pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pilihanraya Kecil : Tertangkap, Apa Sudah Jadi Dengan SPR, AMK Berjaya Mengesan Beberapa Lagi Port Pengundi Hantu Di Kuala Trengganu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA TRENGGANU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat berjaya mengesan dua lokasi yang mungkin digunakan oleh Barisan Nasio...
KUALA TRENGGANU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat berjaya mengesan dua lokasi yang mungkin digunakan oleh Barisan Nasional sebagai ’port’ (tempat) meletakkan pengundi hantu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Pengarah Pilihanraya AMK Fariz Musa telah menyerbu lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang pengundi-pengundi yang didaftarkan di situ.Bercakap di lokasi tersebut semalam, Fariz Musa berkata pihaknya berjaya mengesan pengundi yang meragukan, kemungkinan besar ’pengundi hantu’ berdasarkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP). "Kita berada di lokasi yang beralamat 78 Jalan Sultan Ismail, iaitu di pasaraya Hock Kee Seng, yang mana kami (AMK) berjaya mengesan lebih 20 pengundi wujud dalam senarai pengundi didaftarkan menggunakan alamat ini,”apabila kami meminta penjelasan dari pegawai pasaraya, beliau berkata tidak ada sesiapa yang tinggal di bangunan ini,” ujar Fariz.

Menurutnya SISMEP juga mengesan tiga nama dari daftar pengundi yang berdaftar pada alamat itu dikenalpasti sebagai ahli wanita UMNO yang berdaftar. Katanya bukti itu mengukuhkan lagi dakwaan wujudnya pengundi hantu dan lokasi tersebuti adalah antara beberapa tempat yang digunakan Barisan Nasional untuk menempatkan pengundi hantu. Oleh yang demikian beliau menggesa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi yang tidak wujud itu. "Tindakan ini kami ambil supaya pihak SPR mengambil langkah segera membersihkan senarai pengundi,”kami juga mencabar Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said (yang menafikan wujudnya pengundi hantu) supaya turun bersama AMK ke lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.” katanya.


Inilah dia KFC yang menjadi port pengundi hantu
Beliau berkata antara lokasi lain dimana wujudnya pengundi hantu adalah adalah yang beralamat di No. 22 Jalan Sultan Ismail dan dirumah nenek beliau di Jalan Tekukur Kuala Terengganu. "No. 22 Jalan Sultan Ismail adalah premis kepada Restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut, di rumah nenek saya terdapat seorang berbangsa Cina berumur 82 tahun yang didaftarkan,” katanya.

[Dengan tertangkapnya port baru pengundi hantu ini, maka kini terbukti bahawa Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu bakal menyaksikan satu penipuan jahat yang maha besar oleh BN dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negera. Justeru itu kita tidak hairan apabila kakitangan SPR diarahkan berkerjasama dengan JPN untuk semakan daftar pemilih sehingga jam 10.00 malam menjelang 17 Januari ini. Nampak sangat kini BN sudah mula gusar dengan kekuatan Pakatan Rakyat dan PAS di sini. Apapun kita harap agar perkara ini dapat diwar-warkan dengan lebih menyeluruh lagi agar rakyat tahu tentang taktik jahat serta kotor BN untuk memenangi pilihanraya kecil itu nanti. Mereka juga khabarnya telah menambah 2,000 lagi anggota polis untuk berkampung di Kuala Trengganu. Semuanya ini adalah petanda yang sudah pasti ada anggota polis yang akan berpakaian biasa dan menyamar sebagai pengundi 17 Januari ini. Bongkar dan terus dedahkan kebiadapan mereka demi masa depan rakyat terbanyak hendaknya].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]


[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Monday, January 12, 2009 4:10:00 PM

ada dimaklumkan kakitangan primula beach resort yang layak mengundi di minta memberikan kad pengnalan kepada pentadbiran hotel.. kalau dapat perkara ini disiasat dan disahkan..

muadzam said... Monday, January 12, 2009 6:45:00 PM

nak guna pengundi hantu ke..nak guna penipuan apa pun,ikut la mu umno..kalau mu rasa selamat dunia akhirat dengan penipuan...kami bersama sama pejuang islam...sama2 berdoa agar dibuka pintu hati mereka ke arah kebenaran...sesungguhnya Allah SWT itu maha melihat atas apa yang kamu kerjakan.

keris panjang said... Monday, January 12, 2009 10:37:00 PM

kalau menang pilihanraya = isu pengundi hantu tidak timbul langsung.

kalau kalah pilihanraya = punca pengundi hantu

apa punya otak lar korang ni..rasional ler sikit..

Anonymous said... Monday, January 12, 2009 11:22:00 PM

siapa pun orang politik, jarang yg kita dapati mereka jujur..kecuali sekerat dua..yg sekerat dua tu lah yg sukar kita nk cari lebih2 lg dizaman penuh godaan dan pancaroba ini..

jasmin melayu said... Tuesday, January 13, 2009 9:34:00 PM

Mengikut sunnah nabi..Selagi terdaya untuk membongkar dan membenteras kejahatan teruskanlah usaha... cuma perlu mengikut lunas-lunasnya..selebihnya beserah dan berdoa pada Yang Esa.. Jangan sampai tercemar nama baik parti... banyak dah contoh kalau Allah nak tolong... para penyokong buatla solat hajat..

 
Top