script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Seminar ANAK Peringkat Kebangsaan, Tujuh Resolusi Diluluskan Bagi Membawa Satu Perubahan Besar Kepada Para Peneroka Felda !!

SEGAMAT [4.00 pm] - Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) hari ini mengadakan Seminar ANAK Peringkat Kebangsaan. Menurut Presiden ANAK, Saudara Mazlan Aliman, program sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah diadakan di Dewan Cina, Kg.Abdullah, Segamat Johor. "Seminar ini bertujuan untuk membuktikan senario semasa dimana Felda sudah mula menyeleweng dari matlamat asal penubuhannya dan kini telah menyisihkan generasi muda itu sendiri" katanya. Perasmian akan dilakukan oleh YB Dato' Ir.Amiruddin Hamzah, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah. Manakala itu pembentangan kertas kerja pula akan dibuat oleh Tn.Hj Suhaimi Said, Peguambela dan peguamcara serta aktivis masyarakat yang cukup terkenal dikalangan peneroka Felda. Beliau akan membentangkan kertas kerja bertajuk "Status Peneroka Di Bawah Akta GSA 1960, Implikasi Dan Masa Depan". Sementara itu, pembentangan kertas kerja kedua pula akan dibuat oleh Bekas Pegawai Kanan MPOB iaitu Encik Razali Ithnin. Beliau akan mengupas tajuk "Prosedur Permohonan Lesen MPOB Dan Formula Penetapan Harga Tanda Segar (BTS)". Turut akan diadakan ialah sessi dialog tentang isu-isu semasa masyarakat Felda. Suara dan pandangan peserta akan diungkapkan dalam satu memorandum dan resolusi yang akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Noor.

Antara natijah dari resolusi yang telah dicapai tersebut ialah menggesa Felda menukarkan status tanah Felda dari GSA kepada Free Hold, memansuhkan Technoplan dan digantikan dengan Koperasi Felda bagi membolehkan pekerja dari generasi kedua mengusaha projek itu, memansuhkan Felda Plantations yang jelas lari dari matlamat asal Felda, mengadakan skim pinjaman perumahan segera untuk membolehkan generasi kedua mengisi lot kosong dengan mudah, melantik penasihat guaman ANAK, menggesa pihak MPOB lebih telus menentukan standard harga sawit Felda selaras dengan harga pasaran di luar dan meluluskan permohonan dari peneroka untuk tujuan berkaitan serta yang terakhirnya mengadakan perhimpunan aman di Ibu Pejabat Felda yang akan dihadiri oleh ribuan penerokan untuk mendesak perkara yang dibangkitkan itu diberi perhatian. Perhimpuan aman bakal dibuat sekiranya pihak Felda termasuk Perdana Menteri sendiri gagal memberi perhatian kepada resolusi yang bakal dihantar itu nanti. Mesyuarat berakhir sekitar jam 5.00 petang
[Pihak PDO menghantar krew panas kami iaitu Blogger Cucumatkilau untuk memantau perjalanan seminar itu di sana. Justeru itu kepada warga Felda dan rakyat Johor yang ingin bertemu dengan Cucumatkilau bolehlah berada di lokasi terbabit hari ini. Beliau akan turut bertemu dengan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat Johor bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan kemelut dan permasalah rakyat Malaysia hari ini. PDO berharap agar seminar ini dapat berjalan dengan lancar dan berjaya membentuk gagasan baru bagi mendesak Felda kembali kepada matlamat asal penubuhannya di zaman Tun Razak dulu. Generasi muda harus diberi perhatian dan tidak wajar disisihkan demi masa depan para peneroka sendiri. Untuk maklumat krew kami Cucumatkilau juga adalah anak Peneroka Felda dari Jengka 7 Pahang].
Share:

5 ulasan:

