script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Analisis Isu: Krisis Dan Kemelut Politik Di Negeri Perak, Terbukti Bahawa Segala Apa Yang Terjadi Kerana Memang PM Najib Yang Punya Angkara !!

Maka hari ini sejarah tercipta dan tercatat dalam politik Perak hatta negara kita sendiri. Belum pernah ada dalam sejarah satu sidang DUN yang mempunyai dua orang Menteri Besar dan dua orang Speaker DUN. Sesuatu yang tidak masuk dek akal fikiran manusia yang waras untuk memikirkannya. Namun, segalanya pasti berlaku kerana laungan "Malaysia Boleh" itu sebenarnya sudah sinonim dengan jiwa sebahagian besar rakyat Malaysia. Akhirnya, sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku terjadi jua akhirnya. Inilah sebenarnya natijah daripada apa yang dilihat di negeri Perak Darul Ridzuan sepanjang hari ini. Satu suasana yang kelam kabut dan bercelaru telah berlaku gara-gara sikap sebahagian manusia yang tidak mahu untuk berpegang di bumi yang nyata. Kerajaan negeri Perak yang diperolehi secara rampasan kuasa itu kini dijadikan "bahan ketawa" masyarakat dunia gara-gara keengganan pihak terbabit untuk patuh kepada undang-undang ciptaan puak-puak mereka sendiri. Maka akhirnya, segala peraturan dan perlembagaan yang sudah sedia termaktub itu diperkotak-katikkan begitu sahaja. Ramai yang menuding jari kepada Menteri Besar UMNO Perak, Dr.Zambry Kadir sebagai punca kemelut yang melanda hari ini. Ini berikutan tindakan Zambry yang tidak sabar-sabar untuk mengadakan sidang DUN, sedangkan kes mahkamah bagi memutuskan siapakan Menteri Besar Perak yang sah masih lagi berjalan dan tiada keputusan setakat ini. Adalah wajar, Zambry bersikap terbuka dan tidak terburu-buru mengadakan sidang DUN.

Institusi Raja Wajar Bersikap Profesional

Namun, dek kerana ego dan angkuh beliau tetap juga mengadakan sidang tersebut yang haru-biru dibuatnya hari ini. Semuanya angkara, sikap mereka yang mahu menunjukkan kuasa. Soalnya disini, apakah Zambry Kadir bersalah dalam hal ini?. Beliau mempertahankan haknya sebagai Menteri Besar Perak biarpun beliau sememangnya tahu yang status jawatanya itu masih lagi menjadi pertikaian. Anehnya, kenapa Sultan Perak tidak menggunakan budi bicara untuk menangguhkan sidang DUN ini. Sedangkan surat memohon perkenan menangguhkan sidang telah dihantar oleh Speaker DUN, V.Sivakumar sebelum itu. Tambah parah lagi, pabila Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pula berkenan untuk berangkat merasmikan sidang tersebut. Apakah kedua-dua mereka tidak menerima isyarat dari rakyat yang mahu sidang ditangguhkan. Malah rakyat Perak memberontak mahu supaya DUN itu sendiri dibubarkan dan mereka diberi hak untuk memilih kerajaan mana yang mereka percayai. Tetapi kenapa ini tidak berlaku?. Istana Perak seolah-olah membenarkan segala apa yang terjadi hari ini. Walhal, petanda awal akan berlaku kekecohan itu sudah diberika isyarat oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Justeru itu, sepatutnya Sultan Perak mengarahkan Zambry supaya menangguhkan dulu sidang DUN bagi memberi laluan kepada mahkamah membuat keputusan tentang kedudukan beliau sendiri. Namun, mengapakah semua ini "dipersetankan" dan akhirnya rakyat Perak disajikan dengan satu adengan yang cukup memualkan dan memalukan itu.


