script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kemelut Perak: Mahkamah Jangan Jadi Seperti Gelanggang Sarkas, Bila Membenarkan Kerajaan BN Pergunakan Badan Itu Sesuka Hati Mereka !!

IPOH [Harakah -12.26 pm] - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk UMNO dan BN terus menyalahgunakan kuasa mereka. Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang (foto) dan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak. "Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu," kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini. Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain. Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini Mahkamah Rayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pengesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.

Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.
Keputusan sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya. "Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan keputusan dalam masa yang amat singkat ini mengejutkan," katanya. Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya. Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat Menteri Besar, katanya. Walhal, Nizar sudah tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang. Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah. Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran DUN untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.

Mengulas isu yang sama, ADUN Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'. Bagi ADUN Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'. Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah, katanya. Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan UMNO dan Barisan Nasional dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, katanya. Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN.

[Sebenarnya memang tidak syak lagi semua ini telah dirancang dengan baik oleh Najib, Zambry dan Peguam Negara, Ghani Patail. Bukti jelas menunjukkan permainan mahkamah ini sudah pasti mendapat perkenan daripada individu terbabit. Bayangkan, ketika mendengar keputusan kes MB yang sah baru-baru ini, Zamby dan konco-konconya sejak awal-awal lagi sudah tidak hadir. Walhal keputusan itu akan menentukan nasib dan masa depannya. Tetapi kenapa beliau tidak hadir?. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa beliau sudah tahu keputusan yang akan berlaku. Kemudian, beliau sengaja tidak hadir ke Istana Iskandarian Kuala Kangsar, untuk menggambarkan bahawa beliau rela hati menerima keputusan mahkamah itu. Namun, dalam masa yang sama beliau berpakat pula dengan pihak terbabit untuk mencemarkan institusi mahkamah. Tindakan Mahkamah Rayuan membenarkan Zambry terus menjadi Menteri Besar, walhal telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi jelas sekali menghina mahkamah sebenarnya. Sepatutnya Nizar yang mengambil alih jawatan itu sementara menunggu proses rayuan. Ini kerana keputusan mahkamah itu jelas dan tidak dapat dicabar oleh peguam Zambry. Malah Zambry sepatutnya mengosongkan jawatan itu setelah beliau tewas dan sementara menunggu proses rayuan selesai. Ini tidak, Hakim Datuk Ramly Ali membenarkan yang haram berkuasa. Malang sungguh nasib rakyat Perak yang terpaksa melihat segala adengan yang cukup memualkan ini].
Share:

4 ulasan:

  1. Zamri..hitam di kulit,hitam lagi di hati...

    BalasPadam
  2. MAHKAMAH KUDA TUNGGANGAN, BEST JADI KUDA TUNGGANGAN DPT UPAH LUMAYAN APALAGI YANG MENUNGGANG ITU RAJA SEGALA RAJA.

    BalasPadam
  3. Dah agak dah..pasti korang kuar kata2 gitu..dah boleh agak mainan politiking korang nih..

    BalasPadam
  4. SIAPA YANG BAWA PERKARA NI KEMAHKAMAH JAWAB. .???????????? LEPAS TU HANG KATA SARKAS .LEBAI SARKAS, ULAMA MEE SEGERA,USTAS ROCK DAH BANYAK SEJAK PAS BERGABONG DANGAN PKR DAN DAP.USTAZZZZZZZZZZZ DAP PUN DAH BACA AYAT KORAN LINTAN PUKAN, NIK AZIZ KATA TAKPA..JAHANAM PAS DIBUATNYA

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera

MARAN : Empat individu termasuk pemandu dan penumpang sebuah bas yang membawa 19 pelajar dan dua guru Tahfiz Allaudin Bandar Pusat Jengka me...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.