script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Pendedahan Saiful Bukan Cari Publisiti, Itulah Kebenaran Hakiki (2) !!

Pihak polis pula akan menekan kita supaya melaporkan "suspek-suspek lain yang terlibat" walhal kita tidak tahu. Dalam kes dadah, curi motor, ragut dan sebagainya banyak terjadi perkara sebegini. Akhirnya dalam paksaan kita "tuduh" sesiapa sahaja. Polis akan melakukan operasi dan menangkap pula "mangsa" yang kita tuduh tadi walhal dia tidak bersalah. Akhirnya banyak kes selesai macam itu sahaja. Sebaliknya jenayah terus berlaku kerana yang dicari tidak "dijumpai" tetapi orang lain ditangkap gara-gara untuk menutup bukti kes terbabit. Tanyalah mana-mana individu yang pernah mengalami kejadian ini. Aktiviti menampar dan menerajang supaya mengaku memang biasa dilakukan. Maka bagi mereka yang tidak bersalah, terpaksalah mengaku untuk menggelakkan dari di penjara atau di bawa ke mahkamah. Bahkan ada banyak kes orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung akibat gara-gara perbuatan seperti ini.

Maka itulah dalam kes Saiful, sepetutnya awal-awal lagi kes ini sudah dibuang begitu sahaja dan laporan tidak diterima atas alasan Saiful "mereka-reka cerita". Namun, pihak polis begitu pantas melakukan operasi untuk mendapatkan "bukti". Akhirnya 18 orang telah dipanggil sebagai saksi. Apa yang menjadi "keajaiban" kita ialah yang dituduh iaitu "Anwar Ibrahim" tidak pula terus ditangkap dan disiasat. Mereka menunggun hampir sebulan baru mengambil keterangan Anwar. Jika dalam kes lain, curi motor misalnya. Jika kita tuduh sahaja "si polan bin si polan" dipercayai suspek mencuri motor itu, maka pihak polis akan terus "menangkap" suspek berkenaan. Begitu juga dalam "kes rogol", bila mangsa mengatakan yang dituduh itu dikenali sama ada kekasih, teman atau suspek yang ada pertalian keluarga dengan mangsa. Begitu pantas pihak polis akan menangkap suspek berkenaan untuk disoal siasat. Mengapa dalam kes Saiful lapor Anwar liwat, tapi Anwar tidak terus ditangkap ? Pihak polis juga khabranya telah menyiasat beberapa orang doktor yang memeriksa Saiful.

Maknanya Saiful ada menerima "rawatan perubatan", satunya dari "Pusrawi" dan satu lagi dari "Hospital Kuala Lumpur". Beberapa orang doktor yang memeriksa Saiful bermakna akan ada keterangan dan laporan perubatan hasil pemeriksaan tersebut. Akhirnya seorang doktor yang memeriksa Saiful telah tampil melaporkan "hasil pemeriksaan beliau, Saiful tidak diliwat". Bergegar seluruh negara dibuatnya. Namun kerajaan tidak mahu jawapan itu, pihak polis memanggil doktor terbabit sebelum itu untuk melihat hasil pemeriksaan terhadap Saiful. Atas dasar Islam dan kebenaran doktor yang berasal dari Myanmar itu tetap menyatakan "Saiful tidak diliwat dan mempertahankan laporan perubatannya".

Kenapakah pihak polis tidak boleh menerima laporan perubatan tersebut sebagai "bukti", walhal mereka menyatakan ingin lakukan siasatan dengan adil dan saksama. Kenapakah mereka tidak mahu menerima laporan perubatan dari Pusrawi itu sebagai "Bukti". Apa yang ingin disiasat sebenarnya. Banyak alasan yang diberikan kononnya menunggu hasil laporan perubatan dari HKL. Namun sehingga kini, kita tidak mendapat maklumat dan berita tentang laporan perubatan tersebut?. Mengapakah ini terjadi? Makanya jika tiada laporan perubatan HKL, bagaimana kes ini boleh dibawa ke mahkamah. Lebih aneh lagi, tuduhan yang dibuat mengatakan Saiful lakukan aktiviti "liwat" suka sama suka dengan Anwar Ibrahim. Pulak dah !! Sudah Tukar Kaa? kata Sathiya dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" dulu. Apa tidaknya, Saiful buat laporan polis kata dia diliwat, tiba-tiba Hakim Mahkamah Sesyen Jalan Duta baca pertuduhan berlaku "suka sama suka" dan berlaku 8 kali. Mana satu yang betul ?