Bubar DUN, Tuanku perlu bersikap adil dan profesional kepada rakyat
Tiada apa lagi yang boleh diharapkan, bila Sultan Perak sendiri tidak nampak apa yang berlaku didepan mata baginda mutakhir ini bakal menjurus ke arah kehancuran kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Hasilnya, kejadian yang berlaku hari ini jelas sekali menyebabkan rakyat terus hilang kepercayaan kepada kerajaan yang sedia ada. UMNO dan BN dilihat akan terus gagal untuk mentadbir dengan baik kerana kuasa yang ada pada mereka hanyalah "secebis rasa" yang diperolehi menerusi "rampasan kuasa". Apa yang mahu dibanggakan sangat dengan kerajaan negeri Perak yang ada sekarang. Mereka hanya mendapat majoriti menerusi tiga ADUN bebas yang melompat dari Pakatan Rakyat kepada BN. Apa akan terjadi jika ketiga-tiga mereka melompat semula kepada Pakatan Rakyat?. Pergolakan politik "angka 28-31" ini akan berputar-putar begitu sahaja hinggalah pilihanraya umum akan datang berlaku. Akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa. Tindakan mengheret Speaker DUN V.Sivakumar keluar dewan dan menggantikan dengan Speaker baru R.Ganesan tidak akan menyelesaikan kemelut yang melanda sebenarnya. Tiada jalan lain untuk mengembalikan kepercayaan rakyat, melainkan pembubaran DUN dan pilihanraya kecil negeri diadakan. Tetapi mahukan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mendengar rintihan rakyat ini?.

Krisis Perak Najib Punya Angkara

Akhirkalam, setelah diamati betul-betul maka sahlah segala apa yang terjadi hari ini dan kemelut politik yang melanda Perak mutakhir ini semuanya adalah berpunca daripada Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang baru naik takhta itu sebenarnya. Najiblah yang empunya angkara hingga menyebabkan rakyat Perak merana dan menanggung sengsara. Masih kita ingat tatkala Najib menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak menggantikan Tajol Rosli dulu. Tidak sampai seminggu dua ADUN Pakatan Rakyat hilang dan dipercayai berada dirumahnya dekat Pekan Pahang. Kemudian timbul kisah kedua-duanya iaitu Jamaluddin Razi dan Othman Jailu tiba-tiba keluar dari Pakatan Rakyat dan bertindak menyertai Barisan Nasional. Kecoh dibuatnya, bila senario itu berlaku, ditambah lagi dengan seorang ADUN dari DAP Hee Yit Foong yang turut menyatakan sokongan kepada BN dalam satu pertemuan di Pejabat Najib dekat Putrajaya. Semua ini adalah satu permainan dan "trick" yang bakal membawa kepada kemelut politik Perak sebenarnya. Hasilnya, BN mengaku telah mendapat sokongan majoriti sedangkan tiga ADUN terbabit sepatutnya sudah meletakkan jawatan secara automatik. Dibantu oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akhirnya tiada pilihanraya kecil diadakan baik di DUN terbabit hatta negeri Perak sendiri. Inilah yang menyebabkan kemelut berlarutan dan kian parah. Banyak perkara teknikal yang menjurus ke arah kehancuran ini, antaranya pemecatan Menteri Besar Perak yang dibuat secara tidak berlandaskan perlembagaan dan Undang-Undang tubuh Negeri Perak sendiri. Hingga kini ia terus dipertikaikan dan masih dibicarakan. Begitu juga banyak adengan-adengan lain yang cukup membuatkan rakyat Perak kecewa dengan kemelut yang melanda ini sebenarnya.

