KUALA LUMPUR [5.00 pm] - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS. Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu. Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan. Satu lagi kawasan iaitu Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan telah mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden. Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan. Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasaruddin Mat Isa.
Empat lagi yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din; Naib-naib presiden; Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu. Nasaruddin, Abdul Razak, Dr Harun turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohd Sabu dan Ahmad Awang. Pertandingan adalah untuk merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS bulan depan. Sepuluh lagi calon naib presiden ialah Datuk Dr.Hasan Ali (Exco Selangor), Idris Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaffar, Datuk Mahfuz Omar (ahli Parlimen Pokok Sena), Nik Mohd Amar Nik Abdullah (Exco Kelantan), Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar), Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Pakatan Perak), Salahuddin Ayub (MP Kubang Krian), Taib Azamuddin (MP Baling), Datuk Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang) Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti. Menurut Mustafa, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka bertanding. Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu, manakala pencalonan bagi jawatan utama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS adalah pada 17 Mei ini.
[PDO mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang atas kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan di seluruh negara untuk mengekalkan beliau sebagai Presiden parti PAS bagi penggal akan datang. Kemenangan ini telah menyebabkan puak-puak UMNO tertutup mulut, kerana sebelum ini media arus perdana yang dimilik oleh mereka sengaja cuba untuk melaga-lagakan kesepakatan yang berlaku dalam parti Islam itu. Malah, media terus membuat provokasi supaya politing wang dalam PAS dipantau. Bukankah lucunya bunyi perkataan itu. Mereka sangka pemimpin dalam PAS sama seperti pemimpin UMNO yang kemaruk untuk berkuasa dan gemar dengan rasuah. Mereka lupa yang para pemimpin PAS senantiasa ditarbiyah tentang kesedaran terhadap agama Islam itu sendiri. Justeru itu terpaksalah puak-puak UMNO ini memainkan isu tersebut bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu dan kemelut yang melanda Perak itu].

TANIAH KEPADA TUAN GURU HAJI HADI AWANG...NAMPAKNYA TUAN NAKHODA TAK LAH BEGITU DISUKAI,MAHATHIR , PAKLAH PUN DAH PENCEN...NIK AZIZ BILA LAGI .DIA DAH JADI MACAM MAHATHIR PENDAPAT DAN KOMENNYA BACKFIRED BANYAK JADI BAHAN KETAWA...SUJUD SYUKURLAH...KEKADANG MEJADI PEMBANKANG DALAM PAS,,, DAHLAH TU BAGI KAT HARUN DIN PULAK
BalasPadamjgn bercakap jika anda ilmu kosong di dada buat malu keturunan kamu. isu siapa ketua siapa pemimpin dlm pas bkn spt UMNO
BalasPadamcakap benar cakap dgn hati dn perut yg bersih buang segala taik busuk dlm perut kamu.najis yg busuk eloklah buang tinggalkan yg bersih dlm hati kamu
Hidup Pas
BalasPadamHidup Pas
Hidup Pas
Islam boleh
Salam.
BalasPadamSepatutnya PAS tukar Presiden.
Untuk membuat pembaharuan.
TGHA dah kira gagal.
Gagal kerana tak dapat kekalkan Terengganu.
Ramai muka2 baru yang ada.
Tukar bukan kerana tak suka.
Tukar kerana mahu kejayaan.
semua orang berilmu dan dituntut menerus mencari ilmu .. orang yang mengata orang lain tak berilmu sebenarya dia tak berilmu..kalau kita tak sependapat, kita syor kan pendapat kita , terang dengan fakta supaya orang boleh menerima,maka terpulanglah....untuk diterima atau tidak nabi pun hanya menyampai seruan islam ,terima atau tidak dia tak paksa, jauh sekali memaki hamun dan kata orang tak cukup ilmu..memang semua orang tak cukup ilmu termasuk tuan guru nik aziz,saya hanya taksub pada nabi MUHAMMAD S.W.A DAN TIDAK SESAKALI PADA MANUSIA
BalasPadam