  1. Anonymous Anonymous said...

    Dah 30 tahun bayar hutang, masih tak selesai jugak. Bayar berapa ringgit sebulan? Kalau setakat 20 ringgit sebulan smpai bila nak habis. Felda dah banyak habiskan duit nak membela peneroka ni. Dari hutan belantara dah dijadikan satu perkampongan lengkap dgn ekonominya. Tanah yg diusahakan dah diberi hak milik. Cuma sikap azali manusia yg memang susah nak berubah. Terutamanya dikalangan generasi ke 3 ni yang sangat reformis konon. Walhal apa yg ada pada mereka sekarang adalah hasil peluh keringat dari generasi pertama dulu iaitu datuk nenek atau mak bapak mereka. Malah generasi pertama inilah yg telah mencurah khidmat bakti sehingga beroleh kesenangan yg dinikmati oleh generasi peneroka sekarang. Generasi sekarang hanya tahu untuk merungut dan komplen. Mereka ni tak pernah merasa kesusahan yg telah dialami oleh golongan generasi dulu. Sedarlah, insaflah, dah banyak kesenangan dan kenikmatan yg telah dianugerah oleh Tuhan. Sesekali apa salahnya kita bersyukur kehadrat Ilahi yg telah memberi kemudahan kpd kita semua. Dan bila berseminar janganlah dijadikan seminar itu sbg platform utk. memfitnah dan memaki hamun orng atau individu tertentu. Berseminarlah dgn berhemah dan objektif tanpa bermotifkan politik. Buatlah rumusan dan resolusi yg konstruktif utk kebaikan semua yg terlibat..

    BalasPadam
  2. generasi pertama pun bukan susah sangat, bukan diaorang yang tebang hutan, bina rumah cuma masuk kerancangan semua dah sedia.ada setengah tu,kerjanya kurung pegawai, curi lembu, berjudi,ada yang tidak tahu kebun sendiri dimana, bela pendatang suruh kerja ladang, asyik bangkang pengurusan rancangan, tidak bersyukur.orang kampong ada yang lebih susah.felda banyak bagi muka pada peneroka.

    BalasPadam
  3. nak mengkritik ni memang mudah, nak melaksanakan memang payah....

    BalasPadam
  4. Sebenarnya peneroka2 kat malaysia ni,tak payah shushah, shushah nak gi noreh ka, nak gi kait buah ka?

    Jaman dah berubah Pak, kasi saja pada kami, warga indon untuk menguruskannya, kalau bapak2 warga felda punya cewek2, kawinkan saja dengan kami, sebagai menantunya pak, kami bisa menguruskan ladang anak bapak dan ladang2 bapak.

    warga indun bisa membantu, ya pak.
    bapak2 duduk saja diwarung kopi, mainnya, apa tu, dipangilnya dam aji atau bersantai saja dikedai kopi berstatuskan Kopi Janda, tak gitu yang Pak.

    Jaman sudah berubah,
    warga felda jugak perlu berubah.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..
    Email di bawah telah dihantar kepada penduduk2 Malaysia di Jeddah& Mekah. Kami difahamkan restoran tersebut cuma beroperasi beberapa bulan sahaja selepas dirasmikan oleh PM kita sekarang DS Najib. Sampai sekarang tak beroperasi lagi!!Buat malu orang malaysia betul!! Tentu Felda dah rugi berjuta2 RM.Minta editor PDO buat siasatan lanjut... DI MANA SILAPNYA dan dedahkan kepada rakyat terutamanya kepada ANAK.




    Sent: Monday, January 12, 2009 8:53:25 PM
    Subject: NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA FOOD COURTS FELDA D'SAJI MAKKAH

    السلام عليكم ورحمةالله وبركاتة

    TUAN SEMUA,

    DIMAKLUMKAN BAHAWA FOOD COURTS FELDA D'SAJI, MAKKAH DITUTUP SEMENTARA UNTUK KERJA BAIKPULIH DAN HAL BERKAITAN PENTADBIRAN.

    MULAI HARI INI 12 JANUARI 2009 SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.

    INSYALLAH, MAKLUMAN SEGERA AKAN DIBUAT APABILA KAMI SEDIA BEROPERASI SEMULA NANTI.

    POHON JASABAIK TUAN JUGA UNTUK FORWARD EMAIL INI KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA SEKITAR MAKKAH

    UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KETIDAKSELESAAN KEPADA PELANGGAN KAMI.

    SOKONGAN SEMUA PIHAK SELAMA INI TERAMAT KAMI HARGAI.

    SEKIAN

    WASALAM

    ISMAIL SAMINGIN

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

‘Dato Scammer’ Si Mohammad Haromen Zaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Termasuk Kes Pukul Mentua Dan Tipu Projek Pasir, Kini Cuba Fitnah Menteri Besar Pahang Demi Wang !

Beberapa siri video seorang pengguna tiktok Profesor Penyamun Malaya atau dikenali sebagai Dato’ Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi seorang ‘...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.