Apakah kita yakin dan percaya, ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat itu tidak mendapat habuan daripada Najib?. Semua ini adalah satu rentetan perjalanan yangg cukup mendukacitakan dan tidak wajar berlaku. Kerajaan Pakatan Rakyat dirampas secara paksa tanpa mengikut perlembagaan. Sedangkan pembubaran DUN negeri Perak itu juga telah dihalang dan dipersendakan oleh pihak tertentu. Kuasa rakyat yang harus dikembalikan itu akhirnya menjadi satu "bahan jenaka" untuk dikenang oleh generasi akan datang. Akhirnya inilah yang berlaku hari ini. Najib selesa kerana kini sudah bergelar Perdana Menteri dan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak kepada Dr.Zambry Kadir. Namun, apakah segala yang berlaku ini tiada campurtangan Najib?. Kehadiran pasukan polis diluar dan dalam dewan untuk memantau perjalanan sidang DUN ini jelas sekali diatur oleh Kementerian Dalam Negeri. Siapakah menteri yang bertanggungjawan? Bukankah Hishamuddin Hussein iaitu sepupu Najib sendiri. Maka itulah, kita tidak hairan dengan laporan ada 300 orang polis berpakaian biasa yang dihantar masuk ke dalam dewan hingga menyebabkan tragedi hitam berlaku hari ini. Justeru itulah, wajar kita simpulkan bahawa apa yang berlaku di Perak ini adalah hasil percaturan "Najib Razak".

[Susulan daripada itu, apakah Najib akan membiarkan sahaja hasil tangannya itu dirampas semula oleh orang lain. Maka itu PDO yakin kes mahkamah tentang status Menteri Besar Perak yang sah bakal diputuskan Isnin ini pasti akan dimanipulasi oleh Najib Razak dengan segala kuasa yang ada. Begitu juga dengan keputusan MB Nizar untuk mengadap dan memohon pekenan Sultan Perak membubarkan DUN sudah pasti akan digagalkan oleh Najib. Mana mungkin segala ini akan berlaku, jika orang yang gila untuk berkuasa terus memegang tampuk pemerintahan negara. Janganlah bersedih atau berduka jika ia benar-benar berlaku. PDO amat bersimpati dengan nasib rakyat Perak yang terpaksa menerima kerajaan haram memerintah bumi mereka. Teruskan perjuangan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Pastikan tiada satupun kerusi yang akan dimenangi oleh BN dalam pilihanraya itu nanti. Kembalikan suara dan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapakah kerajaan yang mereka pilih].

Share:

30 ulasan:

  1. bn mmg bodo meluat tgk.ayoh rakyat perak hancurkn samseng bn ni.mnyampah.takbir...

    BalasPadam
  2. ya allah, ko turunkan bala ke atas bn yg menyebabkan suasana di perak huru hara. sultan dan raja muda perak, dimana ilmu dan kebijaksaan yg dipelajari sehingga membenarkan keadaan huruhara di perak..
    hingga nak sembahyang pun dihalang.. betapa menunjukkan tanda2 akhir zaman semakin hampir tiba..takbir....

    BalasPadam
  3. Kamu ni orang perak ke atau orang pahang ke???Sibuk hal negeri perak pulak. dah tak ada isu kat pahang kot!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Umnobn pun takut nak bubarkan dun dalam masa terdekat ni (Rakyat Perak 400% Marah giler.). Jika tak dak pak polisi dan fru yang tunggu, aku rasa lagi ramai Rakyat Perak memberontak. PR kena sabar dengan keputusan mahkamah yang pasti memenangkan zamri kecik tu. Cari strategi yang terbaik untuk merampas 100% di PRU13 nanti di PERAK. Kalau bijak Seluruh SEMENANJUNG.

    Hikmah kewujudan konflik di PERAK ini membuatkan rakyat yang tidak ambil tahu pasal politik, merapatkan diri mereka dengan sumber informasi yang ada di halaman maya. Jadi sebar-sebarkan KEBENARAN yang diperjuangkan.

    Semenjak konflik ini berlaku, cybercafe kat kampung aku sentiasa penuh. Semua mahukan maklumat yang sahih tepat dan padat. Agaknya mereka dah bosan dengan sumber TV yang banyak sembunyi fakta belit tengkok pembangkang dan ampu pemerintah.

    Perjalanan Perjuangan PR perlu diperhebatkan sehingga PRU13. Koreklah lubang rahsia permainan umnobn untuk rakyat yang disayangi.
    Semoga berjaya.

    "Digertak, Diiniaya dan Dicerca... Anak perak tertunduk diam membisu...Juak umnobn tinggi hidung mendabik dada... PRU13 Anak Perak BANGUN, juak umnobn hilang batu...'


