script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Semasa: Misi Tawan Pahang PRU Ke-13, Parti Keadilan Rakyat Bahagian Indera Mahkota Tubuhkan Satu Lagi Pusat Khidmat Masyarakat !!

INDERA MAHKOTA- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Indera Mahkota telah membuka satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semambu di Indera Mahkota semalam. Majlis perasmian yang sepatutnya dibuat oleh Azmin Ali, Naib Presiden PKR telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Tuan Syed Mohammed Tuan Lonik (ADUN Beserah), Saudara Wak Rabidin (Ketua PKR Bahagian Rompin) dan Ketua Cawangan PKR Indera Mahkota Tuan Syed Talib Syed Abd Rahman. Program yang bermula sekitar jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang itu telah dihadiri oleh para pemimpin setempat dari PAS, PKR, KRT dan orang ramai. Cuaca yang agak tidak mengizinkan menyebabkan ramai penyokong Pakatan Rakyat yang tidak dapat hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan. Namun begitu iai berjaya juga diadakan dengan jayanya.

Dalam ucapan aluan, Dato' Fauzi (foto) banyak menyentuh soal lebih banyak cawangan PKR akan dibuka terutamanya di kawasan felda dalam masa terdekat ini. Menurut beliau, selepas PKR berjaya menembusi perkampungan Felda Panching Selatan, kemudian Panching Utara selepas itu. Maka angin perubahan yang bertiup kencang kini PKR juga akan membuka cawangannya di Felda Bukit Goh, Bukit Sagu, Bukit Kuantan serta lain-lain di kawasan parlimen Paya Besar. "Penerimaan daripada masyarakat Felda amatlah menggalakkan sekali. Bahkan ramai pemimpin UMNO setempat yang sudah muak dengan parti itu kini sudah mula menunjukkan minat untuk bersama PKR dalam Pakatan Rakyat. Kita menjangkakan selepas ini lebih ramai warga Felda akan bersatu dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti" katanya. "Pakatan Rakyat sebenarnya bukan mahu menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diwar-warkan, tetapi kita berhasrat untuk membentuk kerajaan sebenarnya. Gelombang perubahan sudah jelas dapat dilihat dimana-mana, bahkan kita amat yakin bahawa negeri Pahang bakal tumbang dalam pilihanraya umum akan datang" katanya.

Antara pemimpin dan orang ramai yang turut hadir dalam majlis itu

AJK PKR Bahagian Indera Mahkota bergambar kenangan selepas perasmian

Tetamu jemputan turut diraikan dalam satu majlis jamuan makan

Menyentuh tentang persoalan hudud, menurut Dato' Fauzi hudud kini menjadi satu agenda baru BN untuk memenangi hati rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu tidak lama lagi. Justeru itulah mereka menggunakan media arus perdana untuk menunjukkan bahawa terdapat perpecahan yang ketara dalam Pakatan Rakyat selepas isu itu dimainkan. "Mereka mempunyai media arus perdana untuk menghentamk kita. Sedangkan kita tidak mempunyai medium yang cukup untuk menjawab balik segala tohmahan tersebut. Cuba bayangkan jika kita boleh menggunakan media arus perdana itu. Lebih banyak perpecahan sebenarnya yang berlaku dalan BN antara UMNO, MCA dan MIC itu sendiri. Namun rakyat sebenarnya sudah bijak menilai sesuatu isu yang dibawa itu sebenarnya. Tentang isu Hudud yang dibawa oleh parti PAS pula, saya yakin dan berharap apa yang dibawa oleh parti itu diterima baik oleh semua agama kerana perlaksanaan hukum itu tidak kejam seperti yang diperkatakan selama ini. Sejarah Islam menunjukkan yang perlaksanaan hukum Hudud itu sendiri membawa kemakmuran dan kemajuan terhadap tamadun Islam yang dibina oleh Rasullullah SAW serta para sahabat" katanya.

Dato' Fauzi juga banyak menyentuh soal pembaziran dan negeri Pahang yang kini sudah diambang "muflis" jika tidak diselamatkan. Justeru itu langkah terbaik yang perlu sekarang ialah melakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang. Turut menyampaikan ucapan pada hari tersebut ialah YB Azan Ismail (foto). Beliau lebih banyak menyentuh soal ekonomi dan berharap supaya rakyat dapat bersedia untuk menghadapi keadaan ekonomi yang lembap dan setersunya mampu menggugat perbelanjaan terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. "Pelbagai langkah dan perancangan perlu diatur agar sebarang masalah berkenaan ekonomi dapat diatasi dengan baik serta tidak mengganggu kehidupan rakyat. Ibubapa juga perlu memainkan memainkan peranan penting bagi membina generasi berilmu dan berkahlak mulia bagi menjayakan agenda pembangunan negara pada masa akan datang" katanya.

