script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Azmin: Khalid Akan Di Panggil Jelas MoU Air Kepada Anwar


PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diminta untuk memperjelaskan mengenai butiran penuh Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan berhubung projek loji rawatan air Langat 2.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, Menteri Besar akan dipanggil untuk memberi taklimat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau pulang dari Jepun.
"Kami mahu mendengar cerita di pihak Khalid kerana ramai yang masih tidak mengetahui mengenai butiran berkenaan. Kita bimbang sama ada akan terdapat kenaikan harga tarif air dan sama ada masih terdapat air percuma bagi Selangor," katanya pada Khamis.
Laman rasmi Facebook Anwar menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini berada di Jepun.
Dilaporkan bahawa beberapa pemimpin PKR tidak dimaklumkan mengenai MoU sebelum negeri itu menandatangani perjanjian berhubung penstrukturan semula air dan tidak dipastikan sekiranya Khalid mendapat sokongan daripada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengenai perjanjian itu.
Azmin, yang juga Ketua PKR Selangor berkata, peguam parti akan dirujuk untuk memastikan perjanjian itu mengikut dasar-dasar Kerajaan Pembangkang.
"Kita masih memerlukan penjelasan lanjut," katanya.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil , bagaimanapun berkata, beliau dimaklumkan bahawa Khalid bersiap sedia untuk membuat pembentangan mengenai penstrukturan semula air itu kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat.
"Saya tahu beliau akan memberi taklimat kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat dalam beberapa hari akan datang," katanya sambil menambah bahawa ramai pemimpin Pakatan Rakyat meminta untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai isu air tersebut.
"Saya fikir usaha untuk membentangkan dengan lengkap amat dialu-alukan," kata Fahmi. #sumber
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sokong Tindakan Penguatkuasaan Undang-Undang, Pemilik Tanah Bertanggungjawab Untuk Patuhi Kewajipan Bayar Cukai Tanah

KUANTAN : Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang menyokong tindakan penguatkuasaan undang-undang berhubung tunggakan cukai tanah leb...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.