script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ismail: Penduduk Bakal Nikmati Bekalan Air Lebih Efisyen


TEMERLOH - Projek menaik taraf bekalan air bagi penduduk di Felda Jengka dan kawasan berhampiran melibatkan peruntukan RM52 juta yang dimulakan pada tahun lepas, dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini.

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata projek 11 pakej membabitkan kerja menukar batang paip lama berusia lebih 20 tahun daripada jenis besi kepada jenis fiber tahan lama dan tahan karat itu kini siap hampir 70 peratus.

Beliau berkata setelah kerja menukar batang paip besar itu selesai, kerja menyambung paip kecil ke rumah peneroka serta penduduk pula akan dimulakan dan dilaksanakan secara berperingkat pada tahun ini.

"Apabila siap kelak ia mampu memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 hingga 40,000 penduduk di kawasan Jengka dan kawasan berhampiran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ismail, yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Krau, berkata selain itu kerajaan turut meluluskan peruntukan lebih RM10 juta bagi menaik taraf loji bekalan air Batu Sawar.
Loji itu yang sebelum ini sering mengalami kerosakan, merupakan loji utama membekalkan air kepada penduduk Jengka selain kepada ratusan buah kampung tradisional di kawasan berhampiran dengan kapasiti lebih 550,000 liter air sehari kepada kira-kira 50,000 penduduk. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sokong Tindakan Penguatkuasaan Undang-Undang, Pemilik Tanah Bertanggungjawab Untuk Patuhi Kewajipan Bayar Cukai Tanah

KUANTAN : Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang menyokong tindakan penguatkuasaan undang-undang berhubung tunggakan cukai tanah leb...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.