    >>>BK<<<
    Ada setitis darah pahlawan yang mengalir.

    BalasPadam
  5. Kalau pemerintah bukan islam..camana islam nak maju???????????????

    BalasPadam
  6. Bagi laa BN memerintah Perak pulak ! Majoriti ADUNnya..islam !!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  7. aliran komunis dah menular dalam diri wakil rakyat PAS. yg tk reti hormat raja setahu aku komunis je. cina pun reti hormat raja

    BalasPadam
  8. majoriti adun BN bukan Islam..tapi Melayu..org Melayu x semestinya Islam. Elok lagi cina DAP yg hormat agama Islam dan ulamak. org melayu UMNO..nama jer Islam..tapi haprak...hiler betina, kuat minum arak, berjudi, rasuah..semua ada dlm diri mereka..nak biar mcm mana .. sebab itu masa depann generasi akan dtg punah biler puak2 umno perintah negara ni... sbb dia org ni..tahu buat duit jer..ini yg ditakuti dgt di Perak.. yg dia org tahu ialah projek3..itu yg zambry menggelupur sgt tu... jadi bersabar jer ler...aku org umno..aku tau ler..ciri2 spesis umno nii..hehhe..x lama dah nak pupus dr muka bumi tu..biarlarr dia giler meroyan ..

    BalasPadam
  9. Kami sebenarnya tak kisah kalau BN nak perintah perak. Perintahlah.. memang dulu pun BN yang perintah perak. Kami tak bantah pun.. Yang kami bengang sekarang ni ialah, cara BN ambil alih DUN. Itu bukan cara demokrasi. Sebab yang pilih adun bebas tu ialah rakyat. Kalau rakyat tahu yang adun bebas tu nak sokong BN, mesti rakyat tak undi depa masa PRU 12 ari tu. Bubar dun, buat pilihanraya negeri perak. Kami akan berpuas hati kalau pakatan kalah sekali pun dalam pilihanraya. Sebab kalah pakatan secara bermaruah. Keadaan sudah pasti tak akan jadi tegang macam sekarang. Tapi depa sengaja membiarkan keadaan jadi kucar kacir macam ni. Kecuali, DEPA TAKUT KALAH kalau buat pilihan raya..

    BalasPadam
  10. tahniah kepada polis yang dapat mengawal situasi di perak daripada huru hara disebabkan sesetengahnya angara spesis yang mengaku berpendidikan dan alim tapi tak mahu menurut perintah, bertindak hanya mengikut nafsu, hilang kesabaran. mengaku mengikut undang-undang tapi gagal mempraktikan. berasa mereka sahaja yang teranaya, marah jika kehendak mereka tidak diikuti tanpa memikirkan rakyat semua, justeru itu, lupa kuasa yang ada hanyalah sementara kerana setiap 5 tahun ada pru untuk menilai segala apa yang telah dibuat sementara berkuasa. kalau boleh mereka nak jadi raja agaknya...

    BalasPadam
  11. Buat Zambry, najib, dan geng2 umno, Kome mmg takde telur..

    BalasPadam
  12. UMNO mmg takde telur..balik2 buat laporan polis..sikit2 ngadu kat polis..

    BalasPadam
  13. sesedap hati dan rase je ko tuduh najib kasi habuat dekat 3 adun yang masuk BN..memfitnah ibarat mem bunuh..jadi insaflah kalian...kalu tak betul puas kalian di padang masyar nanti cari najib nak minta ampun..kalu tak di ampun..dineraka tempat kome tau hehehe

    BalasPadam
  14. YER...
    AKU SETUJU...
    DALAM UMNO BN BANYAK ORANG ISLAM...
    ISLAM MUNAFIK...

