz Ishak dipecat daripada Kabinet Tunku Abdul Rahman diatas desakan pemimpin-pemimpin MCA. Dato' Fauzi juga mengimbau kembali peranan pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman, misalnya, memilikki 18 buah rumah sebelum menjadi Perdana Menteri. Tetapi semua rumah itu dijualnya untuk membiayai pilihanraya. Tunku bersara dengan tidak mempunyai harta dan terpaksa menyewa bilik hotel. Kerajaan membelikan untuk Tunku sebuah rumah di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Pulau Pinang. Bezakanlah dengan Menteri-Menteri sekarang yang apabila bersara menjadi Jutawan. Fauzi seterusnya menyatakan bahawa semasa berlaku fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah dipanggil oleh Mahathir Mohamed yang memintanya menyatakan bahawa Anwar memang melakukan liwat.Dr.Mahathir membandingkan kedudukan Dato' Fauzi yang sepatutnya sudah menjadi Menteri Kabinet seperti Timbalan-Timbalan Menteri yang lain. Dato' Fauzi faham tetapi menolak kehendak Mahathir supaya Fauzi menyatakan bahawa Anwar melakukan liwat. Fauzi menyatakan bahawa beliau kenal Anwar dari zaman persekolahan lagi sebagai sahabat dan tahu pembawaan Anwar. Pembelaan Fauzi terhadap Anwar menyebabkan terlucutnya apa-apa jawatan didalam Kerajaan. Kematian Kugan didalam tahanan polis juga turut disentuh oleh beliau, katanya Kugan mati disebabkan "excessive internal bleeding" hasil siksaan polis, PKR menuntut supaya mereka yang melakukan perbuatan ini dibawakan kemuka keadilan dengan segera. YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Pahang turut berucap didalam Majlis tersebut. Majlis ditangguhkan sekitar jam 5.00 petang.
[Ramai pihak yang menidakkan keupayaan Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang sebelum ini. Malah ada juga yang memprotes sehingga mahu menghantar memorandum kepada pucuk tertinggi parti untuk menarik balik keputusan tersebut terutaman AMK Pahang. Namun kini, ternyata segalanya meleset. Sejak Dato' Fauzi bersama memimpin PKR Pahang, ternyata parti ini semakin diterima oleh segenap lapisan masyarakt di negeri ini. Tambah menyeronokkan, warga Felda juga sudah berani untuk bersuara dan mahu melakukan perubahan. Inilah yang dimahukan sebenarnya. Kemasukan berbondong-bondong ahli UMNO ke dalam PKR jelas sekali membuktikan segala gerak kerja yang dirancang mencapai matlamatnya. Misi Tawan Felda harus digerakkan segera demi mencapai hasrat untuk mengambil alih kerajaan Pahang dalam pilihanraya umum akan datang. Jika segala usaha ini berjaya, maka segalanya bakal menjadi realiti suatu hari nanti].






PDO,
BalasPadamBerapa lama Dato Fauzi jadi Tim.Menteri Umno?.Tolong senaraikan jasa beliau pada rakyat selama masa tersebut.Teringin juga saya nak tahu,sebelum memohon utk jadi pengikut beliau.
Saya dengar kat Serawak dulu tu ada Adun bebas masuk PKR,sekali gus bawa 12,000 ahli,tak kan Dato Fauzi masuk PKR bawa tak sampai 1,000 pun, itu pun campur sana sikit, sini sikit dan bukan kerja dia sorang pulak tu.
ni sah budak2 AMK..yg tak reti2 nak berpolitik nii..hehhehe..elok lar Dato' Fauzi bawak masuk skit2 dulu...sarawak tuu..pasal YB kawasan terbabit masuk PKR..itu yg rakyat dia masuk skali..x kan tu pun x paham2...masa tu Anwar dtg sana...yg penting kerja Dato' Fauzi lebih baik dari PPN terdahulu... jangan emosi..jika anda sendiri tidak mampu untuk menerima hakikat bahawa perubahan harus dilakukan demi masa depan..parti bkn hak milik seseoarng...
BalasPadamJuak-Juak Pakatan Rakyat ni gempak saja lebih..tp org yg boleh berfikir secara rasional macam aku ni..semua tu bohong, temberang, jual tahi minyak dan syok sendiri mereka sahaja..aku duduk kat Felda, tau lah..beberapa kerat sangatlah yg termakan gula2 dan pancingan mereka2 ni..yg konon2 hebat sangat yg mereka dapat tu pun terdiri dari golongan yg bermasaalah dirancangan..ambik lah ko orang2 yg pd Felda sendiri dh dianggap sebagai BEBAN tu..mereka2 ni sebenarnya dulu Felda dh tersalah pilih..
BalasPadam