Apakah rakyat Trengganu sudah mula bijak?. Apakah mereka boleh terima isu bersihnya Najib Razak dari kes Altantunya, pembatalan pengambialihan IJN oleh Sime Darby, pemberiaan semula wang royalti bagi menggantikan wang ehsan, pembinaan dan janji-janji manis yang ditabur oleh pemimpin kerajaan sejak mutakhir ini?. Atau mungkin juga mereka sebijak rakyat Kelantan "orghe bagi ambik, tapi pangkoh PAS". Jika ini berlaku, maka kami dapat melihat bahawa BN akan tersungkur sebenarnya di Kuala Trengganu. Senario yang jelas dapat dilihat bermula pada hari pencalonan lagi. Kini telah mula merebak ke lokasi-lokasi ceramah umum yang diadakan. Majoriti rakyat akan hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berbanding dengan program anjuran UMNO dan Barisan Nasional. Inilah yang amat digusarkan sangat oleh mereka. Namun, perjalanan masih jauh lagi. Detik 17 Januari sebenarnya bakal membuktikan serta menyaksikan perubahan sebenarnya yang bakal berlaku di Trengganu. Undi Pos khabarnya akan dijalankan dalam minggu ini, dimana lebi 1,000 kertas undi posakan diedarkan. Apakah undi pos juga akan berpihak kepada PAS kali ini. Segalanya berkemungkinan, bak kata Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman dalam satu pertemuan dengan kakitangan kerajaan di Trengganu baru-baru ini. Beliau menyaksikan bahawa kakitangan kerajaan yang bakal mengundi di Kuala Trengganu sudah "bijak" dan mula sedar atas segala "kebobrokan" yang berlaku dalam kerajaan hari ini.
Calon PAS (Mohd Abdul Wahid), BN (Datuk wan Farid) dan Bebas (Azharuddin Mamat) selepas penamaan calon di Stadium Negeri 6 Januari lalu.
Cuma apa yang ditakutkan sangat sekarang ialah "provokasi" yang akan dilakukan oleh BN kiranya mereka melihat harapan kian pudar. Jika ini berlaku maka sedikit masalah akan timbul nanti. Nama baik PAS dan Pakatan Rakyat akan sedikit tercemar dan SPR boleh melakukan apa sahaja untuk menakutka serta membatalkan keputusan sebenar. Itu belum ditambah lagi dengan "sikap curiga" kita terhadap "kem sementara" pasukan polis yang didirikan dengan "gahnya" di situ. Pemantauan kami kini terdapat lebih dari satu "kem sementara" yang didirikan khemah tertutup dan dikawal rapi oleh mereka. Soalnya disini, mengapakah khemah yang serba "canggih siap berhawa dingin" itu didirikan?. Mengapakah terlalu ramai anggota polis dikerahkan ke Kuala Trengganu. Kita musykil seandainya khemah-khemah itulah yang akan menjadi "Transit Port" para pengundi hantu menjelang malam pengundian nanti. Jika perkara ini gagal dipantau, sudah pasti ia akan berlaku dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula orang awam dilarang masuk ke kawasan terbabit. Ini memungkinkan, keselematan "pengundi hantu" akan lebih terjaga dari kebiasaannya. Maka, kami sekali lagi menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memantau perkara ini hingga malam pengundian nanti. Jangan kerana kelekaan kita, akhirnya mereka yang tidak sepatutnya menang diangkat pula nanti. Apapun, teruskan perjuangan buat semua rakan dan sahabat yang sedang sibuk berkempen di Kuala Trengganu.
[Kami mengucapkan syabas kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Trengganiu yan cukup berdisplin dan berkhemah dalam usaha meraih undi. Kami juga mendapat laporan dari sahabat dalam UMNO bahawa terdapat penyokong PAS yang "mencium" tangan Menteri Besar Pahang tatkala beliau melalui kesesakan jalan pada hari pencalonan baru-baru ini. Menurut sahabat dalam blognya "Small Talk" Peristiwa ini berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke pusat penamaan calon lebih kurang pukul 8.30 pagi. Semasa melalui jalan yang dipenuhi penyokong Pas, MB pahang itu telah membuka tingkap dan bermesra dengan penyokong-penyokong Pas hinggalah salah seorang dari mereka bersalam dan mencium tangan Dato' Seri Adnan Yaakob. Inilah satu sikap mesra yang ditunjukkan oleh para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sebenarnya. Ia mungkin kerana MB Pahang itu khabarnya pernah "mencium" tangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Azizi Nik Mat, Menteri Besar Kelantan semasa pertemuan mereka dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum ini. Maknanya, apa yang berlaku kepada MB Pahang itu adalah balasan akibat "sikap hormat dan respeknya" kepada Tuan Guru Nik Aziz selama ini. Semoga perkara iyang baik seperti ni akan terus berkekalan hendaknya].