    BalasPadam
  15. Apalah PKR busuk ni, semua menyalahkan BN. Fahami peraturan dan proses undang-undang berkenaan. Ini tak, main hentam ikut hati dan nafsu dendam kesumat. Bilalah PKR ni nak belajar menghormati susuatu yg telah menjadi kebenaran yg telah melalui proses yg betul. Terimalah kenyataan. Jangan terbawa-bawa oleh ajararan sesat segelintir pemimpin yg umum tahu cara penyelesaian masaalah dengan tunjuk perasan jalanan, memfitnah diserata dunia. Selain dpd itu apakan sumbangan dan bakti anda kepada rakyat setakat ini? Banyak masa dihabiskan dgn perkara-perkara yg tak perlu. Rakyat menjadi mangsa dan terus diabaikan. Anda PKR sibuk dgn rampasan kuasa, MB haram, speaker haram dan pendek kata apa orng lain buat selain dpd PKR/PR semuanya haram. Yang sedihnya badut-badut yg bertelagah kebanyakannya MELAYU! Kesian sungguh dgn bangsa MELAYU!!!

    BalasPadam
  16. siapa munafik i8 belas cina dap di perak cina yang anti islam .pkr yang munafik .dengan melayu kata lain..dengan cina kata lain. haaaaaa anuar kepala munafik dulu kacau bn ..........ni PAS PULA YANG AKAN BERPECAH JADI MANGSA RAKUS NAFSU GILANYA...PAS WAJID TINGAL PKR DAN DAP...LEBIH MULIA BERSENDIRIAN.

    BalasPadam
  17. ORANG PKR JUGAK SILAP.

    BILA ADA JOM HEBOH HAMPA SKELUARGA DOK PI BAGI RAMAI.
    BILA ADA AKEDIMIK FANTASIA HAMPA
    HANTAR ANAK2 MASUK BERTANDING.
    BILA ADA ONE IN THE MLLION HAMPA
    SURUH ANAK2 HANTAR SMS BAGI SOKONGAN.

    BILA PEMIMPIN UMNO MASUK KAMPUNG JAMU RAKYAT MAKAN LEMBU, HAMPA PI RAMAI2.

    SEBENARNYA SEMUA MAJLIS UMNO PATUT
    DIPULAUKAN SAHAJA DAN KATAKAN TIDAK
    KEPADA UMNO DAN APA2 PROGRAM UMNO.

    BalasPadam
  18. Memang benar unsur-unsur PKR telah meresap kedalam PAS. Semua tahu siapa badut-badut PAS yg terlibat. Mereka ni adalah kader-kader PKR yg akan menguasai PAS. Mereka akan mengoyahkan PAS dengan konsep liberalismanya. Mereka akan memusnahkan ideologi asal PAS yg selama ini diterajui oleh golongan ulamak. Usaha yg amat bahaya ini akan memporak peranda dan memecah belahkan PAS untuk keuntungan individu yg berselera sonsang. Malah semua ini dilakukannya sbgai alat untuk memenuhi dan mencapai cita-citanya untuk menjadi PM. Dengan itu imej sonsangnya akan dibersihkan. Dengan itu juga kedudukannya sbg pendokong kuat Yahudi akan disahkan. PAS harus berhati-hati dan mengawasi gerak geri individu ini dan kader-kadernya. Kemusnahan bakal berlaku bukan sahaja pada PAS sbgai institusi parti islam terbesar dinegara ini, malah negara ini sendiri akan musnah oleh corak kepimpinan beliau yg telah dikuasai oleh musuh islam sejagat iaitu Yahudi. Sedarlah wahai saudara-saudara Islam sekalian!

    BalasPadam
  19. EHEM...WA TENGNOK....DUA-DUA ADA YANG TAK BETOL...TAPI KALAU WA JADI LOYER....WA RASA BN YANG TAK BETOIIII.....WA TAK NAK KUTUK APE-APE KANG KENE CEKUP...NAK KUTUK PUNG HANGPA SEMUA DAH TAU APE YANG NAK DI KATO.....JADI .....JOMLAH KITE UNDI SEMULO....BUKANNYA SUSAH PUNG.....ORANG BUTE DAN BISU PUNG TAU NAK SETTLE MASAAALAH NI...UNDI SEMULO...B GENTLEMENT......TAK GENTLE LA LU BRO...TAK COWBOYLAH MACAM NI.....AWAT YANG TAKUT SANGAT NAK UNDI SEMULO....DEYYY...ANAK TADIKA AKU PUN LA NI LAGI TERER DARI LOYER KORANG LA NI....KOMPIUS AKU DIBUATNYA...