Macam "katun" cerita liwat ini. Lebih menghairankan semasa akuan sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah lain pula jadinya. Saiful mengaku "diliwat" pulak dah, secara "paksa" dan kejadian hanya berlaku "sekali". Apa yang berlaku sebenarnya ini?. Beginikah undang-undang di Malaysia boleh diguna pakai. Kes yang langsung tidak masuk akal dan mengarut seperti ini mahu juga dibicarakan di mahkamah. Bahkan lebih aneh lagi, pihak Pendakwaraya mahu pula memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi pula. Masakan kes yang "berterabur" seperti ini mahu dibawa ke Mahkamah Tinggi, bukankah ini akan sekali lagi mencemarkan badan kehakiman negara sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkan akan perkara ini dari sudut logik dan bukan perundangan. Kalau ini berlaku kepada anak-anak kita bukankah kes seperti ini akan dibuang begitu sahaja. Bahkan, adalah menjadi satu kesalahan besar bila seseorang itu "memutar belitkan fakta". Sekejap kata "paksa" sekejap kata "suka sama suka" . Bahkan jika kes ini berlaku kepada kita sudah pasti Anwar akan dibebaskan begitu sahaja, kerana apa? Kerana tiada asas yang kukuh untuk mereka membuat dakwaan sekadar berpandukan kepada laporan Saiful? Bagaimana sekiranya Saiful juga menjadi "mangsa" pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar?. Ini semua harus dinilai dari sudut "kemanusiaan". Wajarlah mereka-mereka ini memohon doa dan meminta petunjuk dari Allah SWT dibulan Ramadhan yang mulia ini. Ingatlah segala apa yang kita lakukan didunia ini tidak akan terlepas dari balasan Allah di akhirat nanti.

Maka itu, niat kami membuat pendedahan tentang situasi terkini Saiful Bukhari Azlan ini bukanlah sekadar untuk mencari publisiti semata-mata. Segalanya adalah untuk menegakkan kebenaran yang hakiki. Kerana umum mahu mengetahui perkembangan terkini beliau selepas kes ini. Insya Allah satu lagi pendedahan panas akan dilakukan tentang perkara ini. Wartawan kami sedang menyiasat laporan berkenaan "penyakit" yang beliau alami kini. Segalanya bagaikan satu balasan akibat keterlanjuran yang beliau lakukan. Ada yang menuduh kami "fitnah". Tapi ingatlah kami hanya menyatakan apa yang kami tahu, bahkan kami tidak mendapat apa-apa keuntungan hasil pendedahan ini. Apa bezannya orang yang dikatakan kami "fitnah" itu juga membuat "fitnah yang lebih besar" terhadap sesama Muslim. Fitnah kami hanya melaporkan perkembangan semasa beliau, tapi fitnah beliau lebih jahat dan mungkin beliau mendapat keuntungan daripada hasil kerjanya itu.

[Pahang Daily memohon maaf seandainya segala laporan yang dibuat di blog ini boleh mengguris hati dan perasaan sesiapa yang terlibat. Kami bersuara atas fakta kebenaran. Kami tidak suka undang-undang dipermainkan sewenang-wenangnya. Kami tidak kata Anwar bersalah atau tidak? Tetapi cara perjalanan kes ini yang sungguh meragukan seolah-olah membuktikan kepada kita bahawa "ada sesuatu yang tidak kena" telah berlaku. Maka apakah salah untuk kita dedahkan kebobrokan mereka yang bersekongkol melakukan onar dan fitnah dasyat ini]
Share:

1 ulasan:

  1. aku ni atas pagar, aku rasa elok kita tunggu dulu keputusan makamah. dalam masa tu kita berdoa supaya Allah menunjukan kebenaran atas kerunsingan yang kita alami.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sebanyak 1,733 Kes Curi Buah Sawit Direkod Di Kawasan Felda Di Pahang Dalam Tempoh Empat Tahun, Kerugian Mencecah RM2.3 Juta

KUANTAN: Sebanyak 1,733 kes kecurian buah sawit direkodkan di rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Pahang dalam tempoh em...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.