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]
[ Laporan Khas Pilihanraya Ini Adalah Ekhsan Dari mStar Online ]
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]






Awang Selamat : Cuba menanamkan sikap kebencian yang menebal dan dendam kesumat kepada " UMUM " bagi meraih simpati dan menjadikannya, ISU murahan menjelang pilihanraya 17 Jan dengan,menjadikan provokasi " PENDIDIKAN PRASEKOLAH KEMAS " yang diarahkan mengosongkan premis tabika tersebut di Perak dan Selangor seperti didakwa.
BalasPadamKemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri sudah cukup membuktikan pada kita semua ! SUARA RAKYAT dan PILIHAN RAKYAT ! dengan menolak UMNO yang korup.Siapakah YANG MENGHAPUSKAN TULISAN JAWI,MENUKAR BAHASA MELAYU KEPADA BAHASA INGGERIS,PENDIDIKAN AGAMA KELAS KEDUA dan sebagainya..? jawapannya ada pada UMNO dan sekutu-sekutunya yang mengkhianati bangsa dan agamanya sendiri !
Pas Kejam, sila lihat di :
BalasPadamhttp://warisanpahang.blogspot.com
Pas tak Kejam! UMno Lipis lagi kejam! KP dia buat laporan polis kepada ahli umno yang tidak mengundi dia! hahaha
BalasPadamNampak BN kalah. Sebab jaid referee antara Pas dan AKIM.
BalasPadamTakpelah lepas ni Najib dan KB Lipis buleh borak kat KT sambil minum Kopi yang dihidangkan oleh Halim Othman si Ayam serama!
Dengar cerita setiap KP Bahagian dapat peruntukan RM 20.000 hanya datang untk membantu BN disana. Pasti saudara Abu Jimi Lipis dan wan mizan jerantut dapt lebih sebab songlap semua duit. Bagi duit ke ank buah 30 ringgit sudah !
BalasPadamKetua Bahagian Lipis dan Semua KB Dalam malaysia dapat rm 50.000!
BalasPadamMak aiii ini BN dan UMNO memang penggerak ekonomi!
Mana dapat duit? kalau tak percent dari projek! Lepas tu tanah runtuh, tebing runtuh di Lipis!
Tasklink SDN BHD yang buat semua jalan tu!
itu belum bab duit umno bahagian lipis pun dek sapaunya. sebab setiausaha kerja umno masih belum ada!
BalasPadamitu bendahari jamal osman diketahui memang kaki songlap duit masa dia jadi sub dulu...
laptop 2 hilang, kamera 1, duit rm 8.000 entah ghaib ke mana?
BalasPadamKirim salam kat orang lipis dan pahang kat sana.. terutamanya orang umno!
BalasPadamMana KB UMNO lipis? Tak tengok tanah runtuh ke? OOO sibuk rupanya. Sibuk menjadi penyibuk di KT!
BalasPadamJalan runtuh kat Lipis macamana Tan Sri? Yb Rahman KB kami tak bagitau ke? OOO dia tanya ada projek untuk Tasklink ajer yerr
BalasPadamKalau semua KB Umno terima duit untuk bawa rombongan atau datang saja-saja ke KT - untung besarlah perniagaan mereka - jadi mangsa ahli-ahli UMNO yang dibawa dengan bas, tak ada tempat tidur lalu diberikan nasi bungkus dan berarak mengiring calon BN yang sombong dengan air meneral sebotol kecil, nasi bungkus makan tengahari sebelum melangkah pulang setelah dijual terang-terang oleh KB mereka.
BalasPadamApakah nasibnya jadi ahli UMNO nasi bungkus sedangkan pemimpin kaut duit ribu-ribu!! Cittt !!!!
Pahang dailyonline,
BalasPadamPilihanraya kecil p36 Kuala Terengganu yang diadakan kali ini agak berlainan dari pilihanraya yang telah diadakan seperti sebelumnya.
Ini disebabkan dengan kehadiran ramai anggota polis di situ atas alasan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Kalau hanya untuk menjaga ketenteraman awam, kita boleh terima tapi yang kita curigakan jika sebahagian anggota itu menyamar jadi penyokong diantara parti yang sedang berkempen.
Sebenarnya kita telah belajar dari sejarah sebelum ni bahawa anggota polis yang menyamar sebagai ahli salah satu parti yang berkempen akan melakukan pekara yang dilarang undang-undang.
Tujuannya untuk menghuru harakan keadaan supaya anggota polis yang beruniform akan menangkap orang yang tidak bersalah sebagai kambing hitam. Perbuatan seperti itu pernah berlaku di Kampung Baru Kuala Lumpur.
Sebenarnya rakyat tidak akan lupa pada sejarah seperti berlakunya peristiwa berdarah di Mamali.
Kita berharap semua ahli Pakatan Rakyat terutama ahli PAS sentiasa bersatu dan berwaspada dengan orang yang tidak dikenali berada disebelah anda.
Mereka mungkin polis yang menyamar dan sedang merancang untuk melakukan jenayah !