    BalasPadam
  20. kepala gila pr menhantar yb pkr keTAIWAN untuk berlajar cara kurang ajar didewan untuk dilaksanak didewan mulia PERAK SEMALAM.PAS TERPERANGKAP...KELUAR CEPAT

    BalasPadam
  21. MELAYU PR PERAK MEMANG BODOH BAB KIRA2.MELAYU PERAK SOKONG UMNO tau jangan tak tau, SEBAB ITU UMNO DAPAT 28 KERUSI.PAS DAN PKR ,HANYA DAPAT 10 KERUSI..TU PUN UMNO LEBIH 18 KERUSI, NI KITA HANYA CAKAP BAB MELAYU PERAK ,JELAS RAKYAT MELAYU PERAK SOKONG BN...DI BUKIT GANTAN HAPA MEROSOK UNDI 43% awat bodoh sangat...yang sokong lani bukan rakyat perak,,,cuma hampa hardcore gila anuar

    BalasPadam
  22. Anonymous umno keparat said...

    majoriti adun BN bukan Islam..tapi Melayu..org Melayu x semestinya Islam. Elok lagi cina DAP yg hormat agama Islam dan ulamak. org melayu UMNO..nama jer Islam..tapi haprak...hiler betina, kuat minum arak, berjudi, rasuah..semua ada dlm diri mereka..nak biar mcm mana .. sebab itu masa depann generasi akan dtg punah biler puak2 umno perintah negara ni... sbb dia org ni..tahu buat duit jer..ini yg ditakuti dgt di Perak.. yg dia org tahu ialah projek3..itu yg zambry menggelupur sgt tu... jadi bersabar jer ler...aku org umno..aku tau ler..ciri2 spesis umno nii..hehhe..x lama dah nak pupus dr muka bumi tu..biarlarr dia giler meroyan ..

    ---------------------

    isk sokong sokong dap no..konon hormat islam ..pirahhhhhhhhhhhh..yg karpal awal2 mengaku tak akan terima Islam apa kejadahnya bro... otak dok lutut ke...

    BalasPadam
  23. ko sebut tadi pasal cina..karpal tu cina ker aper? bodoh...aku kata Cina DAP..ko yg sebut Cina DAP...Karpal kepala hotak hang... nak cakap x tgok2...stkat karpal tu apa nak kisah..dia sorg2 jerr...tapi elok lagi dari puak-puak UMNO yg berjuta2 x hormat ulamak. hukum hakam ikut kepala lutut digubal..akhirnya org marah kat Najib na kroni2 dia sbb bebal pasal anak kaum lain yg masuk Islam tak perlu ikit agama bapanya itu... Islah Hadhahri penggalak maksiat..cuba ko tgok kat disko, pub, kelab malam, karaoke..ada anak org Pakatan Rakyat ker pergi situ..melainkan anak2 puak2 UMNO keparat..hahhaa..aku tau larr..bapak aku pun pegi skalii..minum arak, main judi, rasuah, pelacur..betina sundal tu dah jadi makanan puak-puak UMNO..persidangan UMNO..habis puteri UMNO disambar dek pemuda UMNO..siap tukar2 bilik lagi..hehhe..mcm ler aku tak tau..aku perwakilan UMNO tiap2 tahun...aku tahu lerr..tambah2 kat Hotel Legend The Mall...maknanya seks bebas ni mainan puak2 UMNO jerr...tak payah nak tutup citer ler...UMNO dulu kini dan selamanya, tak sedar diri..

    BalasPadam
  24. la bapa ko pun pi minum arak, main judi...isk ko tak nasihatkan dia ke... Allah ... tu pun ko nak nasihat kat org...