[Sesungguhnya, kami melihat sokongan dan perubahan besar rakyat kini sudah semakin ketara dan dizahirkan. Jika dulu, ramai pihak yang gemar bersembunyi dari berhadapan dengan kenyataan. Namun kini mereka sudah bijak dan berani untuk mempertahankan prinsip masing-masing. Apa yang jelas, perubahan semakin ketara sejak Dato' Fauzi mengambil alih tampuk kepimpinan PKR Pahang baru-baru ini. Agenda beliau jelas dapat dilihat dalam usaha untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada rakyat Pahang tentang mengapakan mereka perlu menolak kepimpinan kerajaan negeri sedia ada sekarang ini].

IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

Share:

13 ulasan:

  1. Tahniah diucapkan. Kita sama-sama meneruskan perjuangan rakyat, jangan ada yang undur!

    BalasPadam
  2. PKR Kuala Krau mengucapkan tahniah kepada PKR Bahagian Indera Mahkota dengan penubuhan satu lagi Pusat Khidmat Rakyat di Bahagian tersebut.

    Ab. Kadir Abd. Manap
    Ketua Penerangan
    PKR Bahagian Kuala Krau
    Pahang.

    BalasPadam
  3. salam,
    jgn berangan2 tinggi sangat..nnt jd mat jenis..bedebub jatuh, sakit! yg penting skg buktikan kepada umum, jgn kpd pengikut2 yg jumud sahaja,buktikan pkr memang berjuang untuk memertabatkan melayu dan islam..buktikan dgn perbuatan, bukan cakap2 sahaja..kalau dgr ckp2 idola pkr mmg teruja tp cuba lihat apa dia buat dibelakang kita..tguk youtube bagaimana dia kotak katikkan islam untuk kepentingan diri sendiri,yahudi dan amerika..mengucap dan beselawat banyak2..cuba berfikir dgn tenang, jgn berfikir kerana hanya dendamkan umno sahaja..

    BalasPadam
  4. Keris Panjang,

    Nape mu ni perut busuk,
    tak abis2 dok sakit hati kat pr,
    nampek ye orang jenis keris ni
    memang hati perut jenis tak baik
    kot. mu ingat hanya umno je dalam
    kepala otak mu, kalau nak ameno
    saje prentah malaysia ni. Tak yah la
    buat pilihanraya, buat satu parti saje.

    BalasPadam
  5. keris panjang sudah-sudahlah kamu faham tak soal politik pemimpin dilantik oleh rakyat sepatutnya berkhidmat kepada rakyat bukan jadi kaya raya kamu tak faham yang faham umno sahaja minta-minta UMNO tumbang satu hari nanti

    BalasPadam
  6. nak jawab si keris panjang,

    Kalau nak cakap pasal Islam....politiknya...bolih rojok Mohammad al Ghazali...buka bab...negara Islam...,dulu Chek Dek ambil sedutan untuk ucapan perhimpunan Umno..tapi dia pungut sikit2 aja!@!@@!!!@@

    Berlapang dada terima kenyataan yang Islam tu bukan hanya Umno...kena dok perbetoi banyak lagi...

    BalasPadam
  7. nak jawab si keris panjang,

  8. nak jawab si keris panjang,

  9. nak jawab si keris panjang,

  10. nak jawab si keris panjang,

    Kalau nak cakap pasal Islam....politiknya...bolih rojok Mohammad al Ghazali...buka bab...negara Islam...,dulu Chek Dek ambil sedutan untuk ucapan perhimpunan Umno..tapi dia pungut sikit2 aja!@!@@!!!@@

    Berlapang dada terima kenyataan yang Islam tu bukan hanya Umno...kena dok perbetoi banyak lagi...

    BalasPadam
  11. nak jawab si keris panjang,

    Kalau nak cakap pasal Islam....politiknya...bolih rojok Mohammad al Ghazali...buka bab...negara Islam...,dulu Chek Dek ambil sedutan untuk ucapan perhimpunan Umno..tapi dia pungut sikit2 aja!@!@@!!!@@

    Berlapang dada terima kenyataan yang Islam tu bukan hanya Umno...kena dok perbetoi banyak lagi...

    BalasPadam
  12. nak jawab si keris panjang,

    Kalau nak cakap pasal Islam....politiknya...bolih rojok Mohammad al Ghazali...buka bab...negara Islam...,dulu Chek Dek ambil sedutan untuk ucapan perhimpunan Umno..tapi dia pungut sikit2 aja!@!@@!!!@@

    Berlapang dada terima kenyataan yang Islam tu bukan hanya Umno...kena dok perbetoi banyak lagi...

    BalasPadam
  13. nak jawab si keris panjang,

    Kalau nak cakap pasal Islam....politiknya...bolih rojok Mohammad al Ghazali...buka bab...negara Islam...,dulu Chek Dek ambil sedutan untuk ucapan perhimpunan Umno..tapi dia pungut sikit2 aja!@!@@!!!@@

    Berlapang dada terima kenyataan yang Islam tu bukan hanya Umno...kena dok perbetoi banyak lagi...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiada Perancangan Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Untuk Memberi Laluan Kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Setakat Ini

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.