script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ISA: Tahanan Zalimi Diri Sendiri, Kenyataan Celupar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri !!

Celuparnya mulut Menteri UMNO si Zahid Hamidi dalam memperkatan perihal ISA. Dalam satu ucapannya di Kota Bharu semalam, beliau mengatakan kerajaan tidak pernah menganiayai tiga individu terbaru yang ditahan di bawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam, sebaliknya mereka yang menzalimi diri sendiri apabila ada di antaranya tidak mengendahkan pelbagai peringatan yang diberikan sebelum ini. Beliau berkata, dalam tindakan itu, polis tidak menyalah gunakan kuasa mereka kerana ia bertujuan untuk menjaga dan mengembalikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Sehubungan itu, beliau turut berpendapat agar polis memperluaskan lagi penahanan individu yang menyentuh isu sensitif yang mencabar Perlembagaan Persekutuan mengikut ISA dan tidak mengehadkan kepada tiga orang sahaja.
"Tidak wajar hanya dikenakan (akta ISA) ke atas tiga orang sahaja kerana yang timbulkan perkara sensitif ini ramai lagi termasuk pengendali blog. Polis telah beri amaran sebelum ini, tetapi tidak diendahkan dan apabila tindakan diambil, maka mereka mengatakan kononnya bahawa polis dan kerajaan zalim. Mereka yang menzalimi diri sendiri kerana tidak mengendahkan amaran,’’ katanya.
Sesungguhnya kenyataan Zahid itu amat bertentangan dengan apa yang diperkatakan oleh Pak Lah sebelum itu. Pak Lah mengatakan bahawa tiada lagi tangkapan ISA akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Namun, Zahid pula "menggertak" supaya diperhebatkan lagi tangkapan terutamanya yang melibatkan penulis blog. Inilah dia mentaliti puka-puak UMNO karat ini, mereka sebelum ini beriya-iya tidak akan menyekat laman web dan media alternatif dalam menyiarkan apa jua isu. Namun kini lain pula jadinya !. Arahan itu digunakan untuk menakut-nakutkan para blogger menyampai sebarang maklumat kepada rakyat. Kita doakan semoga kerajaan BN ini cepat sikit tumbangnya untuk kita pula "menahan" mereka ini yang begitu celupar dan tidak mengenal erti kebebasan bersuara dalam sebuah negara demokrasi.
Mereka fikir mulut pembangkang boleh ditutup sesuka hati. Walhal dalam masa yang sama pun mereka berperang sesama sendiri dalam "menegakkan benang yang basah". Maknanya ada pro dan kontra dalam apa jua isu. Namun, jika ia melibatkan parti pembangkang maka kita akan dituduh pengkhianat serta menaburkan fitnah. Rasanya elok juga fitnah ditabur untuk memberi pengajaran kepada para pemimpin yang menindas rakyat. Supaya rakyat timbul kesedaran untuk tidak lagi terus menyokong BN dalam pilihanraya umum akan datang.
[Memang benar kata Zahid tahanan ISA menzalimi diri sendiri, sebab mereka bermaruah. Bukan seperti beliau yang baru digertak dalam tahanan ISA tidak sampai pun 60 hari akhirnya "patah semangat perjuangan" dan kembali menyokong pemimpin yang "khianat" serta penuh dengan penyelewangan. Walhal, Zahid Hamidi adalah antara pemimpin UMNO yang dikatakan mempunyai hubungan paling rapat dengan Anwar dulu. Banyak rahsia antara mereka berdua]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Tegur Pemimpin Tukar Pendirian Ikut Musim, Pelarian Masuk Atas Dasar Kemanusian Kini Berani Kemuka Pelbagai Tuntutan

KUALA LIPIS: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan kebimbangan terhadap sikap pihak tertentu yang sanggup meniup a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.