    BalasPadam
  25. Sungguh heran kennapa puak PKR ni sayang sangat pada DAP yg terang2 anti Islam. Mungkin mereka ni (PKR) dah dirasuah oleh DAP. Iaitu DAP telah bagi muka pada PKR/PAS dengan memberi laluan pada Melayu jadi MB (atas alasan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak). Kira dah termakan budi lah tu..Mereka ni tak sedar orang pertama yang akan menghapuskan mereka ialah "saudara" mereka sendiri nanti iaitu saudara politik mereka dari DAP. Percayalah ini akan berlaku! UMNO tidak akan membunuh saudara seagama mereka. Percayalah ini akan berlaku juga! Bab maksiat tu ia berlaku dimana-mana. Jangan lupa pemimpin agung anda a.k.a de facto pun pernah buat maksiat! maksiat sonsang lagi...bukan sekali, banyak kali..so apa nak cakap? Sedih dan kesian bila terkenangkan kumpulan Melayu yg tak sedar diri ni. Oleh kerana terdesak, kumpulan Melayu ni sanggup menjilat ludah yg pernah diludahkan pada DAP, menghalalkan apa yg haram (spt kes al juburi) mengharamkan apa yg sah dan halal(spt apa yg telah berlaku di DUN Perak). Walau apa pun puak-puak al juburi ni tak akan menerima apa-apa kenyataan dan kebenaran kerana hati mereka telah tertutup dan terkunci rapat oleh kekotoran yg amat hitam pekat yg penuh dgn dendam, amarah, dan hasad dengki..Kesian Melayu!

    BalasPadam
  26. TIADA PEMERINTAH ZALIM SPT UMNO/BN YANG SELAMANYA KEKAL BERKUASA DI DUNIA. SEJARAH TELAH MEMBUKTIKANNYA. SOEHARTO, F. MARCOS SEMUANYA TUMBANG DI TANGAN RAKYAT. JADI BERSABARLAH RAKYAT SEKALIAN, GILIRAN UMNO/BN AKAN TIBA JUA AKHIRNYA.

    BalasPadam
  27. Mudah jo nak bagi petunjuk kat depa yang mana betoi yang mana salah. Tunggu jeerr pilihanraya kecik ko,umum ka,negeri ko, pangkah jo yang mana betoi. wat pa kito pening kepalo. depa gaduh pong dalam dewan, luaq depan depa kongsi rokok yo, make depan-depan muka, kito jo dok bising.Bab polis pula pie la jaga yg utama byk gi hang keno jago, byk kes hanpa kena jaga, rempit ka, syabu ko, ragut ko,culik budak ko, Jgn cari namo jo. Kejo keno ikhlas, sat gi anak make duit tak guna, otak jadi beku tak leh belajo. banyak dah kawe tengok doh.

    BalasPadam
  28. LENGGONG KPG SIRA CUCU YEOPSabtu, Mei 09, 2009 9:48:00 PG

    sokong, pr melayu perak memang bodoh bab kira ,JANGAN MARAH SILA TELITI
    kerusi melayu yang dimenang di perak.umno 28 pas + PKR 10, MAKA KERUSI DUN MELAYU ADA 38,DIPERAK.ITULAH MERUPAKAN KEKUATAN MELAYU DI PERAK DAN JELAS UMNO 28 - PR 1O =18 MASIH UMNO LEBIH..MAKA SAPA KATA RAKYAT MELAYU PERAK SOKONG PR ,TERIMA DENGAN HATI TERBUKA..SATU KIRA2 YANG AMAT MUDAH.BUDAK SEKOLAH PUN PAHAM

    BalasPadam
  29. BUDAK SEKOLAH PUN FAHAM YANG HARAM TETAP HUKUMNYA HARAM, MBH HARAM!!!

    BalasPadam
  30. Sememangnya Umno-BN Perak memang gila.Ianya mesti di ajar pada PR13 nanti.Dan untuk pengetahuan penyokong2 membuta tuli Umno-BN jangan dok risau sudah semestinya MB Kudeta Zamri lah yang akan di tabalkan menjadi MB Perak.Mahkamah tak bagi tau lagipun kami dah boleh tahu dah keputusan tu......Tunggu je lah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.