KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden KeADILan, Syed Husin Ali akan mengetuai kira-kira 3000 ahli KeADILan ketika berarak bagi menyokong calon Pas pada penamaan calon esok di Kuala Terengganu. Menurut Naib Presiden KeADILan Mustafa Kamil Ayob yang juga memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil P36 Terengganu bagi KeADILan, kira-kira 3000 ahli KeADILan akan bersama-sama pemimpin akan hadir esok. “Kami difahamkan kira-kira 3000 ahli KeADILan dari seluruh Malaysia akan hadir esok dan ianya akan dipimpin oleh Dr Syed Husin,” katanya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umum, Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan berdiri teguh menyokong calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan akan berusaha bagi memastikan calon Pakatan Rakyat ini terpilih mewakili rakyat di Parlimen kelak. “Kita yakin dengan pengalaman beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di Wakaf Mempelam selama lima penggal, inshaallah kemenangan akan berpihak kepada kita,” menurut Anwar. Anwar yang kini berada di Turki dijadualkan pulang dari negara berkenaan hari ini, dan akan merasmikan Bilik Gerakan Utama KeADILan di dun Bandar, Kuala Terengganu esok.
Menurut laporan media, BN akan mengharungi saingan di bawah tema “BN Mesra Rakyat” manakala PAS membawa tema “Perubahan Untuk Kemenangan Rakyat”. Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga Adun Wakaf Mempelam diumumkan calon Pas pada 1 Januari lalu akan menetang hebat calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Selain itu, beberapa laporan media turut menyebut dua calon Bebas termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin dan seorang dipercayai daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad. Penamaan calon telah ditetapkan esok manakala hari pembuangan undi jatuh pada 17 Januari dengan masa berkempen selama 11 hari. Sesi penyerahan borang penamaan calon akan dibuat pada jam 9 hingga 11 pagi di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.
[Teringat kita semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu. Sejak awal-awal lagi pemerhati sudah melihat bahawa PKR bakal menumbangkan BN di sana. Ini berdasarkan kepada sokongan ribuan rakyat yang turut dari segenap pelusuk negara untuk memberi sokongan kepada Anwar. Bahkan, terkadang kita merasa kasihan dan simpati melihat sokongan rakyat yang begitu jelas tidak mahu lagi kepada BN. Bukan sahaja semasa hari penamaan calon, malahan juga turut melibatkan ceramah-ceramah BN yang diadakan di sana. Apakah fenomena yang sama akan berlaku pula di Kuala Trengganu. Kami mendapat maklumat dari "orang dalam BN" bahawa Calon Bebas "Tok Mun" mendapat belanja RM30,000 semasa bertanding dalam pilihanraya umum lalu. Apakah kali ini ramai lagi calon-calon bebas akan ditaja oleh UMNO dan BN bagi memecahkan undi di Kuala Trengganu nanti?].
Tempahan Blog Usahawan: Anda Mempunyai Bisnes Atau Produk?, Ingin Pasarkan Secara Online Dan Membuat Tempahan Iklaneka Di Pahang Daily Online?. Kami Sedia Membina Blog Web Perniagaan Anda Dengan Kadar Serendah RM300 Sahaja. Siap Dalam Masa 3 Hari Bekerja. Jika Berminat Sila email pahangdaily@yahoo.com Untuk Info Lanjut.
Makan Pun Dapat Duit: Percayakah Anda, Dengan Hanya Mengajak Kawan Anda Makan Di Rangkaian Kedai Kami Yang Berhampiran. Anda Akan Mendapat Duit Lumayan. Tidak Rugi Menyertai Kami. Modal Hanyalah Apa Yang Anda Belanjakan Setiap Bulan. Ganjaran Hebat Income Sehingga Enam Angka Sebulan Jika Anda Sertai Kami. Partnership Di Perlukan Di Seluruh Lembah Kelang Kuala Lumpur. Berminat Sila Klik SMS Nama & Alamat Anda Sekarang. Taipkan
Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan
[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]






Rakyat Terengganu telah menolak kerajaan zalim PAS semasa memerintah Terengganu selepas PRU 10 kerana anak-anak dihalau dari Tadika Kemas. Maka pengundi-pengundi P.036 Kuala Terengganu jangan mengundi pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan Pakatan Pembangkang.
BalasPadamTerima Kasih rakyat Negeri Perak kerana bertekad tidak akan memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang dalam PRU 13 nanti.
Sila baca lagi di : http://warisanpahang.blogspot.com/2009/01/tabika-kemas-ditutup-bukti-kezaliman.html
Rakyat Terengganu hari ini adalah rakyat yang mempunyai impian dan harapan. Tahu menilaikan antara rasuah dengan sedekah.
BalasPadamRakyat Terengganu hari ini sedang mendengar janji kosong dari penceramah dan kaki kelentong yang diupah.
Rakyat Terengganu hari ini sedang menilai apakah benar seperti yang dikatakan oleh warisan pahang ini, atau warisan pahang ini sedang main wayang kulit....?
Rakyat Terengganu hari ini juga tahu bahawa UMNO dalam keadaan huru hara kerana kehadiran pemimpin yang banyak bercakap di Kuala Terengganu bukan berkempen untuk Wan Farid tapi mereka berkempen untuk diri mereka sendiri agar terpilih jadi calon merebut jawatan dalam parti bulan march nanti.
tadika kemas perlu diperkasakan dengan menukar sistem dan termasuk cikgunya kalau nak dibuka semula
BalasPadam